September 6, 2013

Perlukah diberi vitamin tambahan untuk kecerdasan otak ?

Sumber : DoktorBudak.com

Q: hai doc,baby saya berumur 1tahun 3 bulan. Perlukah baby diberi vitamin tambahan untuk kecerdasan otak. Sebab bila datang kerja ada kawan-kawan kata diaorang bagi  vitamin itu vitamin ini untuk bagi cerdik. Perlu atau tidak sebenarnya vitamin ini? Terima kasih. (Naz)

A:  Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terima kasih sebab Puan mengutarakan soalan mengenai vitamin tambahan untuk kecederasan minda.

Puan,

Semua ibubapa mahu melihat anak-anak mereka sentiasa sihat dan dapat menjadi orang yang berguna dimasa hadapan. Dan sekarang kita sentiasa melihat pelbagai produk-produk kesihatan  di pasaran  yang dikatakan dapat membantu meningkatkan prestasi kanak-kanak dari segi aktiviti dan kecederasan. Produk-produk ini dikatakan mengandungi vitamin-vitamin dan mineral yang sangat berguna untuk tumbesaran dan memberikan badan yang sihat.

Tujuan artikal ini ditulis adalah bukan untuk menyokong atau menghalang ibubapa dari membeli produk-produk berkenaan, tapi sekadar memberi pendapat secara amnya mengenai persoalan yang diajukan di laman web doktor budak.

Majoriti pakar-pakar pemakanan bersetuju yang kanak-kanak tidak memerlukan vitamin tambahan untuk tumbesaran yang sihat, samada tumbesaran fizikal ataupun untuk kecerdasan minda. Ini adalah kerana  manusia hanya memerlukan sejumlah kecil vitamin-vitamin dan mineral bagi membantu fungsi badan yang sempurna, dan vitamin-vitamin ini boleh didapati dari makanan yang dimakan oleh kanak-kanak ini.

Kebanyakan makanan kanak-kanak sekarang telah diperkayakan(fortified) dengan sejumlah vitamin-vitamin dan mineral yang penting. Ada beberapa kes dimana kanak-kanak yang mengalami penyakit ADHD/Autism dan Cerebral Palsy telah diberikan dose vitamin yang sangat tinggi(Mega Dose), bagi tujuan merawat penyakit berkenaan. Setelah kajian dilakukan, tiada faedah tambahan yang didapati setelah rawatan ini diberikan dan kanak-kanak tidak sembuh tetapi ada yang telah mengalami keracunan vitamin-vitamin itu.

Jadi merujuk kepada soalan Puan mengenai vitamin tambahan itu, saya tidak mengalakkan pemberian vitamin tambahan kepada kanak-kanak ini, kerana dengan mempelbagaikan makanan dan minuman kanak-kanak itu, seharusnya adalah mencukupi bagi tumbesaran.

( answered by Dr Azhar Mahmud )

Editor’s note: Kami sedar bahawa bukan semua kanak-kanak dapat nutrisi sepenuhnya daripada makanan kerana ada yang pilih makan dan faktor-faktor lain. Maka, vitamin tambahan ada perananya dalam kes sebegini, dan ini akan diterangkan dalam artikel lain pada suatu masa nanti. Kami juga tidak menyokong penggunaan “Get smart pills”


Read also:Get Smart Pills certificate not Legitimate: Health Ministry

Ngomel KakJade : ooOOOo baru lah ku faham..so moral of the story..those kids yg sedang growth up tu..kasi jek dia membesar secara NA-TU-RAL..tak perlu lah diberi makan vitamin bagai untuk kasi cerdik@pintar@bijaksana..Jika pola makanan sudah seimbang tak perlu rasa nya nak menokok tambah additional vitamins ye tak? Tapi bagi kes anak2 yang memilih makanan haaahh ini akak rasa agak mencabar kerana si ibubapa perlu lebih kretif menyelitkan makanan kesukaan yang similar to said particular vitamins nya..ye dak?



12 comments:

MAY said...

jadi?awl2 pun kene bg vitamin dah ke?

Balqis Nazid said...

errr..ada tak vitamin nak bg anak cun/hensem Doktor...? kih...kih... larrriiikkk..!!!

Puan Kutu said...

sbb tu kita dulu2 tak bg makan vitamin ni smeua pun cerdik pandai jugak,hehe..

woo baru faham,lepas ni tak payah la dok sibuk nk pegi cari vitamin pandai kt anak.buang duit je..hehe

wahida said...

kesian kat budak2...kecik2 dah kena mkn vitamin bagai...vitamin c cukup la kot...tak yah la vitamin utk cerdik pandai...ekekekek...

Mulan said...

kasi kismis & kurma je banyak2...

GREENJADE said...

May - menurut doc tu x digalakkan May..tp tu ler nowdays tgk ramai pulak ibu2 kasi vitamin pd anak2 kans..kempius mak. uhuhuhu

GREENJADE said...

Balqis - err itu kena berguru 30 hari 30 malam dgn dokter le nampak nye yang..kih kih kih

Unknown said...

thanks for the info..
banyak membantu

fieza

follow my blog : www.afizahnordin.blogspot.com

GREENJADE said...

PuanKutu - hehe tu la kan..ramai yg tak tahu..untung gak nowdays kalu x yakin boleh gak gugle2 kan..hehe

GREENJADE said...

wahida - kan sis..sian gak paksa2 kekanak ni mkn vitamin bagai..make it natural..plg bagus bg jek mkn kurma/kismis bebanyak

GREENJADE said...

mulan - betul tu sis. sy setuju. mudah nk dapat.

GREENJADE said...

fieza - sama2 sis. sekadar berkongsi info :)