Showing posts with label Cheese Cake. Show all posts
Showing posts with label Cheese Cake. Show all posts

February 2, 2015

Siri Masakan - Pudding Triffle, Cheese Cake, Mini Pizza, Banana Cheese, Serawa Labu


rindu nye pada blog kesayangan ni
kekangan masa menyebabkan beliau terabai

Tak tau nak start entry mana satu..dari ceruk mana dulu 
banyak cerita suka duka bahagia derita gembira...cewahh



just start dengan pembuka selera ya

PUDDING TRIFFLE
lapis atas (A)
1 tin koktail buah
sepeket jelly (brand nona)

lapis tengah (B)
3cmb tepung custard
 secubit garam
1 tin susu cair (akak pakai Carnation)
1 tin air
1/2 cawan gula

lapis bawah(C)
swiss roll (dipotong & disusun rapat2 & direnjis2 sedikit air koktail buah)




 sempoi aje pung (abai kan hero separa bogel di atas)
buat 3 layer aje - KEK, PUDING custard & jelly + koktail, 
lembut lentok-meliuk2
nak makan kena cedok dengna sudu atau senduk
hasil tak berseni ku..
biar buruk di mata ...sedap di tekak..kih4

88===========================================================88
CHEESE CAKE 

Bahan2 kek
250gm cream cheese
1 biji telur
1/2 cawan susu pekat
1cmt parutan lemon
sedikit esen vanila

Bahan2 dasar
setengah peket digestive biscuit
1/4 butter untuk digaul bersama biskut

Cara
-hancurkan biskut digestive & digaul bersama butter (agak2 boleh dikepal)
- then simpan sebentar di dalam peti ais

- campurkan kesemua bahan untuk membuat cake & putar selama +-5-10minit
- angkat & tuangkan ke atas lapisan dasar (biskut)
- bakar (1 jam) if kukus (45 minit)
akak suka buat dua versi - KUKUS & BAKAR
tapi tekak lagi suka kukus
berbanding oreo & digestive - 
akak lagi suka digestive biscuit disebabkan teksturnya yg lembut
 ini versi bakar..
ini versi kukus
 ini pun versi kukus...
sedap..moist2 gitu

88=======================================================88

MINI PIZZA
bahan2 sila jenguk2 di bawah ya
v
v
 roti slice yg tak habis jangan dibuang
boleh di re-cycle untuk sesuatu yang melazatkan
Mulakan dengan Bismillah...
 filling - adalah kesemua bahan2 di atas yg telah di potong2
teburkan sedikit sos tomato puri (jika tiada tomato sos pun boleh saje)
hiaskan dengan bahan2 lebihan
jika suka boleh juga ditambah ikan bilis & sebagainya ikut selera memasing


88=================================================88
BANANA CHEESE+CHOCOLATE RICE

ini versi kak Jade
pisang berangan / pisang emas rasa lebih enak
tapi ikut selera masing2

8 biji pisang berangan digoreng
sedikit susu pekat
cheese (parutan cheese)
chocolate rice

sedap dimakan semasa panas2
dah sejuk...feel & taste agak 'kureng' sikit..

88=============================================88
SERAWA LABU

separuh labu dipotong dadu
gula kabung/gula merah
1 tin susu creamer 
2 cmb sagu
daun pandan sebagai pewangi
air


Sekian sessi masak-masak mengikut selera tekak...


January 2, 2014

Simple Recepi: Classic Cheese Cake GJ



Pening tak tau nak masak apa untuk minum petang ya?
Jommm ikut Hakim baking cake mohhh...heeeeee

actually adik perempuan akak terjumpa resepi mudah ni kat blog NameeRoslan
kami pun sama2 le try resepi sempoi ni
mmg sedap mables bagi penggemar tegar cheese mcm kami ni..
kalu nak tahu hasil nya jom le kite try...sempoi, cepat & boleh disiapkan less than 1 hour you!
hehehe


taDaaaa dah siap!
(abaikan rupa paras nya yg agak rentung di atas tu..hehehe)
 baked sekali rasa mau try lagi berkali-kali...hiks!

Bahan2
Bahan A (bottom)
Biskut digestive (dihancurkan, lenyek2), boleh digantikan dgn biskut Mary
setengah ketul Butter (utk digaulkan bersama biskut)

Bahan B (Top)
500gm @ 2 ketul cheese block (tak kisah lah philapedia ke or tartura ke)
1/2 tin susu pekat (apa2 brand boleh aje)
sebiji telur
sedikit kulit lemon yang disagat (optional boleh aje ambil perahan lemon)


Cara2
Hancurkan biskut digestive dan gaulkan dengan butter.
Tekapkan pada loyang.
Kemudian, utk bahan top - dilain bekas, masukkan cheese block yg dah agak lembut, masukkan susu pekat, telur dan dipukul sebati/sampai gebu.
Masukkan kulit lemon/perahan lemon (untuk bagi rasa sedikit masam2 manis).
BIla sudah sebati, angkat dan tuangkan atas biskut yg ditekap dalam loyang tadi.
BAkar selama 30 mins (suhu 180 c)
sejukkan kan seketika, simpan dalam peti ais