April 10, 2011

Iklim Malaysia Semakin Teruk

Dalam tak sedar perubahan iklim dunia turut memberi kesan kpd negara kite yg tercinta rite?
Keadaan cuaca nowdays kdg2 melampau2 panasnye..kdg2 hujan lebat berserta ribut taufan..malah dilimpahi bah besar juga..
Mungkin salah satu akibat kemajuan yg terpaksa mengorbankan alam sekitar..hutan ditebang..dibina rumah...bukit ditarah..dibina jalanraya..dibina bangunan2 batu..

~~~~~~~~~~~~~~~~~

PUTRAJAYA, 9 April (Bernama) -- Walaupun Malaysia masih boleh dianggap negara yang selamat dan bebas daripada bencana alam, tetapi keaadan ini mungkin berubah tidak lama lagi.

Presiden Persatuan Kejuruteraan dan Teknologi Malaysia (mSET) Prof Datuk Abang Abdullah Abang Ali berkata berikutan wujudnya kebimbangan demikian, badan bukan kerajaan (NGO) itu akan menganjurkan Simposium Serantau mengenai Kejuruteraan dan Teknologi 2011 di Kuching, Sarawak, November ini.

"Sama ada kita suka atau tidak, keadaan di Malaysia kini semakin buruk. Dulu, kita hanya bercakap tentang banjir biasa saja, sekarang banjir yang berlaku begitu teruk. Sebelum ini, kita bercakap tentang hujan pada kadar biasa saja, sekarang kita alami ribut petir yang sungguh dahsyat, yang bukan setakat boleh mengakibatkan banjir, malah menyebabkan berlakunya tanah runtuh yang serius.

"Kini kita bercakap tentang bencana lain pula seperti gempa bumi. Walaupun gempa bumi yang berlaku itu berkekuatan rendah atau sederhana, namun ia boleh menjejaskan struktur bngunan dan prasarana di negara ini kerana kebanyakan bangunan di Malaysia tidak dibina dengan mengambil kira kejadian gempa bumi," katanya kepada pemberita selepas perasmian Konvensyen Kejuruteraan dan teknologi Kebangsaan 2011 (NETC 2011) di sini Sabtu.

Konvensyen anjuran mSET itu dirasmikan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Badaruddin Mahyudin bagi pihak menteri berkenaan Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

Abang Abdullah berkata pakar dari negara jiran yang bersedia untuk berkongsi pengalaman mereka dalam mengendalikan bencana seperti itu akan juga dijemput ke simposium berkenaan.

Kata beliau profesional di negara ini boleh mendalami kefahaman dan pengetahuan mereka daripada pakar Filipina yang berpengalamaan dalam menangani gempa bumi dan taufan.

"Mungkin, apabila kita mempunyai profesional yang memahaminya dan mampu memberi syor tertentu, kita boleh menasihati kerajaan berkaitan isu ini apabila keadaan memerlukan," kata beliau.

-- BERNAMA

No comments: