July 9, 2013

Selamat Berpuasa..Ramadhan..kau datang lagi..

Tinggal 1 hari lagi Ramadhan menjelma..
Saya mengucapkan Selamat Berpuasa pada kawan2 blogger ku yg gorjes2 semua.. :)

Tahun ini adalah sangat2 istimewa kerana merupakan pengalaman pertama menyusukan anak pertama di bulan Ramadhan yg penuh barkah ini. MOga semangat aku terus kental untuk terus menyusukan si hero tecit ni.

Bagi diri yang serba kekurangan ilmu yang masih tiada pengalaman ni, of course aku penuhi ilmu2 di dada dgn membaca, & bertanya, pada ibu2 susuan yg begitu teguh kental menyusukan anak2 mereka. Lagi kagum bila mendengar mereka tak putus asa walaupun terpaksa melakukan Tandem Nursing serentak dlm 1 masa..perghhh wahhh kalau aku mau fengsan gamaknya..   

Terbaca tips untuk ibu menyusu di bulan Ramadhan dari sini - BLOG DUNIA SUSU IBU

1.  Perbaharui niat untuk menyusui anak kerana Allah.YAKIN Allah yang beri susu. Bukan susu untuk ibu menyusu jenama ABC, XYZ atau sebarang produk lain.

2.  Berdoa : “Ya Allah, aku ingin menyusu anakku kerana suruhanMu. Bantulah aku Ya Allah agar dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusu anakku”.

3.  Menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur. Nabi saw bersabda: “Umatku tetap berada di dalam kebaikan, selama mana mereka menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur”

4.  Fokus pada KUALITI, bukan KUANTITI.

5.  Berbuka puasa dan bersahur dengan makanan seimbang yang kaya dengan protein, glukos dan cecair.

6.  Makan banyak kurma.

7.  Minum cukup cecair. Elakkan minuman berkafein dan minuman gas

8.  Makan makanan berkarbohidrat dan kaya dengan serat.

9.  Makan buah-buahan dan sayur-sayuran.

10. Pastikan teknik penyusuan yang betul, kerapkan menyusui bayi.

11. Pastikan teknik mengepam dan menggunakan pam yang betul.

12. Lebihkan sesi menyusu secara terus dan mengepam pada waktu malam. Pam dan menyusu terus secara serentak. Penyusuan malam merangsang hormon prolaktin yang berperanan menghasilkan lebih banyak susu.

13. Pam susu sebelum sahur.

14. Sediakan kurma dan botol air di dalam beg tangan. Mungkin anda akan mengalami kesesakan jalan raya dan terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan. Setibanya di rumah, pastikan anda berbuka puasa dahulu sebelum menyusu bayi anda (jika keadaan mengizinkan).

15. Sediakan lebih stok perahan susu ibu (EBM) sebagai persediaan menghadapi Ramadhan.

16. Ambil milk booster jika perlu.

17. Elakkan terlalu penat.

18. Jauhi stress dengan sentiasa berfikiran positif dan sentiasa ceria

19. Berjumpa dengan mereka yang pakar dalam bidang penyusuan sekiranya menghadapi masalah.


Kelonggaran meninggalkan puasa bagi wanita menyusukan anak

Daripada Anas bin Malik Al-Ka’bi, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT telah meringankan bagi musafir dalam ibadat puasa dan separuh dari solat dan bagi wanita hamil dan menyusui (ia meringankan) puasa”.

Sekiranya ibu berbuka puasa kerana takut berlaku kemudaratan pada dirinya disebabkan puasanya itu, maka wajib bagi ibu untuk qadha’ puasanya sahaja.

Sekiranya ibu berbuka puasa kerana takut susunya akan berkurangan dan membahayakan anaknya, maka wajib bagi ibu untuk qadha’ puasanya dan dikenakan fidyah iaitu bersedekah satu cupak dari makanan asasi bagi hari yang dia berbuka.

Firman Allah: “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir, (bolehlah dia berbuka), kemudian wajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.” [Al-Baqarah : 184]


Rujukan:
1.  Al-Quran al-Karim.
2.  Hasnita Sawal. (Ogos 2009). Menyusu dan Ramadhan. Majalah Pa & Ma, 107: 110-111. Selangor : Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd
3.  Nur Hidayah Abdullah (1997). Puasa. Fardhu Ain Khusus Wanita. Kuala Lumpur: Darul Nu’man, hlm 164-166.
4.  Rita Rahayu Omar (2007). momslittleones.com. 1 September.

5.  Imam Habib Abdullah Haddad (2003). Perihal Puasa. Nasihat Agama dan Wasiat Iman. Sngapura: Pustaka Nasional, hlm 177.


11 comments:

kasihredha said...

Selamat berpuasa gj

Balqis Nazid said...

salam ramadan kak jade...
kalau ada salah silap... gurau-gurau tu minta ampun maap ya..

semoga ramadan kita lebih diberkati amin...amin...

QueeN TerataI said...

selamat berpuasa.. comelnya baby...

Nafira usof said...

selamat berpuasa + menyusu.. semoga berkat bulan puasa nih susu semakin melimpah ruah..:)

GREENJADE said...

KR - Selamat bpuasa sis. moh kite berbuka sama2..heeee

GREENJADE said...

Balqis-Salam Ramadhan gak kakBalqis..samo lah den ya..

Aamiin...*hugss*

GREENJADE said...

QT - same 2u2 sis..hehehe

GREENJADE said...

NAfira - Aamiin...tq tq sis..slmt bposa gak sis

m.u.l.a.n said...

salam ramadhan...

besor dah anakanda...

wahida said...

selamat berpuasa dear...

aku tau ko boleh punya...kuatkan semangat demi anak mu

Puan Kutu said...

Selamat berpuasa,tq ye for the tips..sy pun pengalaman pertama menyusukan di bulan puasa gak ni.so far ok..:)