February 29, 2012

Hubby and sand storm

Kejadian was happend last 2 days ago..di siang hari
semasa hubby on the way to miting site

kecut hati semasa mendapat call dr incek hubby 
yg beliau still stranded dlm ribut pasir di tgh2 padang pasir
satu2 nya benda yg amat aku fobia
niway, syukur yg teramat sgt hubby terselamat & dilindungi-Nya
dlm malapetaka yg agak teruk kali ini..
inilah cabaran bekerja di Timur Tengah kata hubby
mmbuatkan aku sgt2 sebak dgn pngorbanan seorang suami demi ms depan kami..

foto2 dikirim incek hubby melalui email dr slh seorang sahabat beliau










February 22, 2012

Piknik di Titiwangsa

Seronok juga sekali sekala tukar tempat berpiknik
asyik di tepi ayor terjun, tepi pantai aje
sekali sekala tukor pulak tepi tasik

pagi tu (dah lama gak ni)
kami reramai bersama kwn2 baru & lama berkumpul
bersuka ria bersanatap santai tepi tasik Tititwangsa
mmg heaven!!
hilang segala masalah di minda..aiceh!

mcm2 juadah yu..
penuh meja..
haaa jualan penghabisan stok pon ade..
hehehe
haaa senamrobik ke nih?
lepas kenyang mcm2 aksi kami tepi tasik
tengok la tuh..
pantang nmpak kamera..
pakat2  lah berpotogedik
sedang syiok2 buat senaman mulut, senaman perut kami diddatangi oleh Polis
berkuda Titiwangsa diiringi AYU & RATU
ayu sgguh kedua2 kuda meka ni ya & sporting berfoto gedix dgn kami..
adik terlabat smpai tika suma kwn2 sudah mau angkat kaki mau pulang
akhirnya kami sambung piknik kami sefamili pula
double kenyang akak Jade
hehehe
  

February 21, 2012

WAJIB TAHU, 13 FORMULA Pemakanan Genius2 Islam Silam

Suka sangat bila baca info ni di blog INI

Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka.

Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan – penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur.
Berikut adalah formula pemakanan genius-genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :
1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai ” shifa ‘” iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar “Raja Ubat”, dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya.
Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon,magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin,mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental.
Rasullullah s.a.w bersabda, “Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu”. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit – penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca,
merancang dan bermesyuarat.
CARA MINUM :
2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG :
Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya!
2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.
CARA MAKAN :
i) Menghadap Kiblat
ii) Baca “Bismillah” dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii) Baca doa penerang hati
iv) Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan
jika dikunyah seperti makan kacang.
v) Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.
3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri – biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.
CARA MINUM :
i) Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii) Baca “Bismillah” dan doa minum susu seperti yang dibaca
oleh Rasullullah s.a.w
4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli – ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif.
Sabda Nabi s.a.w, “Sesungguhnya seorang
Nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia) lemah badan. Maka
Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur”. Telur
terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan
tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah
telur ayam kampung dan yang masih baru.
5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis – manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.
CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.
6) LIMAU OREN
Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau – limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.
Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, ‘Limau ini adalah seperti mukmin: bagus dirasa dan bagus dihidu’. Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.
7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, “Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah
menerangkan hatinya selama 40 hari.”
8 ) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak – kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak – kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.
9) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaik darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina. Memudahkan penghadaman serta membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.
10) DAGING BIRI-BIRI/KAMBING
Daging mengandungi banyak khasiat. Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat
meningkatkan kekuatan hafazan. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut-turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana.
Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun.
Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa
daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.
11) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka.Kekacang mengandungi nilai protein yang
tinggi.
12) ZA’FARAN : KOMKOMA ( CROCOS SATIVUS )
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.
13) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.

February 8, 2012

Aku suka Kuala Kangsar

.....Alemak lamanye terperap di draft folder...kisah last year...

.........Selepas ke Taiping - Pusat Homeopathy, semasa on da way pulang ke KL kami singgah sebentar di kampung sahabat di Bukit Chandan, Kuale Kangsor.


Kebetulan musim rambutan sdg merimbun, rezeki kami lah..apa lagi kami semua tak lepaskan peluang kasi 'terjahhhh' segala pokok rambutan dikeliling rumah beliau. Ada rambutan merah, rambutan ijau, kuning..rambutan gading & ntah apa2 lagi lain jenis lain lagi lah.Seronok sangat. Aku dibekalkan hampir seguni rambutan merah + kuning. Makan smpai pitam.

Selepas itu kami semua terjah sekeliling bandor Kuale Kangsor & kawasan istana & mesejid Ubudiah (mesjid)..ya Allah, walopon beratus2 kali ke Kuale Kangsor aku tetap tak jemu dgn suasana nya yg damai. Walopon gerimis mengundang ia nya tdk menggugat kegigihan kami semua utk ber'foto' gedix keliling kampung hehehe


suasana selepas hujan..
Istana Kenangan yg dibina tanpa sebatang paku pun..

semasa hujan...curi2 snap dr dlm keta..

bergedik di dpn istana ayahnda..hehe
cuaca yg gerimis membataskan 'kegedikan' kami..so berposing dari jauh aje lah ye.. 

singgah di Lembah Kuale Kangsor
pekena ABC, koeteaw, cendol etc..
cendol nye walopon sempoi tp terbaik & tersedap di tekak ni..
i loike loike loikeeeeeee very very much

errkkk Alhamdulillah..3 mangkok sekali aku hirup keh3
mmg sedap .. sekali hirup habis semangkuk ekekeke :p

akak Kusyi tapaukan utk aku & makbonda
segar & sedap sgguh rambutan ni. .banyak nye..stok seminggu nih
smpai aje di lumah ..akok belasah solang2 smpai tinggal sepaluh talam :P

rimbun & lebat sgguh rambutan nya

haha sempat aku curi2 'tembak' foto kak kham yg segak bergaya di atas pokok
terer la akak sorang nih..aku kalu pakai jean mau join sama tu hahaha

antara view sekeliling rumah..cantik! ;)

ini pun view di belakang rumah kak Kusyi sahabat akak itu..
dekat benor dgn mesejid Ubudiah tu..


asal jumpa camera mesti nk gedix..
asal nk gedix aje..mesti depan camera
hahaha :))


Sekian short trip di Kuala Kangsor , mmg sgt2 best kasi gegar Kuale bsama kwn2 se'kapal' nih
(err bukan kg kome juge ke akak Jade? ahakz! ekekeke :p)


February 1, 2012

Good signal


Kisah ni tercicir utk dikongsi
berlaku pd end year of 2011

Further to my sickness & saranan puan sahabat
aku telah ke Taiping utk mencuba rawatan homoepati
Alhamdulillah, sebulan sudah berlalu & byk improvement aku alami
my ovary cyst sebesar 8.8cm now reduce to 5.1cm
ntah lah aku sgt takut buat removal /operation bcoz of age factor
almaklum umor makin tak muda
lgpun aku mmg planning utk hamil dlm masa terdekat
takut2 lps operation (walopon minor) kena rest lama..
al-maklum proses healing tu sememangnya amik masa

Alhamdulillah berkat usaha & fokus pd ubatan homoepati
(besides doa2, amalan2 surah2 di dlm Al Quran & modern medicines)
dgn keizinan-Nya kesihatan semakin pulih, perot yg membusung semakin mengecil
malah aku sudah boleh menyarung jeans kesukaan aku kembali
syukur yg tak terhingga pada-Mu Ya Allah :)

antara ubatan yg diberi..ada anti kanser, buang toksin, dll bagai
fokus & disiplin plg utama :)

Bg yg ingin mencuba homeopathy boleh hubungi spt alamat di atas
pelbagai penyakit boleh dirawat
apa salah nya mencuba cara alternative ini sbg penawar penyakit yg bertandang