Showing posts with label Pregnant. Show all posts
Showing posts with label Pregnant. Show all posts

September 10, 2012

Nasi Kerabu Kelate


Dalam byk2 pilihan
beraya di rumah kak Ros mmg menjadi pilihan hatiku

sebab nye..

ade nasik kerabu kelate
my fevereto ever
kebetulan tgh ngidam
bagai pucuk dicita ulam mendatang
(err betui ke peribahasa nih..hehehe)

 cantik & unik pulak kaler nasik kerabu nye
biru turquoise gitu..euww
yg special nye ade bergedil tu..
sedap tau
lg bertambah sedap mables bila mek Kelate gorjes yg masak 
hehehehe
kalu mkn nasi kerabu kelate
mmg akak akan taruk lebih ulam dpd nasi
nasik sikit takpe janjhi ulam & budu nye lebih2
hihihihi
 biasalah lps mkn2 gosip2 manja..sure ade sesi berfoto gedix kan..
baru terperasan tak byk pulak gambo time pegnen sulung ni..
ohh ini bkn baby akak Jade
tp cilok dr incek google
comellll nyeeeeeeeeeeeeee lehai..
rasa nk lambung2, picit2 idung pipi dagu suma2 lah
hihihihi


September 7, 2012

Habuan tekak

 dua hari lepas..
tekak teringin sangat2 nk mkn ais krim cendol
tapi mau home made punya
maka dgn gigih godek2 byk blog and resepi sis Azlita Aziz
menjadi pojaan hatiku...
cepat2 cut & paste and print out bw balik rumah


oh Alhamdulillah...
senyap2 my makBonda bikin suprise
semalam balik koje..
tgk ais krim cendol udah terhidang atas meja
sedap sgt..

ya Allah...terharu sgt2..
tQ sooo much bondaku..
aku belasah berbekas2 smpai tido dlm kesebuan perut ku..
Alhamdulillah.. :)

tQ tuan punya resepi juga
i like it very much

 pagi ni bonda tapaukan akak piza megi pulak
sedap nye..
ade carrot, sawi lobak, cili merah oh lupa apa lg ya..

teringat juga sambal kerang tahun beliau
aduhhai napa la lately byk benor teringin itu ini
sebelum ni selera ok aje..
bedal apa yg ada..
hehehehe
juga teringat2 salad piza hut ni
(kesian hubby semasa blk bercuti tempoh hari2 temani bini ksygn nye ni melayan salad ni)
bikin sndiri mcm x kena tekak je
nk juga yg piza hut punya hohoho
ngengade benor..
:P



September 6, 2012

Teringin juga


Bila usia kandungan menjagkau 35 week ni
selalu pula sakit2 bahagian tulang belakang
nak berjalan pun ala2 penguin kena athma aje....
hehe

dokter bgtau berat akak tak balance
that why bahagian belakang tu plg teruk effect nye
sepanjang pegnen cuma naik 5 kg aje
haaahhh mmg kurus kan..
turun aje yg banyak..
hohohoho

godek2 blog ni MYLUVLYBABY
ternampak maternity support belt ni
terasa mcm nk beli
tp mcm dah terlambat nk membelinye
bcoz now cuma menanti hari je nak beranak
(akak dipaksa beranak awal sbb kepala baby dh push fibrod akak)
bahagian depan
bahagian belakang

so jamu mata aje lah...
and..
keep bertahan dgn kesakitan & redha apa adanya

tak lama aje lg..
bersabar yr kak Jade..
:)


ohh segala kenangan2 pahit manis ini
akan akak rindu bila bersalin nanti..



September 3, 2012

Aduhai otot oh otot ku...

Lately sejak kandungan semakin sarat ni kerap benor pulak aku kejang
kadang2 bahagian betis...kdg2 pula bahagian paha..kadang2 kena serentak..huh hazab kejap noks.
nak pulak semasa tgh syok2 tido..tetiba tersentap-sentap kekejangan tak kira waktu
memang boleh hilang mood utk sambung tido lah..
tido pulak solo2..alahai...kadang2 merana mencari minyak panas sorang2..
(bile kejang selalu teringat hubby nun jauh berjuta2 batu..bila beliau blk becuti rajin betul tolong urut2 dgn minyak panas..ni tinggal solo2 teringat2 nk bermanja2 lg sambil diurut2 manja otot yg ter'kejang tu..)

mungkin lately akak kurang kalsium gamaknye..kurang air pun iye jugak..
susu dah tak boleh diterima tekak...betul2 fully depend pil kalsium aje..
tp itu ler..kdg2 terlupa juga nak makan..almaklum lah dlm bentuk pil gitu..

so..utk reminder pd diri sendiri akak copy & paste balik info dr sumber TERJAH SINI ni utk peringatan di kala diriku kealpaaan...

Mengapa saya mengalami kekejangan betis pada waktu malam? 

Kejang betis adalah masalah biasa semasa hamil, dan ia biasa berlaku terutamanya dalam trimester kedua dan ketiga. Ia dikatakan berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot, yang membuatkan otot anda menjadi kejang. Walau bagaimanapun, sebab mengapa perkara ini sering berlaku semasa hamil tidaklah diketahui.

Otot yang biasanya menegang ialah otot betis. Memang sungguh menjengkelkan apabila ini berlaku pada waktu malam dan mengejutkan anda dari tidur. Walaupun ia menyebabkan kesakitan yang teruk dan berlanjutan selama beberapa minit, kekejangan tidak merosakkan otot betis anda.

Berikut ialah beberapa teori tentang mengapa kekejangan betis berlaku semasa hamil:
  • Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan anda.

  • Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. Ini, serta kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki anda.

  • Seperti mana berlari, bersukan, atau sekadar berdiri sepanjang hari boleh membuat otot anda letih, begitu juga kandungan anda yang sarat ini.

Bagaimanakah saya dapat melegakan kesakitan ini? 

Mujurlah kejang betis adalah salah satu masalah kehamilan yang boleh diatasi. Apabila kekejangan berlaku:
  • Buat regangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula, anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang.

  • Urut otot yang kejang itu.

  • Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.

Bagaimanakah saya boleh mengelakkan kekejangan? 

Sesetengah pakar mengaitkan kekejangan kaki semasa hamil dengan kekurangan nutrien tertentu, terutamanya garam. Namun begitu, tidak pasti samada mengambilsuplemen seperti kalsium atau garam magnesium dapat membantu mengelakkan kekejangan.

Anda boleh cuba beberapa langkah berikut untuk melihat samada ia berkesan atau tidak:
  • Senaman regangan betis. Berdiri satu meter daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Pastikan tapak kaki melekap pada lantai. Tahan selama lima saat. Ulang senaman ini selama lima minit, tiga kali sehari terutamanya sebelum masuk tidur.

  • Senaman tapak kaki. Bengkokkan tapak kaki ke bawah dan kemudian tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30 kali. Buat pada kedua-dua belah kaki. Kemudian, ulangi dengan membengkokkan tapak kaki ke atas sebanyak lapan kali dan ke bawah lapan kali.

  • Cuba elakkan tidur dengan jari-jari kaki menghala ke bawah.

  • Cuba elakkan berdiri terlalu lama atau duduk dengan kaki bersilang.

  • Mandi dengan air suam sebelum masuk tidur.

  • Minum banyak air.

Baca artikel kami tentang kaedah rawatan tradisional bagi kejang kaki untuk mendapatkan lebih banyak tip berguna. 

Bagaimana kalau kesakitan itu berlarutan? 

Ada satu lagi masalah yang jarang berlaku, yang turut menyebabkan sakit kaki, tetapi bukan kekejangan otot. Ini berlaku apabila darah terkumpul pada salur darah di bahagian kaki (venous thrombombolisme). Walaupun ia jarang berlaku, masalah ini adalah serius dan memerlukan rawatan segera. Jumpalah doktor jika:
  • kesakitan pada kaki anda tidak surut-surut, dan nyata sekali ia bukannya kekejangan yang berlaku sekali-sekala;

  • betis anda membengkak.

May 10, 2012

Mencari teman beronggeng :D


Sejak jatuh tu hari akak Jade sering sakit2 bahagian belakang
(paling tepat kat tulang tongkeng nun..)
tido mengiring salah...tido terlentang lg lah rasa bersalah pd baby 
udah di urut tp bila malam/sejuk still sakit2 juga
so..skodeng2 tenet mencari solution lain..
tp..salah satu solution kat bawah ni..macam best le pulak 



macam best lahh...i loikeeeeeeeee veli veli much!