December 19, 2014

Rabbit Fun Land, Broga

Dapat information tempat menarik ni pun selepas terbaca blog KAKAK CANTIK ni

Disebabkan little hero suka dengan apa2 saja yang berupa- paras rabbit
maka pada 13/12 before depart to PD aku telah bawa si little hero ke sini

Keseluruhan bagi aku tempat ni menarik untuk dikunjungi terutama untuk kanak2
mendedahkan mereka kepada sesuatu benda baru secara live - melihat, menyentuh, bermain.
Of course lah binatang yang terdapat juga limited...yang penting misi aku nak bawa little hero bergurau-senda dengan rabbit tercapai.

Tapi..bagi anak2 yang ada masalah athma @ semput pada pendapat aku, amatlah digalakkan memakai face mask untuk mengelakkan habuk2 hama yang berterbangan dari binatang2 yang terdapat di sini.


Tiket : Adult & Children : RM5/pax
Operating hours : 9.00am - 6.30pm

Macam mana nak pergi ye?
Bila masuk saje pekan SEMENYIH tu terus awak menghala ke BROGA ya
(sebelum Bukit Broga)
 err sorry ya Noor Atikah..pinjam tepek foto ni kt sini..
akak tak sempat nk snap foto kat entrance disebabkan hero yang tak reti duduk diam2


Jom le skodeng FUN LAND ni
location not bad..ok lah tak jauh sangat & tak dekat sangat dr Shah Alam ni

 permulaan yang bagus
elok saje si hero berjalan2 santai dengan payung ceti nya
kebetulan cuaca agak panas..berpayung sakan si hero
my mom feeding the cuties goat haha
haii opah nak gi mana tu?
boleh yong follow?
(skrip si putih 2 eko ni kat my mommy) kih4
 entah la...mata aku nampak seperti banyak pula kambing berjenis2 di mana2 sahaja

 haiii yong..nak gi mana tu??
(gamaknye itu ler soalan dari 2 eko comel lote ni kat akak ni..)
yang kiut-miut ni ...kijang rasa nya  
 haiii!!!
comel tak kak tonn?
jambul yang mahal tu..
pemanis kata nya..kah3
poney ride pun ada
tapi tak dapat nk ride pun
sebabnya..si hero takut bunyi-bunyian garau si kuda dengan ekor yang melibas2 tu


angsa pun ada
gemuks-gebu-tembun aje korang yer!

 selepas meliaht & terdengar saje bunyi binatang yang pelik2
mengaum, mengembek,.menguak dan segala bagai bunyi
si kecit mula kecut perut
mula la melompat minta di dukung aje..haii la hero
rasa nak patah pinggang membawa hero yang udah 13kg itu..huk4

 tengok lah tu
semakin kuat bunyi-bunyian binatang2 semua tu makin kuat pula dia peluk tengkuk ibu nya
parahhh ni...kena ajar selalu buat 'site visit' binatang2 ternakan ni..
hahaha 
 tapi..bila nampak aje rabbit mula la meronta2 minta turun
terus terjun nak bermain2 dengan rabbit
seronok hero kasi feeding rabbit
jinak2 rabbit2 nya...
asal sumbat je makan
asal makan je sumbat
kih4

cik tam ni pun gebus montoks.geram.
si hero kecit takut
naik jambatan gantung ni
(sebelah kandang rabbit tu je pun)
so kasi abang sepupu beliau aje yang beronggeng2 solo2 atas jambatan tu


Ngomel Kak Jade:
belek2 hp...tak banyak pula foto2 yang diambil sebab penat berdukung saje (si hero ni takut pada bunyi-bunyian binatang2 kat sini). Tak sempat nak rakam video klip bagai. FUN LAND ni bagi kanak2 yang takde kampung halaman seperti si little hero ni elok juga diberi pendedahan awal melihat, menyentuh, bermain, bergurau-senda dengan binatang2 yang terdapat di sini.


10 comments:

m.u.l.a.n said...

hero dah besar...

wahida said...

boleh bwk anak2 jln sini nnt..tp kena tunggu jr besar sikit..tq for info beb...

Amanda Suria said...

suka betul si hero tu main ngan rabbit eh...macam best kat sini

GREENJADE said...

mulan - dah petah bercakap pun sis...uhuhu..sis..lama x nmpk..rinduuu

GREENJADE said...

wahida - best gak tempat ni beb..bg anak2 buat site visit binatang2 jinak ni...hehee

GREENJADE said...

Amanda - best sis..cuma agak berbau sikit je.

Nafira usof said...

nampak cam sonok jugak tempat nih.
bleh anak2 main2 dgn haiwan2 tuh.
entah bila boleh terjah ke sini jugak.

dorsett pink said...

Nanti boleh la saya bawak anak dtg ke sini

Dkna Abza said...

akak.. cuba bawak anak ke farm in the city..tempat tu best..

http://www.dkna.my/2015/01/destinasi-percutian-keluarga-farm-in.html

Aty_Fared said...

saya pon pergi ritu... bsh bawak anak ni.. :)