June 18, 2009

Selidik Pemaju

Bagus info nih..panduan yg amat berguna

Terutama kpd yg ade planning nk beli rumah maupon yg dh decide nk beli rumah..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Oleh Rosmaliana Aida Mohd Adnan
rosmaliana@hmetro.com.my

SUBANG JAYA: Pengguna yang ingin membeli rumah dinasihatkan supaya meneliti latar belakang pemaju projek perumahan berkenaan sebelum membuat sebarang keputusan mengenai pembelian rumah.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Datuk Adnan Md Ikhsan berkata, proses ini bertujuan mengelakkan pembeli daripada teraniaya akibat janji kosong diberikan pemaju di awal perjanjian jual beli.

Menurutnya, pengguna perlu mengetahui kedudukan kewangan pemaju yang bertanggungjawab ke atas projek perumahan terbabit bagi mengelakkan penipuan serta kelewatan dalam proses menyiapkan rumah mereka.

“Sekiranya pengguna sudah mengetahui pemaju terbabit memiliki masalah dengan projek sebelumnya maka tidak perlulah berurusan dengan mereka bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

“Seboleh-bolehnya jangan memandang ringan isu berkenaan kerana ia mungkin memberikan kesan jangka masa panjang kepada pengguna,” katanya ketika ditemui pada sidang media di Bangunan MPSJ di sini, semalam.
Pada masa ini terdapat 13 projek perumahan terbengkalai dikenal pasti di Subang Jaya.

Sementara itu, pada 16 Jun lalu penduduk Lestari Perdana menyuarakan kebimbangan mereka kerana kediaman diduduki sejak 2002 masih tidak memiliki Sijil Layak Menduduki (CF) berikutan sikap sambil lewa pemaju yang tidak menyempurnakan infrastruktur hingga menghalang pihak berkuasa tempatan (PBT) daripada mengeluarkannya.

Mengulas mengenai permasalahan penduduk Lestari Perdana itu Adnan berkata, MPSJ hanya boleh menggesa pemaju mempercepatkan proses penambahbaikan kawasan perumahan terbabit tidak lebih daripada itu.

“Oleh itu, adalah penting bagi pembeli mengetahui hak yang boleh mereka gunakan memperoleh kawasan kediaman idaman seperti termaktub dalam perjanjian jual beli sebelum ini,” katanya.

Bagaimanapun menurutnya, MPSJ meluluskan proses pemberian CF kepada penghuni projek perumahan terbabit selepas mengambil kira beberapa perkara dan majlis penyerahan sijil berkenaan akan dilakukan dalam masa terdekat.

4 comments:

Rahman,Ahchong,Muniandy said...

tq for the information.
miss u so much
hehehehehe

Maswani said...

wahhh..bagus2.. ambo pn tgh survey gok ni..hehe..
demo nk beli kt mana? jom la kita berjiran..wakakaka...

GreenJade said...

RAM-u r welkam..skdr memanjangkan info :)

GreenJade said...

Wani-wiii x dpt byg kan kalu kite bedua bjiran..mau dua2 jd astro wakakaka :))