July 31, 2009

Tips: Pilih yang ada https://


Kecanggihan teknologi hari ini menyebabkan lebih ramai pengguna memilih untuk membeli-belah secara dalam talian. Mengapakah trend ini semakin berkembang dan apakah risikonya? Wartawan IZYAN LIYANA MOHD. DARIF melaporkan perkara ini.

HASIL kajian syarikat informasi dan kaji selidik pemasaran terkemuka dunia, Nielsen Global Online menunjukkan lebih 627 juta penduduk dunia sudah mula menerokai pembelian secara dalam talian (online), sejak tahun 2005.

Lebih menarik, data tersebut turut memaparkan bahawa sejak tahun 2003 hingga 2005, pembelian secara maya telah melonjak sehingga 40 peratus.

"Jika sebelum ini, Internet menjadi lubuk informasi dan bahan kajian, tetapi kini ia bertindak sebagai 'alat' penting dalam kehidupan moden.

"Penggunaannya semakin berkembang sehingga menawarkan bermacam-macam kemudahan termasuklah proses jual-beli secara maya yang mendapat sambutan ramai," jelas Presiden Antarabangsa Nielsen Global Online, Jonathan Carson yang dipetik dari laman web Nielsen.com.

Mengikut perbandingan, penduduk Korea Selatan paling ramai membeli secara dalam talian dengan kiraan 99 peratus daripada pengguna Internet membeli-belah secara maya. Ia diikuti 97 peratus pengguna Internet dari United Kingdom, Jerman dan Jepun serta lapan peratus pembeli dari Amerika Syarikat (AS).

Mengapa masyarakat dunia mula terjebak membeli-belah secara dalam talian?

Bukan mudah menyemai kepercayaan masyarakat pada perniagaan yang berasaskan talian kerana risiko kesahihan proses jual beli, isu ditipu penjual, wang lesap dan barang yang tidak elok sentiasa ada.

Mengulas isu itu, Pengarah Getgorgeous.com, Siti Azlia Idha Abdul Latif, 27, yang menjual produk secara dalam talian berkata: "Enggan membiarkan pengguna terus bimbang, kami menampilkan rekaan laman web yang profesional dan prosedur transaksi pembayaran yang betul. Kami juga memaparkan nombor telefon tetap dan bimbit serta alamat pejabat supaya pelanggan yakin bahawa kami adalah syarikat jualan secara dalam talian yang sah.

"Bagi pelanggan yang was-was, biasanya mereka akan berkunjung ke pejabat kami di Puchong," jelasnya sambil memberitahu laman web Getgorgeous.com menjual koleksi busana dan aksesori untuk wanita bertudung.

Jelas Siti Azlia lagi, bagi menambah keyakinan pelanggan, pihaknya tidak pernah melengah-lengahkan proses penghantaran tempahan.

Sebaik sahaja menerima tempahan dan pembayaran di dalam akaun atau transaksi kad kredit sebelum pukul 3.30 petang, pelanggan berpeluang memperoleh produk yang dibeli pada keesokan hari.

"Selepas menerima tempahan, kami segera membungkus barang kerana tepat pukul 4 petang, van Pos Laju akan datang mengambil stok untuk diposkan kepada pelanggan.

"Bagi pelanggan tempatan, tempoh penghantaran hanya mengambil masa di antara satu hingga dua hari, manakala pelanggan antarabangsa seperti di Jepun, Australia, New Zealand atau Brunei, mereka perlu menunggu kurang daripada seminggu," ujar Siti Azlia yang menguruskan bisnes itu bersama adiknya, Siti Allia Aidha, 24, dan seorang teman, Nooraizan Mamat yang bertindak sebagai penasihat syarikat.

Pensyarah Perniagaan Fakulti Pengurusan Perniagaan, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Jengka, Pahang, Mohd. Nazri Mohd. Noor, menjelaskan masyarakat kini tidak melepaskan peluang membeli barangan peribadi, rumah atau aksesori kenderaan secara dalam talian.

Katanya, faktor menjimatkan masa, wang, tenaga dan mudah mendapatkan item dari luar negara mendorong pembelian secara dalam talian.

PASTIKAN setiap pembelian yang dilakukan disertakan dengan invois daripada penjual.

Menurutnya, kebanyakan item yang dijual lebih murah kerana aliran perniagaan secara maya hanya melibatkan pihak pengeluar dan terus kepada pengguna.

"Ini berbeza dengan urus niaga pasaran yang melibatkan banyak pihak seperti pengilang, pemborong, peruncit dan pengguna," katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Namun, katanya, biarpun secara tersurat, jual beli secara dalam talian dapat meningkatkan taraf ekonomi individu dan memudahkan pelanggan, tetapi yang tersiratnya, ia tetap mempunyai kekangan.

Nazri menjelaskan sebahagian pengguna tidak gemar memilih pembelian secara dalam talian kerana perlu mendedahkan data peribadi seperti nombor kad pengenalan dan nombor kad kredit pengguna yang dianggap sulit.

Justeru itu, Nazri menyarankan sebelum melakukan sebarang pembayaran, pastikan laman web yang dikunjungi itu diiktiraf dan memiliki sistem sekuriti yang baik.

Ngomel Kak Jade: Pastikan alamat laman web berkenaan tertera https:// berbanding http://. Ini kerana https merupakan pangkalan data dan sistem sekuriti yang menjaga segala maklumat peribadi pengguna.


July 29, 2009

Virus H1N1 semakin serius, korban ke 4 hari ini

Wiiiiiiiiii
seram bacer biter nih kat newspaper
kes korban ke4 di Melaka

After 2 wk full of stress, hectic hours, reduced hours of sleep &
rushing for deadlines, I finally jatoh tesungkor today..
err i mean my bodi oredi started protes
dh start selsema demam2 sket
sakit palo sakit sendi2 bagai
adeh..
minta le dijauhkan dr penyakit kronik tuh
nauzubillah

nk jupe dokter pon x sempat nih
bz sokmo..dh beberape ari dok bertapa di opis
[ntah2 kucing akok kt umah tuh pon igt akok dh pindah umah kans?]
hahaha

camne eh? :(
nk panggei dokter dtg rawat di umah kah?
err..

Ngomel kak Jade: 8.02pm whc still tercongok at work..plenty work lg huh :((

July 28, 2009

Bila Kompang Dipalu...

Date : 26th July
Avenue : Pandan Lake Club

Selamat Pengantin Baru utk Najib & Amy

Semoga berpanjangan.
Semoga berkekalan.
Semoga satu tujuan.
Semoga aman.

Hidup mestilah rukun.
Sabar paling perlu..
Cinta setiap hari..
Senyum mesti selalu.
Oh oh oh oh..
**aihh cam taRzaN lak..sumbangnye sore ai hehe**

sweeet nyeeerrr...sesuweet madu yaman....santeeek laa pengantin baru nih...yg pakai pink dress tu still available tp uols kna tunggu la lg 20 thn ek...yg kaler oren tu...haaaaa...da fully buk ok....yg kaler putih tu...alaaa...baru jer fully buk! wakakakakaka!!!

akok tgh syok mkn2 tetibe ada paparazi amek gambo...tak sempat kontrol cun...cuma smpat kontrol bulat..cishh....wakakakakaka....merapu apo la akok nih! :p

pas makan...apa lagi...posing lerrrrrrr...sesi potogediX bersama little junior top model...akok nie da senior top model....xpe...janji tak senior top siZen model gi...whoa!whoa!whoa!

tanda ingatan dr penantin..cutenye labu sayung dia..

syg nk letak kt rak so ai letak jek ateh meja make-up :D

dah kenyang..jomm balikkkkkkk jommm..!! :D

Ngomel Kak Jade: akok nih ex-customer si AMY nih mase stay ngn hubby kat PULLMAN LAKESIDE HOTEL, Putrajaya. AMY nih Sales Manager kat hotel tuh juga merangkap membe si dak Yanie Putrajaya tuh.. :)

July 27, 2009

MaKaN & MaKaN2 & meMaKaN & diMaKaN

lately agak kebizian yg terlampau
err so tlmbt sudah update n3 nih
citer dh basi..last saturday nye stori mori
but still nk citer gak..x kna denda kans..?
hahaha..!!

Hari yg dipenuhi makan2..
menu yg simple but bikin kecor air lior kak non
pitamm...!!
hihihi

salad makneka (suke suki kasik name hehe :p)
bhn2: daun salad,tomato,carrot, minyak zaitun,garam,perahan lemon.
masak lemak ketam cili api daun selom
puas mkn coz isinye sgt penuh..bulan sdg mengambangkah skg?
ferghhh..!!bersepah kulit ketam ko..!! sakan eh akok :p

Petangnye
ke kenduri doa selamat & betday celebration
"Kak Nori (kak bondeku syg) & lil' Fatiha (Hude's doter)"
meriah bagai hoOoh..
udah bagai knduri kawen sambut menantu pulok eh :p
niway..mkanan sodap2 belake
puasnye ati dpt belasah acar buah cukop2..ferghh...!!

hepi betday sweety..
xtau pulok betday kamu eh..nnt auntie kasik adiah later2 nooh


wpon udah knyang melantok bagai di umah tadik..
but still ku ku belasah nasik beriani + acar buah yg sgt lazat ini ;)

Konvensyen Zakat Kebangsaan

Menarik nih..mane tau dpt info tambahan yg tdk kite ketahui..

Peluang keemasan bg sesiapa yg berminat utk hadir ke program ini secara 'PERCUMA.'

TEMA : ZAKAT SATU KEWAJIPAN SATU HARAPAN
TARIKH : 11HB OGOS 2009 / 20 SYAABAN 1430H
TEMPAT : DEWAN TUN DR. ISMAIL, ARAS 2, PWTC, KUALA LUMPUR
MASA : 8.30 PAGI HINGGA 5.00 PETANG
Penganjur : LZS (MAIS), Persatuan Percukaian Malaysia (MATA) dan Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan (PPZ MAIWP).

Sesiapa yg berminat, sila klik di sini : http://mata.org.my

July 24, 2009

Puasa dijangka 22 Ogos & Aidilfitri 20 September

Sesambil ngunyah laksa terbeliak bijit mato akok bile tebace biter nih kat Berita Harian arini.

Owhhh...makenye Hari Raye ari jatuh pd hari Ahad..loL..

bestttttttt...!!!


yabedabedu dpt ler cotik lamo2 sket *wink*

err..errr...mike sume pose dh ganti abes lom? :p

ni akok kerat2 biter utk tatapan umum..

KUALA TERENGGANU:
Umat Islam di negara ini dijangka mula berpuasa pada 22 Ogos ini dan menyambut Aidilfitri pada 20 September depan iaitu selepas berpuasa selama 29 hari.

Timbalan Mufti Terengganu, Abdul Halim Awang @ Alias, berkata umat Islam berpuasa pada 22 Ogos kerana anak bulan Ramadan dijangka tidak kelihatan pada petang tarikh melihat anak bulan pada 20 Ogos ini.

Pengiraan mengikut hisab itu bagaimanapun tertakluk sepenuhnya kepada pengisytiharan yang akan diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada tarikh berkenaan.

"Berdasarkan kiraan falak, anak bulan Ramadan tidak akan wujud pada hari rukyah iaitu 20 Ogos kerana tidak cukup syarat kematangan berikutan jarak antara waktu berlakunya ijtimak atau detik pemisahan antara bulan Syaaban dan Ramadan adalah satu jam sebelum Maghrib," katanya ketika ditemui pada Seminar Penghayatan Ramadan di Auditorium Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Kompleks Seri Imam, di sini, semalam.

Mengulas penentuan tarikh menyambut Aidilfitri, Abdul Halim berkata, ijtimak Syawal dijangka berlaku pada jam 2.44 pagi pada hari rukyah 29 Ramadan bersamaan 19 September dengan usia anak bulan mencapai lebih 16 jam.

"Berdasarkan kaedah diamalkan di negara ini, anak bulan Syawal dijangka wujud dan boleh kelihatan pada petang hari rukyah dan jika kaedah itu diguna pakai, umat Islam di negara ini dijangka menyambut Aidilfitri pada hari Ahad, 20 September," katanya.

Sumber: Berita Harian-24Julai2009

July 23, 2009

Tazkirah

Oleh : Zalina MAhmud
Dicedok dr blog Drs. Khalil Idham Lim


15 Pintu Syaitan Yang Ada Dalam Diri Kita

- pintu marah
- cinta dunia
- kebodohan (enggan menghadiri majlis ilmu)
- suka berangan angan kosong
- tamak
- bakhil
- suka pada pujian
- riak atau sombong
- ujub (merasa kagum)/takbur
- takut dan gelisah
- buruk sangka
- memandang rendah pada orang lain
- suka akan dosa
- merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
- putus asa daripada rahmat "ALLAH"

July 21, 2009

Gerhana Matahari

Sdg syiok2 bt keje..nun..
sayup2 terdengor celoteh colleague bkenaan gerhana matahari esok.

di mn bulan akan berada diantara matahari & bumi lalu menutup keseluruhan cahaya matahari.
Fenomena ini akan berlaku khususnya diseluruh benua India dan China.
Bagi rakyat Malaysia, mereka yg berada di utara tanah air khususnya Insyallah akan dpt melalui peristiwa ini esok Rabu 29 Rejab 1430/ 22 Julai 2009.
Di Malaysia, gerhana penuh matahari ini dijangka berlaku mulai jam 08.23am - 09.48am.

Bagi yg tidak bkesempatan utk keluar, uolls bley melihat peristiwa ini secara live thru' below website (0823-0948hrs):

www.live-eclipse.org; atau
www.eclipse-tv.com

Salam.


Ree's Skin

Align CenterBaru blk dr REES'S SKIN
(keh2 promote tuh :p)

apo bondo tuh eh?

hehe xceli br jek pas wat facial
treatment td.. ferghh.. terasa nyamannye muke aii kinicam nk keras bodi 2.5 jam di ulit2 manje di situ


[antara alien2 yg sudah 11x berkhidmat utk akok hik2 :]

yg berminat ttg kecantikan & kesihatan tuh..
bley ler bace maklumat lanjut tentang
beauty salon nih di Sini
byk investment incek hubby utk akok di situ
uhuhuhu..tQ abenggg cyg abeng muehh muehhhpeace..!!

[bilik & suasane lomentik dgn lagu2 lembut nan merdu membuat
diri akok terbuai2 jauh nun smp ke Riyadh hehehehe..err sapekah model itu? :p]


Sekian..
Ciao..
jom keje....... :p

July 20, 2009

Makan Opis?

Recvd call fm Riyadh a while ago...

Hubby: Assalamualaikum...sayengg...
Ahkok: wsalam..dalinkkkk..

Hubby: Sayeng ok? dh mkn?
Ahkok: oke2 veri de gud..lom..xtau nk mkn ape..abg?

Hubby: ok..abg dh mkn..mkn opis..
(dgn penuh begaye menjawabnye spontan ahahahak)
Ahkok: Hah...!!(terbeliak bijik mato ai) err mkn opis?
aiiyohh..!! ganazZZ..!! abeng..r u ok? nape mkn opis pulok?

Hubby: ha haahh..!!! err mkn roti..err sowi..silap pulok..
ghosak vocabulary
tonggeng tebalik dah..hihi
Ahkok: Hahahaha!!! abeng nih..okes abg pegi 'roti' (opis) bebaik ek..
jgn tensi2 (adehhh laki ai nih..ahakz :p)

Till at tis moment ahkok teseggey2 dpn screen sesambil gigit 'opis' (roti) muahahaha..!!

Cheers..!!

July 19, 2009

SELANGOR's Book Fair

Peminat@ulat buku
jommmmmm...!!!!


Fibromyalgia

Heaven nye sesambil mkn pulasan sesambil godek2 info ksihatan.. ;)

Penyakit kronik tidak diketahui puncanya bawa kelesuan, pening selain sakit otot. Vaahhhh cam best jek artikel nih..jomm skudeng.. :D


PERNAHKAH anda berasa serba tidak kena, lesu dan sakit hampir di seluruh badan? Anehnya, biarpun sudah memakan ubat, ternyata rasa sakit itu tidak juga hilang.

Jika ya, anda berkemungkinan mengalami masalah yang sememangnya amat jarang didengar iaitu 'fibromyalgia.' Masalah kesihatan yang turut dikenali fibrositis ini, merujuk kepada keadaan kronik yang menyebabkan rasa sakit, tegang dan bengkak pada bahagian otot, tendon dan sendi.

Bukan setakat sakit sendiri, ada kalanya fibromyalgia turut menyebabkan penghidapnya sukar dan kurang tidur, letih, risau, tertekan selain masalah gangguan sistem pencernaan.

Anehnya, di sebalik kesan yang disebabkan fibromyalgia, punca penyakit ini masih misteri kerana tidak diketahui setakat ini.
**************

Info: Fibromyalgia
  • Masalah kesihatan kronik menyebabkan rasa sakit, tegang dan bengkak di bahagian otot, tendon dan sendi.
  • Puncanya tidak diketahui dan ada kalanya berkaitan dengan penyakit lain.
  • Simptomnya berbeza bagi setiap penghidapnya. Secara umum, masalah itu boleh dilihat dengan rasa sakit tetapi tidak disebabkan masalah radang pada tisu.
  • Kesakitannya melarat dengan membabitkan kedua-dua bahagian badan yang menjejaskan leher, punggung, bahu, lengan, bahagian atas badan dan dada.
  • Perempuan lebih mudah mengalaminya berbanding lelaki dengan risiko meningkat seiring usia. Kerap kalinya, ia bermula dengan trauma fizikal dan emosi. Kebanyakannya membabitkan wanita berusia 35 hingga 55 tahun.
******************

Pakar Ortopedik dan Trauma, Hospital Pakar Ampang Puteri, Selangor, Datuk Dr Syed Abdul Latiff Al Sagoff, berkata fibromyalgia ialah masalah biasa yang menjejaskan otot.

"Ia bagaimanapun boleh disifatkan sebagai masalah kronik dan selalunya menjadikan seseorang lesu. Ia menyebabkan kesakitan 'unik' atau tertentu yang kerap dialami," katanya.

Beliau berkata, fibromyalgia boleh menjejaskan keupayaan bekerja dan aktiviti harian, selain berpotensi menyebabkan tekanan kepada penghidapnya.

Dr Syed Abdul Latiff berkata, disebabkan punca fibromyalgia tidak diketahui, tiada satu rawatan khusus untuk membantu melegakan simptom berkenaan. Oleh itu, perbincangan dengan doktor membantu memastikan rawatan terbaik.

Secara umum, pesakit biasanya mengambil pil atau ubat antiradang bukan steroid seperti aspirin selain ubat melegakan otot. Selain itu, senaman terapi seperti pilates juga membantu. Di pasaran, syarikat farmaseutikal Pfizer baru-baru ini melancarkan jenama Lyrica yang dihasilkan bagi melegakan fibromyalgia.

Sumber : Berita Harian
*****************

July 18, 2009

Plot...

Plot 1
malas
dh 2 mggu malas
haihhh..nape nih?
nk x nak gagah kan diri ke mejlis
walimatul-urus jiran di seberang jalan
meriah bagai..al-maklum le anak lelaki tunggal :)

Plot 2
Ke sekolah anak buah ACS Klang
dh lame dok ngajak mak sedara nye nih ke karnival
kat sekolah dia tuh..
hmm..boley thn besor & meriah bagai
berpuloh2 booth dr pelbagai individu & swasta agensi
haihh STREAMYX pon ado bukak booth jugek ek
cuma sket tersentap coz sosak napas & mato den nengok
perangai remaja skg (x sume but sum of 'em)
gedik..! huh

Plot 3
Malam ni terajin pulok nengok tv
(akok ni plg x minat nengok tv.. suke
Buletin Utama & Night News jek..
kuno kans..wahaha)

Udah last day ek Tilawah Al-Quran:14/7 - 18/7
bile iklan jek tgn selang-seli tukor channel TV2
jeling2 nengok program PILIH KASIH
best performance mlm nih
plg tersentuh nengok scene teater
dialog syaitan vs manusia
&
seksaan di alam kubor
"iblis akan memburu & terus memburu
kebalkan diri mu dgn Iman..!!'

mantap juga lakonan bebudak tuh
syabas Rosyam Nor hasilkan program yg bagus
dgn bakat2 muda yg berpotensi jauh :)


July 15, 2009

Hangit ke hangus?

Ntah angin ape memalam tekak tingin benor nk mkn
KEK GULA HANGUS
so tat tatkala penghuni alam buana memilih utk beradu
akok tecongok sorang2 di dapo dgn gigih mmbuat kek
kehkehkeh

taDaaa..
inilah hasilnye

hahaha terbantat & sgguh kekurangan kehenseman rupa mu itu :))

patot nye rupe nye gini la bai..!! ngeee :D


aku pong x tau patot ke kek aku ni shud remain de
original name nye KEK GULA HANGUS
or
KEK HANGIT @ KEK GULA HANGIT..???
wakakaka..!!

sgguh kekurangan kehenseman begitu teserlah disitu
udah rupe cam sarang tebuan@lelabah pulok hahaha!!
(opsss sila jgn gelak oke..tih3)
yg pasti...overbaked gitu :))
may be aku tersalah press fm 60 mins to 80 mins kah?

ape lah yg di "verangan' kan akok tuh aihh

July 14, 2009

Hujung malam yg tekejut

Tgh syiok2 tgolek2 ateh katil
dpt sms yg betul2 buat mata yg td
KUYU tlh tebeliak luas2


1 of our manager just text me
mmbawa pkhabaran sedih
coz umah beliau baru dipecah masuk dek PENCURI BAHLOL
he & family at police station rite now
appx lost de jewellery & money more than 40K
apa lah daya ku
hanya simpati mencurah2 ke atas musibah yg terjadi
moga beliau tabah dgn ujian yg x diduga ini
mungkin ada hikmah & rahmat yg tdk kita ketahui

**Ngomel Kak Jade: geram aku dgn BAHLOL yg suka
ambil jln mudah utk dpt kan $$ tanpa mengira dosa & pahala.
Elok bg mkn najis jek.emo nih..! :p ***


Wakakak gelak 360 derjah


1 pagi yg BLUES
dpt sms dr my colleague
munyik nye gini..

"Kementerian Kesihatan telah membuat survey mendapati
lelaki Malaysia tidak takut akan virus H1N1 tetapi mereka
lebih takut kepada B1N1 - sumber: Metoro Online. "

napok cam xde ape2 kans..? kans..?
cube bace lg skali..
carik jwpn nye.. ;)

dapat dok?
kalu dpt..
akok melanje 20 posen oke :D

adeh ler..
amek ko
tsenget terteleng2 screen hp akok carik jwpn nye
kekdahnye tgelak2 guling2 cam tggiling
citt..!! mmg ampes.net
B1N1 = BINI
wakakakaka..!!

**(err betui ke abg? ehekz :D)**




'Asap tebal' ke 'Jerebu' eh?

kaburr..kaburrr...kaburrr...!!
pemandangan sejagat ku :p

Dah 2 ari
awal2 pg dh jerebu tebal
akok kureng pasti apekah yg tlh berlaku?
kebakaran utan di Sumatera lg kah?
atau ado kbakaran besor kat Lembah Klang nih?

pelik eh?
tempat korang bagaimana?


July 13, 2009

Cuti Yang Busy : 26/6~2/7

Dh lame nk update
but dunNo fm where to start from loL..
hehe

sian incek hubby
cutik2 beliau ke tanahair baru2 ni
sgt2 lah padat
but really satified ape yg di plan selama nih
akhirnya bjaya direalisasikan
wpon the time too constraints..

lg tharu
incek hubby has taken 1 week unpaid leave
semata2 utk temankan wife ksygn beliau slama smggu itu
thx so much abg..sgt2 tharu

setibanye beliau di KLIA
kami trus menuju ke
PULLMAN PUTRAJAYA LAKESIDE HOTEL
(sj lepak sini coz snang nk gerak ke next destination hehe)
lepak2..mandi-manda sblom gerak ke Setia Alam
waa gile ko..blom kering peluh ..baru turun flight
udah drive jauh2 ke situ
carik ape?
ado lah..

cilok dr incek google: cantek kan hotel nih.. ;)
mmg best..x rugi stay sini..siap ade pantai buatan lg tau :)

we did not hv much time &
hv to settle everitin' by tat Friday jugek
so seharian tuh gigih setelkan sgala urusan2 seri
paduka baginda sblom pintu opisnye ditutop kol 6pm
lg pon kna setel kan urusan2 bekenaan sblom Monday
bcoz weolls got another planning la bai..! :p

incek hubby yg keletihan juz arrived fn Riyadh,Saudi
*lena dlm senyuman..bley ek gitu?:p*



almost 1/4 hari masa kami spend di sini..ferghh lotih gak..
cuace sgt2 fanas


then, dgn sisa saki-baki siang yg semakin kelam kami blk ke
Putrajaya..trus sggh di BLACK CANYON COFFEE ,Alamanda
sempat menemankan adek syg nih berbuka pose
maka mato bertentang mato lah mlm tuh hehehe :p
somel ayu jek anak dare nih arituh berbaju kurung
seb lom ade anak..
tdk kalu kompem mak buat menantu lah hehe :p
dak Yanie yg sdg khusyuk+tekun+siyes gile bebuke pose..
bkn napok dah kakak dia yg ayu dpn nih hah :p

menu pilihan incek hubby & wife itew :psenyuman yg letih & x bape menjadik kekeke :p



July 12, 2009

Wikend Yang Santai

santai dlm umah jek..ahakz
wikend yg mls nk kuar ke mana2
juz relax2 godek2 blog resepi kwn2
& 'cargas' ngn rutin xtvt kaum fomfuan
ngemas umah,membasuh etc etc hehe :D

br blur2 pk nk masak ape
skali lak mak bonda dh siapkan
bhn2 nasi kerabu
so..akok juz 'melajukan' diri memasak
udang petai sambal jer ler

Nasi Kerabu Perak mak bonda warisan turun-temurun
akok suke..byk gak bhn2 nye..adoo..
daun pegaga,daun selasih,daun kunyit,serai,kerisik,lemon,
daun cekur,cili besor&kecit,isi talang masin,bawang besor..
err pe lg eh..garam..pastu juz gaul2 ngn nasi putih..Done..!!
senangkan.. ;)
mmg bley awet mude kalu diamalkan sll nih hihihihi :D

ni pencoci molotnyer..
saje ngabehkan stok honeYdew smlm


Kurma owh Kurma


every time back to Mesia, incek hubby x pernah lupe bw pulang stock kurma..ado kurma ajwa,cekelat kurma, kek kurma, gula2 kurma etc..i like it..!! :D

plg best bile dpt kurma ajwa@kurma nabi yg mmg susah nk beli..of course bcoz rega nye mahal ye tak? Di Riyadh jek +98Riyal (+RM100) per kg..kalu di Mesia..i dunno de exact price bcoz beli pon per box yg kecit ciput tuh..pon cam geletaQ2 tgn ms huloQ duit hihihi :p






then, kurma bersalut sawdah+madu berinti kcg badam mmg menjadi priority utk incek hubby sumbat awal2 di dlm beg besornye sblom blk lah kans..hehe..







oSo..kurma bersalut cekelat berinti kacang badam ni pon mmg mnjadi pilihan ati.. mmg sedap yu ;)





xceli ado byk jenis lg product dr kurma nih incek hubby bw blk tu ari..tp dh abes ku bedal ahakz..x sempat2 nk snap foto uh uhuhu..niway many thx abg, pandai gak incek hubby I ni soping sorang2 kat Riyadh nun hehehe..sume syedap2 belaka..*calitt sket bang..wink*

byk khasiat kurma nih..antaranya pd ibu yg hamil jika dijadikan amalan dpt melahirkan anak yg tabah,cerdas pemikiran & baik budi pekerti..etc byk lg khasiat yg uolls bley surf kat tenet oke ;)

abg..ni lunch jap gi nk ke mane? sian abg hari2 menu samer jek kt saner...xpe nnt blk Mesia syg masak Kerabu Kurma eh..hehehe ihiks :D