August 31, 2010

Free ..!! cepat cepat ke PUSPAKOM !!

Owhh bkn nak kasi barang free yek nok..tp nih hah akak ade t'bace yg PUSPAKOM bermurah hati menawarkan pemeriksaan percuma utk kenderaan anda sempena menjelang musim perayaan nih

Moh beramai2 ke PUSPAKOM (mati laa mau makan hari tunggu turn nih hehehe)

*****

Puspakom Sdn Bhd menawarkan pemeriksaan tanpa dikenakan bayaran, kiranya percumalah kepada pemilik kenderaan persendirian dan motosikal di semua cawangan Puspakom sempena musim perayaan ini.

Pemeriksaa percuma ini akan bermula pada 30/8/2010 ~ 9/9/2010. Jadi kpd pemilik2 persendirian yg belum pernah merasai / belum pernah melakukan pemeriksaan, apakata uols berseronok di Puspakom dgn menghantar kenderaan anda untuk pemeriksaan.

Antara inspection nye :-

1. VEHICLE IDENTITY CHECK – Pengesahan Identiti kenderaan.
- memeriksa nombor enjin dan nombor casis kenderaan anda.
2. ABOVE CARRIAGE CHECK – Pemeriksaan Bahagian Atas Kenderaan.
- Kira periksa keadaan kenderaan, pernah kemalangan tak pun ada part – part yang dipotong sambung.
3. SMOKE EMISSION TEST - Ujian Pengeluaran Asap
- untuk enjin petrol.
4. BRAKE TEST – Ujian Brek
- Menguji tahap kecekapan brek kenderaan anda.
5. SUSPENSION TEST - Ujian Suspensi.
-menguji tahap keberkesanan sistem gantungan anda (ade kena ngena ngn absober)
6.SIDE SLIP TEST – Ujian Gelincir Sisi
- org kite lebih suke ckp peksa alligment gitu

7. SPEEDOMETER TEST- Ujian Meter laju.

- utk mengetahui kadar kelajuan speedometer berbanding kecepatan tayar berpusing pd jalan. Cth nye pd meter kenderaan digerakan sehingga 40km/j dan kita lihat pada monitor kadar kelajuan sebenar. Selalunya ianya kurang sedikit berbanding meter.. kira kalau kat ighway tu kalau bawa had sehingga 120km/j padahal sebenarnya kelajuan tersebut ialah 110km/j. Rasanya pengeluar memang buat macamtu kots..

8.UNDERCARRIAGE CHECK – pemeriksaan bahagian Bawah Kenderaan.

Pemeriksaan akan dijalankan oleh kakitangan Puspakom yang bertauliah. Masa ni apa korang nak tanya pasal kenderaan korang.. sila2 lah ringan kan mulut anda yek..no charge hehehe :p

Puspakom berkata, pemeriksaan percuma itu adalah antara komitmen Puspakom kepada pelanggannya dan sebahagian daripada tanggungjawab sosialnya untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang keselamatan kenderaan mereka.

Puspakom juga akan menjalankan pemeriksaan identiti dan tayar terhadap motosikal yang hadir untuk pemeriksaan. So kalau nak tahu lebih lanjut apa kata call toll free line puspakom 1-800-88-6927.

No comments: