January 7, 2009

Aasyura & 10 Muharam

MEREKA yg menyedari dan mengerti kelebihan serta keistimewaan Muharam akan menanti kemunculan serta meraikannya dgn penuh kesyukuran kerana Muharam antara bulan penuh keberkatan. Dalam bulan ini terdapat Hari yg penuh bersejarah pd Hari Aasyura.

Asyura berasal daripada bahasa Arab, ‘Asyara’ yang bermaksud 10. Ini bermakna Asyura ialah hari ke-10 dalam takwim Islam.

Pd tarikh itu, byk peristiwa membanggakan berpihak kpd orang Islam yg perlu dirai serta diingati semua. Sesungguhnya Asyura selalu dikaitkan dgn nya ialah ibadah puasa sunat Asyura.

Kelebihan berpuasa di hari `Asyura' sebagaimana yang diriwayatkan daripada AbuQatadah Al-Anshari berkata: Maksudnya: "Dan ditanya (Rasulullah Shallallahu`alaihi wasallam) tentang berpuasa pada hari `Asyura'? Maka Baginda bersabda: "Ia menebus dosa setahun yang telah lalu." (Hadits riwayat Muslim)

barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat.

Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah SA.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."

Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura,

menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura,

lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura,

Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura,

Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura,

Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Asyura !"

terpetik dari: www.ekawan.com

4 comments:

QasehNuryz said...

selamat berpuasa kak non..
hihi ;)

GreenJade said...

hehehe da camat pose pong..

da siap bebuka da pongg... :D

[yAN!e][pUTraJAya] said...

berbuka makan aper kak non

hahahha--nama baru ker kak non?

kekeke

(^_^)

::_Yanie Putrajaya_::


*********************************

GreenJade said...

berbuka mkn hangin jer dik non hahah :p

**xceli berbuka tu ari menum milo then trus pengsan smpai pg hehe **