August 13, 2009

Jangan terpedaya dengan risalah doa pelindung H1N1

13/08/2009 3:05pm

SHAH ALAM 13 Ogos – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) meminta orang ramai agar tidak terpedaya dan terkeliru dengan risalah doa pelindung diri daripada jangkitan selesema babi atau Influenza A (H1N1) yang kini giat disebarkan kepada orang ramai oleh pihak-pihak tertentu.

Pengarahnya, Datuk Mohamed Khusrin Munawi berkata, risalah yang didakwa disediakan oleh seorang pegawai Bahagian Pendakwah Bebas JAIS itu sebenarnya tiada kaitan dengan pihaknya dan dikhuatiri boleh mengelirukan umat Islam.

Ini kerana kata beliau, setelah merujuk kepada Jabatan Mufti Selangor, doa tersebut bukanlah doa yang khusus bagi melindungi H1N1 yang dimaksudkan tetapi merupakan doa yang diamalkan oleh ahli kumpulan Al-Arqam yang sudah diharamkan. - Utusan

Ngomel Kak Jade : err akok terbaca info nih di Utusan Malaysia - TERKINI. Owh betulkah spt yg dijelaskan oleh Pengarah JAIS nih? so doa apakah ini yg menjadi amalan Al-Arqam ini..? Ade sap2 yg mendapat lain2 info yg lebih tepat? Hmm..ape2 pon adalah lebih baik kita merujuk kpd pihak yg lebih arif/berkenaan dpd terus menerima bulat2 apa2 sj info yg diragui kesahihannya/ketulenannya agar sama2 kita tdk terpesong dr-Nya.

6 comments:

Suzi said...

ni yg takut ni...ada je yg ambil kesempatan..kan.
itu yg kita kena check betul2 kalau nak amalkan satu2 doa...atau amalan yg lain...

GreenJade said...

Suzi-tu lah kans..sgt kecewa dgn pihak yg tdk b/t/jwb yg suke mengambil kesempatan :(

♠ y.a.n.i.e putrajaya ♠ said...

>> sangat membahaya kan....kang tersalah baca doa...lain lak jadi nye

eedany said...

oh yer ke?

ramai jer orang sebarkan doa tu kat internet.

hmmm...macam2 ajer sekarang ni. Semoga kita semua dihindari daripada virus tu.

GreenJade said...

yanie-tu la kans..ape2 pon btaya lah pd yg lebih arif

GreenJade said...

eedany-InsyaAllah x apa2 jika kite betul2 jage ksihatan pd thp optima kans.. :)