April 1, 2009

Perbetulkan Al-Fatihah anda

Teringat aku zmn2 skolah dulu
ustaz & ustazah cukop concern dlm p'bacaan
Al-Fatihah khususnye & Al-Quran am nya..
bkali2 diberi peringatan agar jgn pandang enteng hal ini
tsalah sebutan lain makna nya
sooo..reminder2 tu yg sll aku semat & set sll dlm minda

pernah rakan sekelasku (mase darjah 3) kene pulas perut bkali2
sbb nye..x bley sebut huruf ''tho'' yg kuar bunyiknye ''to'' (lidah pelat)
so ape lg...asal kwn kna mrh jer sure suke2
gelak2 dgn gigih x sedo diri..(eii nakal si tini nih eh..ngeh2)
maka nye..aku & rakan2 spjuangan disuruh berdiri atas meja..
huahuahua malu thp gaban..tp itu lah pngajaran yg aku dpt
jgn sekali2 suke2 ria smpai mjatuhkan maruah org..!!

oh ye melalut ke mana2 lah akok nih
alang2 akok bangkitkan isu nih
so..izinkan akok sharing below info utk panduan

Nama2 syaitan dlm Al Fatihah
Sumbangan KoPiaH83 pada Monday, May 19 @ 16:40:08 MYT

Tazkirahassalamualaikum....

Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan
laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.

Nama syaitan;

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH

2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU

4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS

6) Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud 'matahari' Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan"!!!!

7) SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.

8) AMIN ........hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA......dua harakat, MIN .... 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat ..... Insya-Allah. semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

p/s: oleh sebab itu marilah kita sama memperbetulkan makhraj dan menggunakan kaedah pembacaan alquran yang betul (tartil)....bukan sahaja utk membaca surah alfatihah...tapi utk m’baca AlQuran seluruhnyaaaaaaaaa....

wassalam.

5 comments:

Maswani said...

Terima kasih utk info yg amat berguna nih..
Mmg lah mencari ilmu itu tuntutan agama..semoga kita sentiasa diberi petunjuk ke arah kebaikan kerohanian kita semua..Insya-Allah.

Suzi said...

tq for sharing...

GreenJade said...

Wani & Suzi - same2..Aminn..skdr memanjangkan ilmu :)

[yAN!e][pUTraJAya] said...

thanks akok ku..
utk info yg berguna ini....

(^_^)

♥Yanie Putrajaya♥

*********************************

GreenJade said...

Yanie-syamer2..moga kta mndpt manfaat & hikmah bsama :)