October 31, 2010

the best Workshop

wokshop keta?
nape ngn keta?
ape yg rosak?

oohhh xde ape2 yg rosak..
cuma nya..
petang smalam...
akak bpeluang menghadiri facial wokshop & lilitan tudung pesen tekini
mmg superb class smalam
guru2 bertauliah yg mengajar pon best2 & sporting abes

setiap peserta merasai sndiri cara/teknik facial yg betul
(class teori & praktikal gitu)
bayaran pon sgt2 berpatutan..

next week ade lg sinambungan nye..
dimana peserta akan diberi tugas utk membuat facial treatment
pada wajah pasangan meka pula
wahh ko..tang facial treatment tuh akok bley lepas lah
tp..satgi tang part make over tuh..
mau nye muka partner ai betukor kpd rupa mak pontianak pulak
wakakakaka!!

ape pong kena lah ade bahan bukti pegi class smlm ye dok?
bkn aje kaum muda remaja..para remaja bangka pong ade :p
malah mak2 kpd mak2 budak pon sporting join tiz calss

basic things yea adek2..
air (ro water tuh hehe), span + bekas air, tisu,cotton pad, cermin,tuala,
and of cos la produk & tuan punye wajah :p
sessi lecture...besemangat btol chekgu kt depan tuh
yg kat belakang nih sebok dok tonyoh2 muka sesambil ngikut arahan
belasah makcik..hahaha ade yg cuci muka mcm nk tetanggal kulit muka pong ade (seb baik x tecabot pala jek noks ekekeke)
gelak2 aje tok guru kat depan tuh..ekekekeke
telupa nk snap step dr awal coz kusyuk sgt ngikut lecture tok guru
sempat snap poto masa pakai masker nih jek
wakakaka udah rupa mak incredible hulk pon ade
masker aloe vera + vegi
owhhhhhh
marah nye aku pd diri sndiri
aku telupa utk merakamkan cara lilitan shawl
mane tak nye dr awal aku asek tengange lihat kepantasan si kakak tuh melilit2 shawl

lg teruja semase beliau melilit2 tudung bawal
(tudung besegi 4 tepat)
mmg cantik2 & sgt2 kretif hasil seni beliau
owwhhh sori xde bhn bukti
coz akak udah kabokan mmg telupa mau merakamkan itu sessi lah

tp..xpe..sempat gak akak tesedor dr lamunan panjang
tu dia..cube perhatikan betul2 poto2 dia atas..
hasil 3 pesen lilitan tudung ber'awning' di atas mmg cool & nice

mmg pantas!!
mmg terror cik kak nih melilit2 tudung
(utk pngetahuan beliau adelah slh sorang pereka lilitan tudung di majelah NUR & lg 1 majalah aku lufe lah..sowiii kak :p)

every 3 pattern lilitan
sumenye bjaya disiapkan 4 less than 5 mins yu!
tabik spring toink2 lah utk beliau :)


October 30, 2010

Jeling2 manje si perkasa X6

tgh syok2 drive on the road tadik
tetiba mata terpaku pada si dia "Pujaan Malaya" itew
uwaaa ha a ha aha
aduhai..
geram nye
geraaaammmmm nye!!!

merah menawan Qolbu yu!
cekap jugak mamarazi aku curi2 'tangkap' muat dlm hp ku ini
sori tahap penglihatan yg kurang memuaskan
(iku ati mcm mau duduk ateh bumbung ketaku sambil snappy2 poto ini pojaan Malaya)
(poto ihsan uncle gugle)
BMW X6
pojaan ati beta.. ;)
itam lebih elegen..
ade sape2 yg dermawan sudi menderma $$??
dpt lah buat tambahan deposit, hangkat seketul ini barang lah! :p

Ngomel KakJade:
nk bodek2 incek abe lah
kuts la beliau sudi adiahkan 2 bijit
sebijit bawok gi rempit2 lite2 a.k.a manje2
sebijit lg transform dijadikan teksi a.k.a keta sapu..
bley rolling $$$ buat bayar monthly instalment gitu...
molek dok?
(sile la verangan ye akok kui kui kui :p)

Lidi dan kerengga

Owh semasa godek2 fb membe zaman skolah,
ahkok tlh tejumpa ini poto lah ;)

(muka di dlm star itu adelah ahkok)
owhh lamenye poto nih..masa form 3..
jaman sume tiut miut lg nih hihihihi
jaman pinggang kerengga gitu..auwww

tp..mencik tau..apa2 acara yg melibatkan perbarisan
or watsoever yg seangkatan dgn nya..pastinya
akok akan dilempar di barisan yg plg blakang
sebab..darjah 'ketinggian' yg x sama ke'rendah'an dgn kwn2 lain
x suke! :p


tp..kita dua lg tiut miut kans..kans..
baik ngaku cepat!
wakakaka


October 27, 2010

Usik-usik

(kejadian di dalam GIANT)


Dialog 1

Anak : nak ek?...kalu nak..kena kasi lulus lesen L dulu.hahaha!!
Ibu: ...ala..boleh la..(sian si ibu sambil buat muka seposen yg paling ayu..hehehe)

hehe kemain hepi makBonda bile udah dpt eskem Tiramisu nih..


Dialog 2

Anak: aikk ayam2 sape telepas nih? mase bile deme nih betenggek ateh atap nun?
Anak2 buah kpd anak: aikk bukan dah lame ke melekap kat situ? Dah keras kena sumpah jd batu laa...tu la berak lg rata2 kui kui kui :p

seyes beb..udah bape tahun ulang-alik membeli-membelah di GIANT nih..
baru mlm nih aku prasan GIANT ade bela ayam yg somel2 gini..
upsss..jgn tertipu..hanyalah replika shaje..kretif kans? :p


Dialog 3

Anak : ape yg mak terhendap2..tercarik2 tuh?
Ibu: mak nak cari bekas2 tipuware yg kecik2 comel..tp bertudung..nk letak lauk. Bley letak ateh meja. Bior lalat xleh singgah.
Anak: oo mak nk yg cenggini yek? sambil menunjukkan sesuatu...

macam comel kan? tambah pula jika di letak di ateh meja..
mak rasa para lalat sekalian berani singgah tak?
hampir2 pala lonjong ku di sekeh2 kerana telah telarik tajuk asal kemahuan makBonda..
keh keh keh


October 25, 2010

Bila terasa rindu...

Biasanya kalu rindu pasti kita akan menatap gamba
malah rata2 aku btanya akan buat benda yg sama..

tp..bg aku..
langsung x boleh..
x jalan..
lg ku tenung2
lg ku skudeng2 itu gambo
laaaaaagiii betambah2 rindu
atoiii
(al-maklum hubby jawoh nun di bumi anbia..)

so
kalu x thn sgt menanggung rindu
ku tepuk2 bantal
ku tepuk2 tilam
ku tutup2 kedua2 bijit mata

makanya..

ZZzzzzzzzzz
ZZZzzzzzzzzz
ZZZZzzzzzzzz
:D

teringat semasa bujang aku pernah berposing di tangga ni sorang2
so..skg udah bedua..pasni be-3..be-4..be5 pulok
hihihihi
aku suka poto nih..cantek reflection sunset kat blakang tuh..
hahaha sanggup x balik bilik awal2 semata2 nk tunggu sunset tiba
hubby mmg suka tgk sunsettime nih..gerun bunyi ombak
fobia takut2 tsunami..adui laaa imajinasi tinggi bebenor.. :p


October 23, 2010

Pesanan - Untuk Para Suami

Tertarik dgn hasil tulisan Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah semasa blogwalking di blog Semekar Kasih tadik membuat aku terpanggil utk berkongsi di sini..really interesting :)
Foto kredit to anakkusayang.com

Para suami....petua rumah-tangga bahagia.. :)
  1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
  2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
  3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
  4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
  5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
  6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
  7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
  8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
  9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
  10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
  11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
  12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
  13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
  14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
  15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
  16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
  17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
  18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
  19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
  20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
  21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
  22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
  23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
Ngomel KakJade: Hidup berpasang-pasangan..maka hendaklah kerja r/tangga pon perlu berpasang-pasangan saling bantu-mambantu each other ye dok..? Hidup sepakat membawa berkat :)

October 22, 2010

Petua Dr. Fatimah Az-Zahra

Udah lama terperap di yahoo email aku..tp arini terasa terpanggil utk sharing sama2.. :)

ISTERI-ISTERI SENTIASA DARA

PETUA DARI Dr. Fatimah Az-Zahra

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.

('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya: Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

Lanjutkan kepada kaum ibu dan isteri tuan2 semoga ada manafaatnya.

October 20, 2010

a Rare date~20102010

~20102010~
wowwowww!!!
such a veri uniquesssss..
beautiful & ensem date yeah!
for sure most of people wl mark this day as their special / important days in history
xceli me also did not realize abt this special date until
saw a few invitations fm my frenzss
owh most of 'em especially my Chinese frenz
are having their engagement & wedding tonite
walauwehhh..easy to remember liao!
Jane & Shirley..congrats yeah!!
u r most welkam to the club mehhh!!!

aku?
xde buat ape2 special pon arini
tgh pulun nk khatamkan these two books
(kali ke 3..)
really interesting contents
lain kali aku stori-mori
...U Can Be the Happiest Woman In The World..
.....Wipe away your tears, think well of yr Lord,
and chase away yr worries by remembering the
blessing that Allah has bestowed upon you...

reading while eating
this kurma binti almond (berinti almond)
lg special than others yu..
sgt nyummyyy nyummyylicious
udah almost nk licin baru tingat mau snappy2 poto

kurma cekelat x sempat aku snappy2 poto2 nye
udah selamat berenang2 di dlm usus besor ku skg
kihs kihs kihs :p


ngabiskan saki-baki stok fm bumi anbia itu...
thx hubby...mau lg boley? ihiks :p


October 18, 2010

Anniversary

~18.10.2008~
(tarikh nikah)
2 thn lalu kami diijabkabulkan
2 thn berlalu dgn pantas
terasa seolah baru semalam berdepan dgn tok kadi kans abg?
masih terasa degap degup jantung melawan debar ye dok?
hehehe


Syukur yg tak terhingga pada-Mu ya Allah
betapa indahnya anugerah-Mu padaku
sebuah perkahwinan yg bahagia, murni, & moga diberkati-Mu selalu
moga kami berdua bahagia,diredhai & bersama selamanya..
hingga di Syurga-Mu kelak :)

October 17, 2010

Jarak Bukan Penghalang

Saban tika ade saja soalan2 yang almost the same yg terhambur mulut teman2 sahabat handai etc..

'Tak risau ke hubby dok jauh2..mane tau dia pasang lain..who know?"


"Boleh kongsi tips2 kekalkan kesetiaan & semarak chinta jarak jauh?"


"Nape x folo hubby kat sana?"


and..byk lagi..soklan2 cepu emas & cepuk cemas didendangkan di tinga ahkok nih..

Bg aku..x ada apa perlu dirisaukan..tak ada tips2 hebat2 or wat so ever kami amalkan..jika kita singkap kembali erti perkahwinan... ia adalah "amanah & t/jawab"..give & takes..ingat-mengingati..jika kedua2 suami-isteri berpegang pd konsep ini..InsyaAllah tak akan timbul masalah wujudnya orang ke-3..ke-4,mis-communication,kehambaran or wat so ever..

Pd hari diijabkabul..telah dibaca amanah2 itu oleh tok kadi dihadapan suami-isteri..ia bukan lah sekadar watikah kosong ..tp watikah yg sgt mendalam maksud nya..yg jika sentiasa dipegang & dipahat & dibisikkan selalu pd hati..Insya Allah aku percaya kerukunan rumah-tangga pasti terjaga hingga ke akhir hayat..

walaupon aku & suami terpisah berjuta2 batu..kami tdk pernah sehari pun terputus hubungan..menjadi kewajipan menalipon each other 3X sehari..malah kdg2 terlebih2 sudah.. :)
Juga menjadi kewajipan ber 'web-cam' setiap malam sblom tido..kejujuran dpt terpancar dr mata..sudah pasti hari2 kami bertentang mata..moga kami tak terleka..

P/s : thx soo much dear being such a veri veli nice & best hubby eva..luv u more & more ;)

Upin Ipin

bile terlihat jek poto2 Upin Ipin
sure aku tesengih2 tingatkan anak buah nan sorang nih


cuba cari persamaan.. ;)
especially tang rambut tuh ..hik hik hik
owh kak Pah Zuhaira ..sepat2 le tumbuh rambutss..
autie mu ini udah x sabor nk tgk kejelitaanss mu berambutss panjangss pulok
hehehe


October 16, 2010

Sabtu yang....

MALAS..........!!!

malas nk makan
malas nk minum
malas nk ngemas
malas nk eksesais
malas nk itu
malas nk ini
uhhhh...segala bapak malas nih!!

aduhh
hari malas sedunia tlh tiba
sindrom "M" menerjah-nerjah beta owhh!!

so..sepanjang sabtu aku melekat di umah

time2 malas gini lah sedara dtg umah
maka petang tadi terpaksa terajin kan sikit
menyiapkan ala-kadar juadah utk sang tetamu..

ehhh..
comel pulak anak x-colleague aku nih
2 girls..1 boy..
udah cukop korum tuh
aku pasti si minah nih 'tutup kedai' pasni
egegngeeeee...


uittss comei bebenor si boboy tecit nih..
melahhh..meh ahkok nk pinjam sebulan boboy mehh
agaggaga :p


Terbisik-bisik

"Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman..

...Yang tinggal...hanya lah amalan2, bekalan di hari kemudian.. "


Masih terngiang2 kata2 tersebut di minda sedarku..aku x pasti kepunyaan siapa kah kata2 hikmah tersebut tp aku sgt2 setuju..mmg sgt2 benar..duit & dunia..selagi dikejar..selagi itu x pernah akan mencukupi..

dlm mengejar dunia..akhirat juga jgn lah dilupakan..yg wajib harus didahulukan.. :)

October 15, 2010

monolog 3

“Tanpa mulut lidah tak berfungsi, tanpa lidah mulut tak bererti.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

Tapi...

kalu org yg byk mulut..yg ala2 'mulut longkang' gitu. sure kite rasa rimas kans..? Malah rasa mcm nk kerat2 jek lidah beliau itu ye x?


kalu 'mulut busuk' boleh kasi cewingam kasi dia kunyah2 kasi wangi..tp kalu ini punya peel jaja mulut sini-sana..kalu di bawa smpai ke mati tabiat x harum nih..aduhhh..teruk nk menjawan di 'sana' nanti..


sakit juga hati nih..bila si kawan menalipon hanya utk tujuan 'busuk' bacin..aihh


Mulut longkang : pret pot pet pot prett bla bluu blaa ..dah berapa anak?


Ahkok : belum ade rezki.InsyaAllah comin' soon..


Mulut longkang: hiskhh x efisen tul lah..!! umo dah tua bangka beb..sok2 hang trus x bley beranak baru tau..speed la sket..lembab nk mampus..cuber tgk aku..dh 5 beb..!! nih next year aku nk tmbh sorang lg tau..!


Mulut longkang: tot tett pot pot pet pet..aku dah tuko keta tau...dah pakai CRV..camry tuh aku jual..keciklah camry tuh..ni next wik BMW X6 aku sampai rasanya..dah jemu bawak CRV.Jom la aku bawa ko jalan2 nanti try test power X6..oye ko bile nk tukor keta? hehehehe

Alahai..ape lg la yg akan beliau bebelkan pasni yek..udah panas2 bernanah tinga ahkok. dgn 'idung tinggi' yg x abis2 tuh.. Terus ilang mood nk bsembang lagi..x dilayan kesian..udah dilayan asek belaiu aje yg menang becerita..sabar2


Kesian juga nasib beliau bilamana si suami 'pasang' lg satu 'madu' baru2 ini...mungkin x thn 'molot besor' minah nih gamaknye..sabor ajer la labu...moga beliau merenung kekurangan/kesalahan diri dr sudut posotif..


P/s : mcm2 feel kwn2 ..ade yg suka menunjuk2 kekayaan..ade yg suke menunjuk2 kehebatan..ade yg suka memperlekeh2 kwn2 ..ada yg suka mengajuk2 life style kwn2 lain..tp jarang2 ada kawan yg betul2 ikhlas berkawan dr hati yg tulus ikhlas skg nih..


hmm...ikutkan mcm udah malas nk bekawan ngn minah nih..tp..balik balik..aku jugak yg dicari nye..aduhai..kawan owh kawan..hmmmmmmm


Belanjawan 2011 Strategi Transformasi – Najib

Kupasan Intipati Belanjawan 2011
Ihsan dari blog : http://www.pemuda.com.my

Oleh Kazman Kamal

KUALA LUMPUR 15 Okt – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membentangkan Belanjawan 2011 berjumlah RM212 bilion yang menggariskan pelan strategi dan projek-projek utama ke arah mentransformasi Malaysia menjadi negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Ketika berucap di Dewan Rakyat, beliau berkata, bajet ini memberi tumpuan kepada usaha “mentransformasi Malaysia, menjadi negara maju berpendapatan tinggi, berpembangunan inklusif dengan pertumbuhan mapan diterajui sektor swasta serta mendahulukan kesejahteraan rakyat.”

Beliau menyifatkan bajet ini sebagai meletakkan “bata-bata pengmuktamad serta memahat paku-paku pelengkap sekaligus menaikkan layar Bahtera Malaysia menuju ufuk negara maju,” yang tinggal sembilan tahun, dua bulan dan 17 hari lagi.

Bajet bertemakan “Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi” itu memberi tumpuan kepada empat strategi utama iaitu Mendaya Kembali Pelaburan Swasta; Membangunkan Modal Insan; Mensejahterakan Hidup Rakyat; dan Memantapkan Penyampaian Perkhidmatan Awam.

Bagi mendayakan kembali sektor pelaburan swasta, Najib berkata kerajaan akan mempergiatkan inisiatif Projek Perkongsian Awam-Swasta (PPP) yang dikenal pasti dalam Rancangan Malaysia Ke-10 akan dilaksanakan tahun depan dengan kos pelaburan swasta RM12.5 bilion.

Kerajaan pula menyediakan RM1 bilion daripada Dana Mudahcara.

Antara PPP ialah projek-projek lebuh raya baru Lebuh raya Bertingkat Ampang-Cheras-Pandan, Lebuh Raya Guthrie-Damansara, Lebuh Raya Damansara-Petaling Jaya, Lebuh Raya Pantai Barat Banting-Taiping, Lebuh Raya Sungai Dua-Juru dan Lebuh Raya Paroi-Senawang-KLIA, Pembinaan Loji Janakuasa Kitar Padu Gas 300 Megawatt di Kimanis, Sabah, untuk menambah kapasiti bekalan elektrik adalah untuk memenuhi permintaan
semakin meningkat.

Hospital Pengajian Universiti Islam Antarabangsa di Kuantan, serta projek Academic Medical Centre dengan kerjasama John Hopkins Medicine International dan Royal College of Surgeons Ireland melibatkan pelaburan swasta RM2 bilion.

Kerajaan juga, kata Najib, akan menggalakkan sektor swasta kembali memainkan peranan dalam ekonomi melalui beberapa projek strategik berimpak tinggi.

Ini termasuk projek Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD) bernilai RM26 bilion yang akan mula dilaksanakan tahun depan oleh 1Malaysia Development Berhad (1(MDB) dengan kerjasama Mubadala Development Company (Mubadala).

Gadis Melayu

Baru lps menonton rancangan GADIS MELAYU di TV9
owhh meka itu sume masih gadiskah?
@ ade kah yg udah berkahwin?
hamboii soklan ko ahkok...daring sgguh ek?


hehe
serius beb sjk rancangan nih kuor di telebisen
ini ler baru tebuka pintu ati mau menonton
udah siri ke berapa yer?
episod ke berapa?

bagus jugak rancangna terbitan Ezzah Aziz Fawzy nih
1 rancangan yg ada kualitinya..
owh ..dia kah penerbitnye?
maafkan aku kalu tersilap

cantik2 Gadis2 Melayu nih
cantik & educated
sejuk mata memandang
pening mak nk pilih yg mane satu utk dibuat menantu
ihiks

moga si GADIS MELAYU ini bisa menjadi role model yg baik
pd anak2 gadis Melayu di luar sana nun
jaga diri hiasi peribadi

jgn mengalah dgn kutukan/kejian
jd ia kan sbg kekuatan
kerana kejian kdg2 boleh dijadikan penawar
waspadai pujian
kerana kdg2 pujian itu menjadi racun
utk menjatuhkan

cheers..!!

pen off.

October 13, 2010

Tips Kesihatan 1

Artikel ini di Internet
http://sihat.wanita.us/
http://tipswanitasihat.blogspot.com/

Daya ingatan kita akan semakin berkurangan seiring dengan peningkatan
usia. Ingatan dan kemampuan mengingat adalah apabila sel-sel otak
saling berhubung. Semakin banyak sel-sel ini berhubung dan semakin
banyak sambungan itu semakin mudah dan kekal daya ingatan kita.

Pemakanan adalah perkara paling penting dalam meningkatkan dan
mengekalkan daya ingatan. Makanlah makanan seimbang. Tubuh akan jadi
sihat dan otak pun cergas. Begitu juga dengan senaman dalam kadar yang
tetap.

Terdapat kajian, makanan yang mempunyai Omega 3 yang tinggi dapat
meningkatkan daya ingatan. Omega 3 boleh didapati melalui minyak ikan.
Pengambilan minyak ikan seperti ikan kod dan salmon dapat membantu
meningkatkan daya ingatan. UK dan USA FDA mencadangkan pengambilan 3
gram (Omega 3) dalam seminggu adalah baik untuk kesihatan jantung.
Makan sardin sebanyak 100 gram dengan isi kandungan 2 gram Omega 3 dua
kali seminggu boleh mencapai kita kepada matlamat ini. Omega 3 bukan
sahaja untuk jantung malah untuk otak kita.

Ginkgo Biloba dikatakan dapat membantu dalam meningkatkan daya
ingatan. Herba Ginkgo Biloba yang dihasilkan daripada pokok Ginkgpceae
membantu dalam meningkat edaran darah. Darah yang mengalir dengan baik
membantu penghantaran lebih banyak oksigen yang digunakan oleh otak.

Herba seperti Gotu Kola turut didapati membantu edaran darah dan
meningkatkan daya ingatan. Bekalan oksigen yang cukup amat penting
buat fungsi otak. Tanpanya otak akan dahulu mati berbanding dengan
organ badan yang lain. Bagi yang merokok inilah masa untuk berhenti
merokok. Merokok boleh mengurangkan oksigen ke otak. Bahan kimia dan
narkotik yang terkandung di dalam rokok boleh mengganggu keseimbangan
kimia dalam otak. Arak dan alkohol turut menggagalkan otak berfungsi
dengan baik. Hentikan pengambilan alkohol kerana selain memudaratkan
otak ia turut merosakkan hati.

Tidur amat perlu untuk ingatan dan pemikiran. Sewaktu tidurlah otak
memainkan semula apa yang perlu disimpan dan dibuang. Untuk tidur yang
baik bagi orang dewasa adalah sekitar 6 ke 8 jam manakala bagi
kanak-kanak pula adalah 12 jam. Tidur juga perlu pada waktu malam.
Dari segi biologi kita, malam adalah waktu rehat untuk otak dan badan.
Badan pula pada waktu ini lebih aktif menjalankan kerja pembaikan dan
pemulihan. Tempat tidur juga perlu selesa dan paling elok dalam
keadaan gelap.

Terdapat kajian yang dilakukan oleh penyelidik di Sekolah Perubatan
Harvard, mereka yang belajar kemudian tidur dengan cukup, lebih mudah
mengingat perkara yang dipelajari keesokan harinya. Perbandingan ini
dibuat dengan mereka yang belajar pada waktu pagi, kemudian diuji 12
jam kemudian sebelum mereka tidur.

Untuk anda yang akan menjalani peperiksaan bermulalah dari awal
berminggu-minggu sebelum peperiksaan. Belajar pada waktu awal malam
supaya dapat tidur awal untuk mendapat jumlah tidur yang cukup. Pada
sebelah pagi selepas tidur, ulang kaji ringkasan apa yang telah
dipelajari sebelum tidur.

Ikuti bahagian ke dua di http://tipswanitasihat.blogspot.com/ atau
langgani Email terhad Tipswanita.
http://groups.google.com/group/tipswanita Atau hantarkan email kosong
kepada tipswanita-subscribe@googlegroups.com

October 12, 2010

Tak suka

Pagi Selasa
yg bikin jantung terkeluar dr paksi

aku almost xciden
di tmpt yg sama
time yg sama
di roundabout yg sgt2 aku x suka
nowdays drivers mcm pelesit jalanan
(some of em' only occay :p)
kurang sivik btol!
overtake lane org sesedap rasa

kekdahnye
menggigil2 badan & tgn aku memaut smbil ctrl stereng keta
sbb terlalu terperanjat dgn itu mangkuk hayun yg sangap
seb baik ai smpat kontrol cun & steady lg ah :p
Syukur pd-Nya aku selamat2 semuanya
evento' itu mangkok sudah bantai itu divider
kalu dia x serik lg xtau ler nk ckp ape
kalu x syg nyawa pon
at least pikirlah org yg x besalah & org2 yg tsyg di rumah nun

aku nk cadangkan kasi taruk itu terapik lite
dekat itu roundabout lah pakcik!
nmpk lg teratur di daerah yg berprestij itu
at least dpt mengurangkan korban jiwa
yg saban hari x pernah surut

** tetibe mcm nk pindah ke Kalimantan..xde lah nk bersesak2 jammed bagai ye dok? hehe **

tetibe teringat siput sedut masak lomak cili api..air tgn mak bonda
yummyyy yummyyy


October 3, 2010

Bertatih-tatih

aduhh..
kemana melayang mood menulis nih kakNgah oOOOiii!!

serius
lately aku s.a.n.g.a.t s.a.n.g.a.t
m.a.l.a.s menulis..

aku lebih rela terperap membaca, melihat, mendengar
malah aku rela mengabiskan masa berjam2 lamanye
dgn SUDOKU's puzzle kegilaan aku itew
(eleh main kat lappy aku jek..kehs..kehs..kehs.. :p)

pelan2 kayoh
bak kate deme.. :p

jommm segarkan diri minum ISO.7 ;)
kasi singkir itu sume toksin2 degil dlm badan
errr itu VITAMIN "M' boley kasi singkir juga ka kici?

akok suker..xyah susah2 nk buat jus buah bagai..syedapp!!
ekau koyak -tuang-kacau boley or mu nk shake2 pong boley..
perghh segar spanjang hari yu.. :)



  • Helps to prevent the effects of premature aging.
  • Helps to promote cardiovascular health.
  • Aids in healthy brain function and mental acuity.
  • Helps to promote healthy vision.
  • Helps to promote healthy blood sugar levels.
  • Helps to enhance urinary tract health.
  • Helps to promote healthy skin.
  • Helps to strengthen body's immune system.
  • Helps to maintain healthy cellular function.
  • May contribute to oral health.
  • Beneficial to digestive health.



  • haip haipp

    vahhhh vaduhh vaduhh
    lately susah benor dtg aura rajin
    asal buka blog jek mata layu
    asal mata layu jek time buka blog
    aihhh... so camne nk siap segala makneka n3 updating akok nih?

    byk hot2 stori yg terlepas nk dikabor kan
    xpe..slow2 kayuh ye akok
    tiada paksaan utk mu occay ...hehehe

    sbulan Ramadhan yg lalu..
    berat badan naik 4.7kg
    tp..slps Syawal menjelma..
    ilang pulak berat 4.8kg
    (ni timbangan as per yesterday punye lah)

    camne nih?
    badan udah rase melayang2 jek

    makan x berenti gak
    al-maklum byk open house & walimatul-urus invitation
    maybe metabolisme aku nih laju/tinggi/aktif/agresif gamaknye
    cpt benor proses penghadaman..
    x sempat kolestrol singgah di pipi..perut & tempat2 tersembunyi itu

    ni hah..dah bertimbun2 koleksi cekelat dr incek hubby
    aku kerjakan..dlm sebulan nih
    kunon2 nk tmbh kolestrol..tp..ampeh belaka

    syukur smalam wat medical check-up..
    kadar lemak..masih di paras normal..Alhamdulillah :)
    ini bkn novel..tp sejambak koleksi cekelat dr incek hubby :)pure cekelat..kelat2 tp sodap..
    dlm bebebanyok..aku suke perasa durian..mables..
    tenkiu my darling..