August 14, 2010

Ribut di bazar Ramadhan Jasin

Astaghfirullah..
kejadian ini mengingatkan aku pd kejadian hampir sama 2 thn lepas
di kwsn behampiran rumah aku
tika semua isi rumah sdg bersiap2 utk berbuka puasa
takziah utk keluarga yg maut dlm kejadian

Laporan :

Dua orang peniaga dan seorang pengunjung Bazaar Ramadhan terbunuh menakala 17 cedera selepas dihempap khemah yang diterbangkan ribut di perkarangan Stadium Jasin pada hari ketiga umat Islam menjalani ibadah puasa. Peniaga yang terbunuh ialah Mahadi Mohamad, 40, dari Kampung Gong Merang, Terengganu dan Abdul bin Omar, 73, dari Air Merbau dan pengunjung pula ialah Muhammad bin Wahab, 49 dari Kampung Rim.

Ngomel kakJade:

Apa jua musibah yang berlaku adalah kehendak Allah.Kita harus menerimanya & bermuhasabah diri akan ketentuanNya. Mungkin Allah ingin menguji keimanan & thp ksabaran kita. Mungkin Allah memberi signal atas 'kealpaan' kita pada-Nya..Juga kita yg memandang ini ringan2kan tgn menghulurkan bantuan. Wallah hu 'alam.



Sumber gambar: Utusan Malaysia, Forum Cari dan Myra Zoe

No comments: