September 3, 2012

Aduhai otot oh otot ku...

Lately sejak kandungan semakin sarat ni kerap benor pulak aku kejang
kadang2 bahagian betis...kdg2 pula bahagian paha..kadang2 kena serentak..huh hazab kejap noks.
nak pulak semasa tgh syok2 tido..tetiba tersentap-sentap kekejangan tak kira waktu
memang boleh hilang mood utk sambung tido lah..
tido pulak solo2..alahai...kadang2 merana mencari minyak panas sorang2..
(bile kejang selalu teringat hubby nun jauh berjuta2 batu..bila beliau blk becuti rajin betul tolong urut2 dgn minyak panas..ni tinggal solo2 teringat2 nk bermanja2 lg sambil diurut2 manja otot yg ter'kejang tu..)

mungkin lately akak kurang kalsium gamaknye..kurang air pun iye jugak..
susu dah tak boleh diterima tekak...betul2 fully depend pil kalsium aje..
tp itu ler..kdg2 terlupa juga nak makan..almaklum lah dlm bentuk pil gitu..

so..utk reminder pd diri sendiri akak copy & paste balik info dr sumber TERJAH SINI ni utk peringatan di kala diriku kealpaaan...

Mengapa saya mengalami kekejangan betis pada waktu malam? 

Kejang betis adalah masalah biasa semasa hamil, dan ia biasa berlaku terutamanya dalam trimester kedua dan ketiga. Ia dikatakan berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot, yang membuatkan otot anda menjadi kejang. Walau bagaimanapun, sebab mengapa perkara ini sering berlaku semasa hamil tidaklah diketahui.

Otot yang biasanya menegang ialah otot betis. Memang sungguh menjengkelkan apabila ini berlaku pada waktu malam dan mengejutkan anda dari tidur. Walaupun ia menyebabkan kesakitan yang teruk dan berlanjutan selama beberapa minit, kekejangan tidak merosakkan otot betis anda.

Berikut ialah beberapa teori tentang mengapa kekejangan betis berlaku semasa hamil:
  • Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan anda.

  • Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. Ini, serta kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki anda.

  • Seperti mana berlari, bersukan, atau sekadar berdiri sepanjang hari boleh membuat otot anda letih, begitu juga kandungan anda yang sarat ini.

Bagaimanakah saya dapat melegakan kesakitan ini? 

Mujurlah kejang betis adalah salah satu masalah kehamilan yang boleh diatasi. Apabila kekejangan berlaku:
  • Buat regangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula, anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang.

  • Urut otot yang kejang itu.

  • Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.

Bagaimanakah saya boleh mengelakkan kekejangan? 

Sesetengah pakar mengaitkan kekejangan kaki semasa hamil dengan kekurangan nutrien tertentu, terutamanya garam. Namun begitu, tidak pasti samada mengambilsuplemen seperti kalsium atau garam magnesium dapat membantu mengelakkan kekejangan.

Anda boleh cuba beberapa langkah berikut untuk melihat samada ia berkesan atau tidak:
  • Senaman regangan betis. Berdiri satu meter daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Pastikan tapak kaki melekap pada lantai. Tahan selama lima saat. Ulang senaman ini selama lima minit, tiga kali sehari terutamanya sebelum masuk tidur.

  • Senaman tapak kaki. Bengkokkan tapak kaki ke bawah dan kemudian tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30 kali. Buat pada kedua-dua belah kaki. Kemudian, ulangi dengan membengkokkan tapak kaki ke atas sebanyak lapan kali dan ke bawah lapan kali.

  • Cuba elakkan tidur dengan jari-jari kaki menghala ke bawah.

  • Cuba elakkan berdiri terlalu lama atau duduk dengan kaki bersilang.

  • Mandi dengan air suam sebelum masuk tidur.

  • Minum banyak air.

Baca artikel kami tentang kaedah rawatan tradisional bagi kejang kaki untuk mendapatkan lebih banyak tip berguna. 

Bagaimana kalau kesakitan itu berlarutan? 

Ada satu lagi masalah yang jarang berlaku, yang turut menyebabkan sakit kaki, tetapi bukan kekejangan otot. Ini berlaku apabila darah terkumpul pada salur darah di bahagian kaki (venous thrombombolisme). Walaupun ia jarang berlaku, masalah ini adalah serius dan memerlukan rawatan segera. Jumpalah doktor jika:
  • kesakitan pada kaki anda tidak surut-surut, dan nyata sekali ia bukannya kekejangan yang berlaku sekali-sekala;

  • betis anda membengkak.

18 comments:

amirah said...

confirm x ckup kalsium...kena makan pil kalsium tu..kalo tak sakitnyaaa

Cikwa said...

suka ke tak suke ke, tetap jugak kene amik demi kandungan tercinta..btul tak??

BERT said...

samela.. bila kita sarat camni mmg slalu kejang2.. sy minum susu je.. pil kalsium pon amik gak.. tapi kadang2 lupe jugak hehe

Rasp said...

terpaksa up kan pengambilan kalsium lah sis..
utk kebaikan mak & anak...
sbb sakit gak kan bila terkena kekejangan tu...

Mulan said...

susu sgt perlu masa ngandung tau.. nnti nk breastfeed pon senang sbb byk susu.. jgn amik byk soya sbb nnti baby senang kena asma..

take care dear..

kasihredha said...

minum susu jgn lupa ye

GREENJADE said...

Amirah - btol ler..terasa sakit2 tulang-temulang..nk pulak time tdo..alahai sekso jiwo rago

GREENJADE said...

lovelywa - betul sis..pejam kan mata je..hehehe

GREENJADE said...

Bert - kan sis..mmg boleh nangis rambu2 air mata kan bila asik2 kerap2 terkejang2 betis ni..

GREENJADE said...

rasp - itu ler sis..walau takleh telan susu..tetap ku gagahi juga demi baby tercinta..nk harap pil mmg selalu lupa lah..

wahida said...

kesian ko....
susu penting wooo utk org pregnant..jgn amek mudah bab tu...

utk ko dan baby jugak tu..

GREENJADE said...

mulan - soya pun sy tak berapa boleh telan sis..kdg2 paksa diri juga telan susu..bila kurang kalsium ni sakit sendi sini sana je..

GREENJADE said...

KR - baik sis..now pun paksa & pejam mata je telan susu walopon perit huk huk huk

GREENJADE said...

wahida - baik mak incek akan ku usahakan sgguh2 walopon ke hari terakhir ku mau beranak nanti..thx fren.

IntaNBerliaN said...

sy setakat ni xpnh lg jd kejang.. lenguh2 tu ada la... :-)

nak kne tamah kalsium la tu... try mkn cheesedale...

MOH KEMBARA said...

Assalamualaikum Yong,
ater udah ke dapat orang baru?
Selamat Hari raya!

GREENJADE said...

Intan - rajin juga mkn cheese tp mcm still kurang jugak kalsium nye uhuhu

GREENJADE said...

Moh Kemabara - belum lg sis..dlm berjaga2 smggu dua ni..hehehe