May 15, 2009

Sebiji Epal Sehari

BERITA BAIK UTK KAUM WANITA YG SEDANG BERDIET...!!

Satu kajian mendapati mereka yang makan lebih lima biji epal seminggu memiliki fungsi paru-paru yang lebih sihat berbanding mereka yang langsung tidak makan epal.

Para saintis juga mengesahkan epal merupakan penyumbang kepada kesihatan jantung.

Pengambilan dua hingga tiga biji epal sehari dapat mengurangkan tahap kolesterol dalam badan.

Menurut pakar pemakanan di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur, Tan Yeng Sing, epal menjadi kegemaran bukan sahaja kerana rasanya tetapi khasiatnya.

"Epal tidak mengandungi lemak, sebaliknya mempunyai kandungan nutrien dan serat termasuk antioksida yang meningkatkan prestasi badan dan kulit seseorang.

Tambah beliau, sebiji epal wajar diambil setengah jam atau satu jam sebelum anda menikmati hidangan utama setiap hari, iaitu antara makan tengah hari dan malam.

Dengan cara itu, kita mengurangkan hidangan yang diambil kerana kandungan serat sudah berupaya mengisi perut anda yang lapar.

"Selain antioksida yang berfungsi menjauhkan seseorang daripada serangan kanser kerana melawan radikal bebas dalam tubuh, likopena juga baik untuk mengurangkan risiko jantung.

"Kandungan seratnya membantu mengawal pergerakan usus dan merendahkan risiko kanser kolon," ujarnya.

Dicedok dr : Kosmo Online

4 comments:

QasehNuryz said...

green epal..i like bery2 much.muackssss

tp dik non rase jambu lagi best kan kak non hehhe

GREENJADE said...

butui3.. sok beranjer jambu kt kak non eh..nakkkkkkk :p

said...

dah 3 bijik makan sehari....tak kurus2 mcm akok pun

uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

(^_^)

♣♣ Yanie Putrajaya ♣♣

GREENJADE said...

Yanie-mu makang buah moktan mmg lah x kuruih :p :p