Untuk para isteri & bakal isteri..
Satu perkongsian yg sgt2 menyentuh & memberi pengajaran..kena baca sampai habis nih ;)
ihsan incek gugle. thx pd tuan empunya photo <3 |
Posted by Hamka.
(Kenapa lelaki sanggup
ceraikan isteri pertama yang cantik dan kahwin dengan isteri baru yang kurang
cantik..soalan yang tak sabar aku nak jawab)
Soalan pembaca:
Salam,
Terima kasih kerana masih ada
lelaki seperti saudara yang menulis blog kereta mayat yang banyak membari
nasihat membina disamping buat saye tergelak. Malam ini tiba tiba ada
kemuskilan di hati saya yang membuat saye tergerak hati untuk meminta sedikit
pandangan dari encik Hamka.
Soalan saya, kenapa ada suami
yang sanggup ceraikan isteri yang cantik, dan kahwin dengan perempuan yang
kurang cantik, sebagai contoh pelakon Awiie, bini bukan main cantik, tapi cerai
dan kahwin dengan bini baru yang kurang cantik, sama jugak macam pengacara AC
mizall, bini pramugari, tapi cerai dan kahwin dengan bini baru yang kurang
cantik, terbaru, Ustaz Akhilahai, tinggalkan bini cantik, dan kahwin dengan
wahida wassini yang kurang cantik dari bini pertama, soalan saya, bukankah
lelaki memilih kecantikan?, tapi kenapa ada suami yang cerai isteri cantik dan
kahwin dengan perempuan yang kurang cantik.
Nampaknya, teori mengatakan
lelaki memilih perempuan cantik tidak benar, dan apa pendapat Encik Hamka
tentang perkara ini, wah, rasa bangga gila dapat tanya soalan kepada Encik
Hamka.
******
Hamka keretamayat jawab:
Banyak soalan yang belum aku
jawab, tapi soalan ini buat aku tak sabar nak jawab, ha ha ha!
Kenapa lelaki sanggup
ceraikan isteri pertama yang cantik dan kahwin dengan isteri baru yang kurang
cantik? Hmmmmm...
Aku tak tahu apa masalah
Awie, AC mizal atau Ustaz-Akhilehay bercerai dengan bini pertama yang cantik
dan berkahwin dengan bini baru yang cantik jugak, tapi tidaklah secantik yang
pertama, aku tak tahu, sebab artis bila di tanya kenapa bercerai? Jawapan
mereka: “sudah tiada jodoh”
Sungguh betul jawapan mereka
dan tak perlu kita nak korek lebih lebih. Tutup aib orang tu adalah sifat orang
islam yang bertakwa. Amin.
Baik, balik pada topik,
dulu.., aku sebagai lelaki, juga jenis pantang bila terpandang wanita cantik,
tapi lepas aku dah kahwin, dan bila aku dapati ramai jugak member aku yang
bukan artis tapi kahwin bini lawa macam artis dan akhirnya bercerai macam artis
dan kahwin dengan bini baru yang kurang cantik macam bini artis yang bercerai
tu dan bila di tanya kenapa bercerai pada kawan aku yang bukan artis tapi jawab
macam artis, iaitu sudah tiada jodoh dan mahu bini baru yang beriman sambil
menjawab macam artis.. (aku sudah lost di sini-okey?)
Kat mana tadi?
Baik, dulu aku juga jenis
pantang bila terpandang wanita cantik, tapi lepas aku dah kahwin, dan bila aku
dapati ramai jugak member aku yang kahwin bini lawa tapi bercerai, dan kahwin
bini baru yang kurang cantik, dan sebab mereka member aku, maka aku telah tanya
secara serkap jarang dan bahang gambang, akhirnya aku dapat kesimpulan kenapa
mereka bercerai walaupun bini lawa dan bila dikaitkan dengan Hadith Nabi, maka
bertambah yakinlah aku akan kebenaran hakikat ini.
Dengar sini wahai semua bini
orang yang cantik atau perasan cantik!
Terdapat dua perkara
yang sangat penting dalam rumah tangga yang sering di anggap remeh oleh orang
perempuan tapi sangat besar di sisi lelaki.
Pertama: Sila
teman suami waktu makan. Tolong!
Kedua:
Jika menolak untuk bersetubuh, atas sebab yang patut, jangan lupa qadha(ganti
balik) seberapa segara yang boleh. Tolong!
Bab makan ni, ramai perempuan
bagus bab masak, beli barang basah, potong sana, rebus sini, goreng sinun, lalu
hidang atas meja.
Tapi bila suami mahu makan,
isteri boleh pula buat kerja lain seperti tengok TV, menjahit, jaga anak, kemas
rumah atau tidur dengan alasan, saya sudah siapkan semua hidangan, tapi selera
makan pula tiada, jadi saya mahu berehat sekejap. Apa ke jadah?!
Lalu makanlah suami korang
seorang diri bersama syaitan yang akan menghasut suami korang dengan pelbagai
perkara durjana.
Nampak remeh, tapi
hakikatnya, perkara ini adalah sangat BAHAYA! Membiarkan suami makan seorang
diri adalah kesalahan yang sangat besar dalam dunia rumah tangga. Sangat
besar!!
Aku dah rujuk kepada 5
pasangan yang bercerai, , setelah aku selidik, hmmm, terdedahlah kesilapan bini
lawa selama ini adalah: selalu biarkan suami makan seorang diri bersama
syaitan, nampak remeh, tapi suami yang makan sendirian bersama syaitan akan
lebih mudah menceraikan isteri berbanding suami yang selalu di teman isteri.
Puan Puan sekalian, kewajipan
isteri bukan memasak, anda boleh beli makanan di kedai, dan itu tidak menjadi
kesalahan, tapi, jika tidak menemani suami makan, adalah satu kesalahan dan
akibatnya, suami anda akan mudah bergaduh dengan anda, dan
bercerai-naduzubillah.
Layan suami makan, ada di
sebut dalam hadith, dan menurut Buznama lagi, makan seorang diri akan ditemani
syaitan, kerana itu para nabi menggalakkan makan secara berjemaah, jadi jangan
biarkan suami korang makan seorang diri bersama syaitan, jika tak nak syaiitan
hasut suami korang ceraikan korang talak lapan...jangan!
Korang bini orang semua ni
masih ingat lagi tak?, perkara membiarkan suami makan bersama syaitan ini tidak
berlaku di awal perkahwinan, suamipun senyum memanjang kerana tiap kali waktu
makan, isteri setia meneman, tapi bila isteri sudah beranak, waktu makan sudah
tiada isteri mahu meneman, kerana isteri sibuk uruskan anak, makan bersama
anak, tidur bersama anak, lalu tinggalah suami mengunyah nasi yang bertambah
masin kerana bercampur air mata dan air kecing syaitan!
Apa lagi nak di kata?
Aku ada kenal seorang pakcik
yang mana bininya huduh, mulut leser, perangai boleh tahan cerewetnya, tapi Pak
cik tu bertahan hidup dengannya sampailah bini beliau meninggal awal tahun
lepas, selepas di korek rahsia kenapa bertahan hidup dengan isteri yang mulut
macam puaka tu?, jawab bekas suaminya, isteriku tidak pernah membiarkan aku
makan seorang diri, sekiranya beliau tiada selera, beliau tetap duduk bersama
menemani aku makan sampai habis. Wanita begini, tidak akan aku tinggalkan
seumur hidup.
Dengar tu wahai semua bini
orang yang perasan cantik sekalian.
Ini adalah serius, wahai
semua isteri diluar sana, tolonglah menemani suamimu makan, berbicaralah apa
apa isu di waktu makan, bagus jika bercerita tentang ugama, tapi jika lemah
iman, boleh juga bercerita tentang perkara dalam kain, dan jika tiada selera,
jamahlah jua sesuap nasi, membiarkan suami makan seorang diri, membuka jalan
untuk suami mencari teman di luar, dan akibatnya, rumah tangga menjadi
bergelora. Tolong jangan biarkan suami makan bersama syaitan jika tidak mahu
rumah tangga di kacau syaitan.
Baik, itu bab teman makan,
sekarang bab teman tidur.
Menolak ajakan bersetubuh,
dan suami diam sahaja, mungkin orang perempuan sangka suami tidak apa apa, tapi
hakikatnya suami mengalami kecederaan dalaman, lalu air naik kepala dan meleleh
ke telinga.
Benda ni bahaya, jangan
terlalu kerap menolak ajakan bersetubuh dari suami. Terdapat hadith yang
mengatakan Malaikat akan melaknat sampai ke subuh jika menolak bersetubuh, satu
hadith lagi, jika suami ajak bersetubuh atas jubor unta, pun tak boleh tolak.
Argh, tak perlu aku cerita
panjang lebar bab ni, semua faham sudah tentang betapa pentingnya kepuasan seks
dalam keharmonian rumah tangga.
Nasihat aku, jika suami ajak
bersetubuh, dan andai kata puan puan terpaksa menolak di atas sebab yang patut,
seperti deman, pening kepala, atau lain lain, tapi jangan lupa qadha balik
seberapa segera bila sudah pulih dari semua itu, kalau boleh lafazkan dengan
kata-kata:
“Bang, semalam maaf sangat
sebab kepala pening, sekarang sudah sihat, jom qadha bersetubuh!”
InsyAllah, isteri yang
berbuat demikian, suami akan fikir seratus empat belas kali sebelum mahu
bercerai.
Cukup sampai situ, naik
syeikh pulak nanti orang yang belum kahwin baca bab ni,
Sebagai penutup, ingat pantun
penuh falsafah dari Hamka keretamayat ini baik baik:
“Apa guna berbini cantik,
Bila makan tidak meneman,
Apa guna isteri romantik
Jika selalu mengelak di
ranjang”
Woha!
Ps: InsyAllah, isteri yang
melayan suami makan dan tidur dengan baik, suami akan fikir seratus empat belas
kali sebelum mahu bercerai. InsyAllah. Semoga bini aku dan semua bini orang
dapat amal apa yang aku sampaikan. Chow!
24 comments:
Wowww..info bagus tu..hehe..
perkara kecil..tapi besar efeknya kan.
Tak sabar nak balik...nak mkn sama2...hihi
thanks infonya
info yg sgt bgs...terima kasih kerana kongsi.....
info yg menarik.
sambil bermuasabah diri utk jd yg terbaik utk ikat hati suami :")
tq for sharing - *hug*!
Salam Jade,
Akak ada nampak dlm keluarga sendiri, biarkan suami makan sorang2. Tak elok tu, kesian. Kalau dia nak makan sorng, buleh jer dia makan kat kedai! Ni pun tak boleh pikir. Akak sendiri tak benarkan suami tinggalkan akak makan sorang2 kalau dia abis dulu, nanti akak kata, "Kalau saya nak makan sorang, saya boleh makan di restoren!". Dia tunggu sampai akak abis!
rasa mcm komen td tak masuk je..
heheeh sama2 lah kita cuba yg terbaik.. asam garam n dugaan berkawin sentiasa ada kan..
mcm2.. pencerain bukan hanya kekurgan isteri tp juga kekurgan suami.
menarik artikel ni....
ah...terus rasa nak cium hubby ajak guling2 atas katil...ahaks...
MamaHanim - tu ler menarik kan..?
KR - betul sis..kdg x perasan bende2 kecik remeh besar impak nye..hehe
eiramalik - sama2 sis..moga sama2 dpt manfaatnya..
mamyharraz - btol sis sesambil improve diri kita kans..kdg2 kite terlupa..*hug* :)
Moh Kembara - hehe samalah saye..kalu boleh nk sama2 memanjang..fair n square gitu..hehe
mulan - betul sgt2 sis..sdg kan lidah lg tergigit..hehe
Baby(mama AA) - itu semestinye..sama2 muhasabah..yg penting 2 way communication selalu :)
nahmy - tq bro..juz sharing dgn kwn2 :)
wahida - hahaha siut jek ko..ekekeke =))
saya baca entry ni smpai hbs... Ya Alllah.. sy ada je time xteman hubby mkn... InsyaAllah.. lps ni sy akn sentiasa teman hubby mkn...
thanks tau..
IntanBerlian - sama2..kdg2 benda2 kecil gini kita x gitu peka kan sis.. :)
hv a great day yeah!
salam..ini komen orang yang belum kahwin... sebenarnya akak dah dengar hal ini daripada seorang ustaz, orang yang veteran..orang lama2 yang hidup harmoni dalam rumahtangganya. :) thanks.
Leeza - thx sis sudi singgah.dipikir2 ada betul juga ya sis :)
mari menjadi isteri solehah ;)
LiliLotus - Insyaallah sis.moga kita teurs mjadi isteri solehah kesayangan incek somi..hingga akhir hayat :)
Post a Comment