April 12, 2009

Kesan Kemesetan ekonomi global

Kilang kain gulung tikar

Kegawatan ekonomi dunia menyebabkan industri tekstil di Kemboja mula terasa tempiasnya. Banyak syarikat antarabangsa kini menutup kilang mereka dan kira-kira 70,000 pekerja sudah diberhentikan.

"Kira-kira 70,000 pekerja telah dibuang sejak tahun lalu manakala 100,000 orang masih belum mengetahui nasib mereka," lapor Kesatuan Buruh Kemboja.

Banyak kilang pakaian di Kemboja terpaksa menutup pintunya kerana pembeli di Amerika Syarikat (AS), Eropah dan negara-negara lain mengurangkan permintaan ekoran krisis kewangan global.

Pakaian adalah eksport terbesar Kemboja tetapi kini, ekonominya semakin mengecil disebabkan pengurangan permintaan.

Sumber: KOSMO, 11 April 2009

=========================================

Terbulat besor mata aku dikala melihat kpd angka tsebut
itu baru di Kemboja..
entah camne lah keadaan slps ini di Malaysia & negara2
jiranku yg lain kans..baru jek di suku thn pertama 2009..

********

Kseluruhannya, menurut pembacaan aku
di Utusan Malaysia: (11 April 2009)

Kesan krisis ekonomi dunia semakin dirasai
disegenap ceruk rantau hari ini
Krisis ekonomi yg melanda dunia masih blm
menunjukkan tanda2 akan berakhir dlm tempoh terdekat.
Tokoh-tokoh ekonomi, kewangan & ahli politik
di seluruh dunia terus berusaha mencari formula tbaik
agar krisis kemelesetan ekonomi tburuk yg
pernah melanda dunia pd 1930-an tdk bulang kembali.
Hakikatnya masyarakat dunia di setiap lapisan
sosio-ekonomi mula terasa kperitan bahang krisis ini.
**********
Dalam persekitaran ekonomi lembab ini golongan
rakyat berpendapatan rendah akan menerima
kesan plg teruk. Peningkatan kos sara hidup yg
semakin meningkat akan melonjakkan pbelanjaan isi rumah
rakyat. Kualiti hidup mereka merosot & ini menjadikan
mereka golongan yg boleh dikategorikan bpendapatan
di bwh garis kemiskinan.
**********
Jika dilihat dari perspektif cara rakyat berbelanja
mungkin beberapa langkah wajar diberi perhatian.
Kecenderungan utk berbelanja melebihi kemampuan
menyebabkan semakin ramai rakyat menanggung
beban hutang & ada yang sampai ke tahap muflis.
Gejala ini amat wajar diberi perhatian kerana
perancangan kewangan yg lemah akan
memusnahkan ekonomi individu, keluarga,
bangsa dan negara. Berbelanja di luar kemampuan
pastinya membawa permasalahan ini. Krisis subprima yg
meletakkan AS dan dunia di ambang kemelesetan ekonomi
jelas menunjukkan bahawa sikap suka berhutang
iaitu melebihi kemampuan kewangan sebenar
adalah sangat berbahaya.
***********
Daya tahan ekonomi sesebuah negara terletak di tangan rakyatnya.
Seluruh rakyat Malaysia wajar bersatu dan melihat kelembapan
ekonomi hari ini sbg satu peluang utk memperbetul,
membina & mengukuhkan asas ekonomi negara
ke tahap lebih baik lg kerana dgn komitmen sedemikian
Malaysia mampu mendepani cabaran kemelesetan eokonomi yg
sedang melanda dunia kini.

sekadar hiasan: kesan kemelesetan ekonomi

2 comments:

eedany said...

hahaha... ciannya dogs tu jadi beggars...

Happy weekend to you greenjade.

:)

GREENJADE said...

hi eedany-hepi wikend 2u2 :)