March 18, 2013

RM87,000 lesap selepas ATM mesin dirompak

Walopon berita ni selalu kite dengar tp yg mmbuatkan akak betul2 terkejut ialah bilamana kejadian ni berlaku betul2 sgt2 berdekatang dgn opis akak. Mmg menjadi kebiasaan akak selalu singgah pasaraya tersebut (anak syarikat JUSCO) utk bersoping makanan kering, pampers. Tu tuu...kacang potong kat entry bawah tu pun akak beli kat pasaraya tu. MAMY POKO pampers selalu ade sales kat sini..akak suke beli dan belah di sini kutip2 JUSCO points..tralalala

Lepas ni x dpt le withdraw $$$ kat situ lg..selalu nye best aje withdraw $$$ sesambil cuti mata soping2 kat dalam pasaraya tu...


Sekumpulan penjenayah profesional melarikan wang tunai RM 87,000 dari mesin pengeluaran automatik (ATM) selepas memecah masuk sebuah pasar raya di Seksyen 31, Kota Kemuning, dekat sini, awal pagi semalam.

Kejadian itu hanya disedari oleh pengurusan pasar raya berkenaan ketika hendak memulakan operasi jam 7.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, siasatan mendapati penjenayah menggunakan gas Oxy-acetylene untuk memecah mesin ATM itu.

"Selain itu, penjenayah turut menyembur cat pada kamera litar tertutup (CCTV) premis dan melarikan rakaman CCTV bagi mengelak identiti mereka dikesan.

"Kita bagaimanapun mempunyai alternatif lain untuk menjejaki mereka," katanya ketika dihubungi, semalam.

Ketika ditanya sama ada pasar raya terbabit turut mengalami kerugian, Zahedi berkata, penjenayah menumpukan untuk melarikan wang dari mesin ATM itu sahaja.-sinaharian

2 comments:

QasehnyaRania said...

takut kan.makin menjadi2 pulak kebelakangan ni

GREENJADE said...

QR - itu ler..dah x mcm dulu..even kt area rumah pun kena berjaga2 kan sis.