July 19, 2009

Fibromyalgia

Heaven nye sesambil mkn pulasan sesambil godek2 info ksihatan.. ;)

Penyakit kronik tidak diketahui puncanya bawa kelesuan, pening selain sakit otot. Vaahhhh cam best jek artikel nih..jomm skudeng.. :D


PERNAHKAH anda berasa serba tidak kena, lesu dan sakit hampir di seluruh badan? Anehnya, biarpun sudah memakan ubat, ternyata rasa sakit itu tidak juga hilang.

Jika ya, anda berkemungkinan mengalami masalah yang sememangnya amat jarang didengar iaitu 'fibromyalgia.' Masalah kesihatan yang turut dikenali fibrositis ini, merujuk kepada keadaan kronik yang menyebabkan rasa sakit, tegang dan bengkak pada bahagian otot, tendon dan sendi.

Bukan setakat sakit sendiri, ada kalanya fibromyalgia turut menyebabkan penghidapnya sukar dan kurang tidur, letih, risau, tertekan selain masalah gangguan sistem pencernaan.

Anehnya, di sebalik kesan yang disebabkan fibromyalgia, punca penyakit ini masih misteri kerana tidak diketahui setakat ini.
**************

Info: Fibromyalgia
  • Masalah kesihatan kronik menyebabkan rasa sakit, tegang dan bengkak di bahagian otot, tendon dan sendi.
  • Puncanya tidak diketahui dan ada kalanya berkaitan dengan penyakit lain.
  • Simptomnya berbeza bagi setiap penghidapnya. Secara umum, masalah itu boleh dilihat dengan rasa sakit tetapi tidak disebabkan masalah radang pada tisu.
  • Kesakitannya melarat dengan membabitkan kedua-dua bahagian badan yang menjejaskan leher, punggung, bahu, lengan, bahagian atas badan dan dada.
  • Perempuan lebih mudah mengalaminya berbanding lelaki dengan risiko meningkat seiring usia. Kerap kalinya, ia bermula dengan trauma fizikal dan emosi. Kebanyakannya membabitkan wanita berusia 35 hingga 55 tahun.
******************

Pakar Ortopedik dan Trauma, Hospital Pakar Ampang Puteri, Selangor, Datuk Dr Syed Abdul Latiff Al Sagoff, berkata fibromyalgia ialah masalah biasa yang menjejaskan otot.

"Ia bagaimanapun boleh disifatkan sebagai masalah kronik dan selalunya menjadikan seseorang lesu. Ia menyebabkan kesakitan 'unik' atau tertentu yang kerap dialami," katanya.

Beliau berkata, fibromyalgia boleh menjejaskan keupayaan bekerja dan aktiviti harian, selain berpotensi menyebabkan tekanan kepada penghidapnya.

Dr Syed Abdul Latiff berkata, disebabkan punca fibromyalgia tidak diketahui, tiada satu rawatan khusus untuk membantu melegakan simptom berkenaan. Oleh itu, perbincangan dengan doktor membantu memastikan rawatan terbaik.

Secara umum, pesakit biasanya mengambil pil atau ubat antiradang bukan steroid seperti aspirin selain ubat melegakan otot. Selain itu, senaman terapi seperti pilates juga membantu. Di pasaran, syarikat farmaseutikal Pfizer baru-baru ini melancarkan jenama Lyrica yang dihasilkan bagi melegakan fibromyalgia.

Sumber : Berita Harian
*****************

2 comments:

rasp said...

salam ziarah kembali...
thx singgah 'umah' i, maaf transit ke sini lewat skit...i dar-link u k :)

this is a very good info! thx for sharing...

GreenJade said...

rasp-hehe many thing isteresting at yr blog..nice blog niway :)

salam ukhwah :)