December 31, 2010

Happy New Year 2011 & Farewell to 2010


Happy New Year 2011!!

I hope uols will hv a wonderful year ahead wit a great plans scheduled one after another. I hv so many things to achieve next year & I wish all these plans could eventually be realised by this coming year, as some of them are being carried forward from this year 2010. My only new year resolution for 2011 is to achieve everything that I will include in my upcoming Year 2011 wish list! ;)

Have a blast nu year!!!

Cheers..!!





December 30, 2010

HOHOHO CUTI UMUM ESOK DIBATALKAN

Owhhhh...bior betik yong!!!

ini bermakna esok x ada hari libur..xde double pay bg yg berangan2 nk bekerja di hari cuti..kena bekerja spt biasa yea noks..aihh

hehehe acah jek..uikhhh gilo ko nk batalkan cuti sesuka ati..murka Tok Najib kang..udah diberi mau ditolak2 pulak..

Esok tetap cuti umum..notice dr Admin dah di circulate tadi..cuti umum sbg tanda menghargai kemenangan pasukan negara menjuarai Piala Suzuki AFF..

SELAMAT BERCUTI ...jommm naik suzuki.....zassssss!!


tinggal lg 1 hari menutup tirai 2010..
cepatnyeee masa berlari...

So classic

ready utk tempahan.. ;)
owh acah jek..
kipas2 classic yg comel2 nih adalah goodies utk tetamu yg dtg
ke mejlis walimatul urus incek S.Reza
(mejlis di sebelah isteri)

sgt creative rite?
boleh lah ku simpan molek2 utk menyambut menantu nanti yea..
hehehehe :p
inilah S.Reza yg somel tp pemalu
siapakah beliau..?? beliau adik ipar kpd adikku..
ehh...coppp...siapakah minah salleh di hujung meja sana..???
macam ku kenal aje??? :p
owhhh Linda Jasmin & suami rupa2nya..
(aik pelik guano Que berada di situ?
xceli Que Haidar & S.Reza adalah sepupu yea)
owh time nih sgt sweet..
Que Haidar mempelawa aku duduk di kerusi beliau
owhh..sila jgn percaya..itu verangan2 kak senah aje..hahaha :))
xceli time tu akak sgt2 frustrated coz camera tetiba kehabisan battery
dikala berpenat lelah mencari angle yg cantiks2 cunss2 utk di zoomss..

December 29, 2010

Malaysia Juara Piala AFF dgn agregate 4-2

uols deserve 4 it beb!

Syabas Malaysia!
aummMMMMMM!!!

akok nih yg x minat tgk bola pong tumpang hepi dgn kejayaan Mesia menumpaskan Indon mlm nih.

cun lah corak permainan tadik..i loikee..eleee tgk gitu2 jek..plg ditunggu ending game tuh ajek..tggu result game ekekeke

tp..plg aku jelek a.k.a meluat a.k.a nk tegelak sumbing suasana belakang tabir di luar stadium Bung Karno nun..

menjelang beberapa jam sblom perlawanan, penyokong2 Indon yg ter'over'2 fanatik dgn sesuka hati memijak2 bendera Malaysia..it's too much!! loL

ahh fedulik kan meka2 itu..apepong tahniah Malaysia kerana tlh berjaya membawa balik cup..duit dpt..cup pon dpt..
Indon jgn nangis2 bkn teruk benor pon prestasi korang..udah2 jgn gaduh2..jgn ribut2..gi minum kopi sama2..

mcm kebudak-budakan..lepas lukis ko gi pijak2 pulak.
ntah ape faedah le yg dorang dpt dgn memijak2 bendera nih?
x ada sikap saling hormat-menghormati..mana pergi tatasusila?
pelik & meluat!!
(poto: cilok dr singaLautMetro)


December 26, 2010

ICE ROOM, @ The Strand Kota Damansara

Owhh gumbiranya rasa hati tercapai sudah hasrat mau ke ICE ROOM
hasrat makin menggunung stlh membaca kisah gathering Mazidul & bloggers di situ..

di sini mmg spt 'syurga aiskrim' dgn aneka bagai rupa bentuk
rasa bau & kretiviti terlihat di atas menu..
almost berpinar2 & blur2 juga lah bijit mata aku & makBonda utk
memilih menu order pojaan hati
ikutkan hati semua nk rembat aje..
tp tangki agak penuh terisi sblom terjah ke sini
o ye bkn aje eskem..malah pelbagai menu lg ada disajikan di sini
ade nasi goreng, chicken chop, chicken rice, spagetti, fillet-o-fish byk lg lah..

bagi penggemar aiskrim mohh ke sini yop,yong beramai2..
really recommended!
(Location: facing Giant, Kota Damansara - PJU 5/22)

so cool
x jemu aku nengok design dari luar
unik & fresh ;)

order makBonda
perisa read bean
kurang manis & sesuai dgn tekak makBonda
mmg superb!
BlueBerry
pilihan my niece..
mango
selera tekak akok ;D
eh nape ade 2x de same poto ek?
sebab..
lazat! i loikeee it so muchhh
so creative ;)
mushroom soup inside d tea pot ajaib
cute lah mangkuk & teko tuh
boleh saye pinjam bawa balik?eheehehe

walopon makBonda bkn penggemar eskem
tp sedap punye pasal
licin-berkilat-mangkuk-beliau
hehehehe :p
next time nk cube lain menu pula ye
tiz time really concentrate kat eskem aje
mau amek aura katenye ehehehe :p
bukan cakap kosong
mmg mantop & best ;)
walopon aku x tahan makanan sejuk2@berais
tp sedikit pelik binti ajaib aku berjaya habiskan semangkok eskem
yg menimbun itew..yey!! ;)
bergambar kenangan bersama ICE ROOM's owner, Datin Faridah..
thx so much 2 both of u suami-isteri atas layanan yg superb@1st class
mungkin aura bro Mazidul..Datuk & Datin memberi diskaun 10% utk setiap menu..
thx so much yea Datuk..Datin & bro Mazidul
moga terus sukses & dimurahkan rezeki selalu yeah :)

Note: Thx so much Datuk Razali sudi menalipon bro Mazidul & sempat juga makBonda berbual dgn bro Mazidul di talian tadi..both of u suami-isteri mmg best & sporting :)

December 23, 2010

Kesilapan-kesilapan dalam mendidik anak-anak

Bagus artikel ni..

terpanggil utk sharing dgn kwn2 di luar sana..

* aku juz cut & paste tanpa mengubah apa2 kandungan *

Sebenarnya terdapat banyak bentuk kesilapan dalam mendidik anak-anak.

Kesilapan terbesar ialah kegagalan ibu dan bapa menjadikan agama sebagai teras dalam pendidikan anak-anak.

Agama membawa kepada keseimbangan antara fizikal dan spiritual. Antara pembangunan akhlak dan kecemerlangan akademik. Antara dunia dan akhirat.

Tanpa agama, anak-anak ibarat ditinggalkan di lorong yang gelap tanpa pedoman untuk diikuti.

Sering kali berlaku, ibu bapa yang bersungguh-sungguh memarahi anak yang mendapat nombor yang corot dalam peperiksaan, tetapi hanya buat selamba abapila mengetahui anaknya meninggalkan solat dengan sengaja.

Tak kurang juga ibu bapa yang sangat mengambil berat soal makan-minum anak-anak tetapi, mengabaikan terus 'makanan' rohani anak-anak yang sentiasa 'lapar' dan 'dahagakan' petunjuk agama.

Ada juga ibu bapa yang membiarkan anak-anak bergaul bebas lelaki perempuan dengan alasan ia adalah 'kebiasaan budak-budak zaman sekarang', tanpa peka dengan batasan syariat yang menuntut kawalan pergaulan antara jantina berbeza.

Ringkasnya, pengabaian agama merupakan kesilapan terbesar dalam pendidikan anak-anak.

Mendidik Tanpa Belas Ihsan

Selain itu, kesilapan juga berlaku apabila ibu bapa mendidik anak tanpa perasaan belas ihsan.

Dr Abdullah Nasih Ulwan menyebut bahawa terdapat anak-anak yang diperlaku dengan perlakuan yang keras sehingga menyebabkan anak-anak tertekan, kecewa, punah harapan dan ada yang membunuh diri.

Tidak dinafikan terdapat ibu bapa yang 'mendidik' anak berbekalkan luapan emosi marah tidak terkawal sehingga ada yang memaki hamun, menghina, memukul dan membelasah anak sendiri.

Bahkan kes-kes penderaan anak masih kerap didengari sehingga hari ini.

Kekerasan melampau ke atas anak-anak ini membuahkan kekacauan jiwa anak-anak. Hal ini juga ada kaitannya dengan faktor anak-anak enggan berada di rumah.

Bagi mereka 'Rumahku Nerakaku'.

Mereka lebih bahagia dan damai bila berada dengan rakan-rakan, yang kadang-kadang membawa mereka ke kancah kemusnahan kekal.

Bagi si ibu dan bapa, perlu diingat bahawa mereka mempunyai tanggungjawab untuk berbuat baik kepada anak-anak kerana anak adalah amanah dari Allah SWT.

"Sesungguhnya Allah menyuruh menjalankan keadilan, berbuat baik, dan memberi kepada kaum kerabat." (Surah an-Nahl:90)

Sabda Rasulullah SAW:

"Sekiranya Allah inginkan kebaikan bagi sesebuah keluarga, maka diberikan sifat belas kasihan kepada mereka. Dan andainya sifat belas kasihan itu suatu ciptaan (yang boleh dilihat), nescaya semua manusia akan memandangnya sebagai sebaik-baik ciptaan dari Allah. Dan sekiranya kekerasan itu adalah satu ciptaan (yang boleh dilihat), nescaya semua manusia akan memandangnya sebagai seburuk-buruk ciptaan dari Allah." - Riwayat Ahmad dan Al-Baihaqi

Terlalu Memanjakan Anak-Anak

Selain itu, kesilapan juga berlaku apabila ibu bapa terlalu memanjakan anak-anak.

Ada ibu bapa yang berat untuk menghukum dan menegur anak-anak semata-mata takutkan anak itu merajuk.

Kuasa merajuk anak itu diberikan sedemikian rupa sehingga anak itu berjaya memanupulasikannya sebagai senjata untuk mengugut ibu bapa.

Tidak salah untuk memanjakan mereka. Memang anak-anak perlukan kemanjaan dan kasih sayang.

Namun, tindakan yang salah ialah terlalu memanjakan anak dengan tidak menetapkan disiplin dan sempadan ke atas anak-anak.

Akhirnya anak itu menjadi terlalu bebas, dan gagal dididik dangan teratur dan berprinsip.

Kesimpulan

Ringkasnya, antara faktor yang merosakkan pendidikan anak ialah berpunca dari ibu bapa sendiri yang gagal mendidik dengan cara yang betul.

Realiti hidup masa kini yang semakin kompleks dan mencabar menuntut ibu bapa agar lebih tekun mendalami ilmu dan kemahiran keibubapaan dan mengadaptasinya dalam kehidupan berkeluarga.

Landasan agama merupakan asas yang paling baik untuk menjadi bekalan dan rujukan dalam mendidik anak-anak menuju ketinggian sahsiah.

Biodata Kolumnis

Ustaz Fathi Yusuf[/B] merupakan graduan ijazah Undang-Undang Syariah UIAM dan master Undang-Undang UKM manakala isterinya, Ustazah Ros Izanuri Jamaluddin merupakan graduan Bahasa Arab UIAM. Ustaz Fathi sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang PhD di UIAM manakala Ustazah Ros Izanuri mengajar di SMK Taman Melawati, Kuala Lumpur.

www.iluvislam.com

December 21, 2010

Cumei..cool..sweet..lomentika de amor

eh MiaSara ler.. ;)

uppss..bukan lah de! syilap orang wooowo :p
shuweet 4th, si tecit Natalia
(my cousin's doter)
bila bercakap kemain laju macam roket & keletah
geram jek nengok gelagat dia..cam nk picet2 idung aihh


okays..okays..close chapter pasal budak tecit somel tuh
owhh..byk nye cerita2 yg tertinggal utk dikongsi di blog
kesian incek hubby asek tertanya2 bile si wifey ksygn beliau nih mau hapdet blog aihh

tetibe blur xtau mau start dr mana..
hmmm....

set brooch ksygn, hadiah dr incek hubby
cool & sweet bangat..really like it so much
nakkk laaagiii...ekekekeke :p

candle lite dinner baru2 ni b4 hubby left to Riyadh..
such a very very mables steak..
thx hubby for the luvly moment...
Bismillah...
incek hubby yg leka bersantap smpai x sedor bini kat depan wakakaka :D
next time wanna try tiz too..
mmg sodap menjilat sudu..
(owhhh lil' bit frustrated coz kualiti gambo yg x memuaskan,almaklum hp cap ayam ekekeke)

December 16, 2010

3 Serangkai 2010

Filem Melayu nowdays bercorak2 bagai
mau cite ape?
cite chenta..cite komedi..cite aksi2, cite kekeluargaan,
cite seram, cite fairy tale..?
ahh sume ada..!!!
pilihan di tgn anda ;)

*********************************
AKU TAK BODOH
**********************************

Tiz de best 2010 Malay's film eva
sarat dgn mesej2/elemen2 kekeluargaan
garapan cerita yg sgt menarik & menghiburkan
mmg x bosan langsung
sekejapan aku ketawa
sekejapan tehinggut2 bahu tahan sedan
sekejapan terkerut dahi menahan marah
tahniah utk filem ini..filem ini mmg x bodoh
& x memperbodohkan aku sbg penonton

kadang2 kite perlu beri peluang & ruang pada anak2
utk bersuara tentang rasa hati mereka
kadang2 kita perlu merenung keegoan kita sbg ibubapa
yg kdg2 spt 'kuku besi' pd anak2
kdg2 kita perlu menjadi sahabat kpd anak kita
kdg2 kita perlu bertegas pd tempatnya
kepincangan, kemelut keluarga harus dicari jln penyelesaian
melalui perbincangan & bkn lah melalui kekerasan..!!
renung2kan selamat beramal.. :)

** aku kasi 5 stars **



*********************
NGANGKUNG
*********************
b4 menonton tercari2 aku apakah maksud NGANGKUNG ini???
owwwhhhh...rupa2 mencangkung..
mmg sgt kena dgn mesej yg disampaikan

bkn aje kisah psl kaki judi..
tp byk mesej lain diterapkan juga
turut diselitkan kisah pengguguran bayi
watak Azlee sbg dokter mmg sgt kelakar
terhinggut2 kusi aku ketawa2 terbahak2

drama seram komedi yg menghiburkan hati akok

** aku kasi 4 stars **

hahahahahahahahaha
haaa sudah ko... x leh stop aku ketawa
part plg kelakar!!


*********************************
HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH
*********************************

owwhhhhh maapkan akak ye Mamat Khalid..
bg aku pilem ini agak membosankan
almost terasa ingin 'berhambus' keluar panggung semasa half tayangan
semakin mengarut2 aje jalan cerita..
bg aku walopon kelakar..tp byk part yg membosankan
ontah lah..lain2 selera lain2 rasa ye tak..?

** aku kasi 2 stars **




December 14, 2010

Company Annual Dinner 27112010 ~ Cultural Nite

The best dress 4 tonite..goes to...

.....our miss Korean Lady...
(owhh miss Japanese sbelah tuh anak tuan CEO yek :p)

what do u think?
did she deserve to win for the best dress? ;)

dunno wat kind of criteria bn chosen by the judges..
itu akok Korean had won the best dress malam tuh..
katenye...Korean yg unic...ala2 Korean muslimah gitew..

seganlah..Korean's custom akok tuh mcm sempoi jek
mcm x layak jek utk amek award tuh coz lelain staffs ramai lg yg super gorjes..berkilau-kilauan..berkalerful meriah bagai gitu..
ape pon..Alhamdulillah..org nak kasi amek jer lerr ye dok..??
udah rezki malam tuh..
dpt bawok balik cash RM300 utk best dress mlm tuh
jommm jommm akok belanje..nk open table nih
sape nk itut angkat kening kanan
hehehehe
:p

December 13, 2010

Belakang tabir

Kejadian di belakang tabir di malam annual dinner

sayenggggg!!!
abenggg nk itutttttt..!!
bini: aler..tiz year bajet utk staffs jek le darling
tawon depan kite gi sesyamer ek..
hehehe
hah kemain hepi pas kena pujok
ekekekeke :p :p

December 10, 2010

Yang mana satu idaman qolbu?


Wahduh wahduhh
bisa capek mau milih2
mana satu idaman qolbu?

yg besor?
yg kecik?
yg gemuks?
yg kurus?


HUMMER..
perghhh gaji 2 tahun pon x mampu nk beli beliau
hihihik hik hik :p
then usha2 LAMBORGHINI..
baru verangan2 nak tangkap sebijik
errr...verangan aje lah noks hihihi
alemak dah ade orang booking lah
wahh makBonda lg pantas yer..
xpe...xpe bodek2 makBonda kut2 dpt merasa naik keta baru beliau
(hahaha x abis2 verangan lagik)
so..ushar2 lg..ku pilih Ferrari jer ler..
aisehhhh...melepas le pulok..
ramai pulak yg mem'booking' nye
melepas lah lagiii..
kui kui kui

sooo..

ditimbang2 ditolak2
bajet dlm taangan hanya mampu membeli keta di belakang itu sajer
amacam? segak kan?
voleh di transform dijadikan HUMMER tak?

**************

udah2 usah mengarut2 lagi kak Jade

ekceli sume keta2 tu akak terserempak semasa pegi ke MAHA tu hari
tak beli pun keta2 tu
tak mampu noks
hek hek hek

tapi...sakan akak memborong yg nun...

macam2 adooooo
hah penuh 1 bakul..

keadaan di luar hall
ade byk hall A,B,C & D kalu x silap
utk ke kwn sekitar lainnya ada disediakan trem
tp..kami berparking vvip hanya berkereta aje ke sini
almaklum ade 'orang dalm' kate nye..
hehehe

jamu mata aje lah ye lain2 stuffing
dah maleh nk menaip2 bagai


December 9, 2010

Walopon dah lama...

......tapi
still fresh di minda sedar aku & mak Bonda

....bila terkenang2
pasti aku & makBonda terbahak2 ketawa2 mcm nk tesembor2 air lior
ihiks :p

...dah lama citer nih terjadi
was hapen somewhere in 2005

...few years back
di hari yg panas terik
kami sefamili bekelah di tepi pantai

..setelah kenyang
maka tibalah sesi berpoto gedix di tepi pantai
makanan bersisa..beg2 plastik...beg2 kertas kami tinggalkan di bangsal begitu aje

...setelah penat berpoto gedix
kami pulang kembali ke tempat makan2 piknik itu

....dlm kesibukan mencari itu ini begitu begini..
tiba2..
memasing terdiam

tetiba pulak..
serentak memasing tegelak berdekah2

....salah 1 bag kami tlh dicuri oleh sang pencuri jehanam
tapi..memasing still x henti2 ketawa..ketawa..dan ketawa
bagai nak pecah perut, tersimpul2 usus asek ketawa

kerana..
di dalam beg yg dicuri itu
penuh di isi dgn 'barang spesel'..
owhh dlm bahasa lembutnye~ 'tuala wanita'
(mmg byk lah stoknye..separuh beg stok for 3 person maa..
& selebihnye lagi alatan mekap aku)
uhuhuhu

hahaha!!
aku rasa kalu lah si pencuri tu ade blog
(err ade ke? alaa pencuri la ni kan celik IT ye dak?)
dan t'baca kisah ini
aku harap dia tlh bertaubat akibat insiden itu...mmg suwei
habok apa pon x dapat ye dok?
ko pakai lah sanitary pad tuh & melaram lah dgn mekap2 akok ye nok?
wakakakaka!!! =))
dlm byk2 beg...itu pencuri sudah tesalah target merompak beg yg tdk sepatotnye dicuri

kalu lah dia tau..maunye sakit jiwa raga & mental kerana menjadi bhn ketawa kami anak-beranak utk beberap thn ini =))

atoii...tegelak2 lagi nih.. :))

December 7, 2010

Maal Hijrah 1432H

ihsan incek gugle


Tahun Hijrah berganti lagi..
tahun baru datang lagi..
moga tahun baru ini lebih baik dari tahun sebelumnya
marilah kita mmperbaiki kelemahan2 yg ada & memperbanyakkan amalan2
moga Al-Quran & al-sunnah menjadi bekalan pedoman kehidupan sepanjang zaman
moga dilimpahkan hidup kita dengan taufiQ dan hidayah Mu..
moga Allah makbulkan doa & cita2 murni kita
moga dipermudahkan segala urusan di tahun 1432H ini
Amin..

December 2, 2010

Berat

Dec,1st 2020
Sehari sblom hubby pulang ke Riyadh...

Hubby: sayeng..esok abeng rase mcm nk missed-flight jek..malas lah nk blk Riyadh..
(haahhh sudah ko..reason yg plg akok suke tuh wakakaka)

(sambil tsengih2 siput..)
Bini: agak2 management nun bley accept lg tak reason stereotaip abeng nih..?ihiks?
2 thn nih samer jek reason lmbt blk ke sane..hihihihihi

Ngomel KakJade: Dlm hati suke aje kalu hubby slalu2 buat2 mis-flight nih..bley la extend bemanje2 lg..tp udah 3 minggu hubby cuti2 sakan..udah tiba masa meneruskan perjuangan mencari rezeki & demi masa depan...di bumi anbia yg tercinta itu..
Tabahkan hati..kuatkan semangat ye abg..walopon jauh di mata..anggaplah syg abg ini sntiasa di sisi menemani..tanpa jemu..doa yg x putus2 utk suami yg tercinta... :)