February 2, 2015

Siri Masakan - Pudding Triffle, Cheese Cake, Mini Pizza, Banana Cheese, Serawa Labu


rindu nye pada blog kesayangan ni
kekangan masa menyebabkan beliau terabai

Tak tau nak start entry mana satu..dari ceruk mana dulu 
banyak cerita suka duka bahagia derita gembira...cewahh



just start dengan pembuka selera ya

PUDDING TRIFFLE
lapis atas (A)
1 tin koktail buah
sepeket jelly (brand nona)

lapis tengah (B)
3cmb tepung custard
 secubit garam
1 tin susu cair (akak pakai Carnation)
1 tin air
1/2 cawan gula

lapis bawah(C)
swiss roll (dipotong & disusun rapat2 & direnjis2 sedikit air koktail buah)




 sempoi aje pung (abai kan hero separa bogel di atas)
buat 3 layer aje - KEK, PUDING custard & jelly + koktail, 
lembut lentok-meliuk2
nak makan kena cedok dengna sudu atau senduk
hasil tak berseni ku..
biar buruk di mata ...sedap di tekak..kih4

88===========================================================88
CHEESE CAKE 

Bahan2 kek
250gm cream cheese
1 biji telur
1/2 cawan susu pekat
1cmt parutan lemon
sedikit esen vanila

Bahan2 dasar
setengah peket digestive biscuit
1/4 butter untuk digaul bersama biskut

Cara
-hancurkan biskut digestive & digaul bersama butter (agak2 boleh dikepal)
- then simpan sebentar di dalam peti ais

- campurkan kesemua bahan untuk membuat cake & putar selama +-5-10minit
- angkat & tuangkan ke atas lapisan dasar (biskut)
- bakar (1 jam) if kukus (45 minit)
akak suka buat dua versi - KUKUS & BAKAR
tapi tekak lagi suka kukus
berbanding oreo & digestive - 
akak lagi suka digestive biscuit disebabkan teksturnya yg lembut
 ini versi bakar..
ini versi kukus
 ini pun versi kukus...
sedap..moist2 gitu

88=======================================================88

MINI PIZZA
bahan2 sila jenguk2 di bawah ya
v
v
 roti slice yg tak habis jangan dibuang
boleh di re-cycle untuk sesuatu yang melazatkan
Mulakan dengan Bismillah...
 filling - adalah kesemua bahan2 di atas yg telah di potong2
teburkan sedikit sos tomato puri (jika tiada tomato sos pun boleh saje)
hiaskan dengan bahan2 lebihan
jika suka boleh juga ditambah ikan bilis & sebagainya ikut selera memasing


88=================================================88
BANANA CHEESE+CHOCOLATE RICE

ini versi kak Jade
pisang berangan / pisang emas rasa lebih enak
tapi ikut selera masing2

8 biji pisang berangan digoreng
sedikit susu pekat
cheese (parutan cheese)
chocolate rice

sedap dimakan semasa panas2
dah sejuk...feel & taste agak 'kureng' sikit..

88=============================================88
SERAWA LABU

separuh labu dipotong dadu
gula kabung/gula merah
1 tin susu creamer 
2 cmb sagu
daun pandan sebagai pewangi
air


Sekian sessi masak-masak mengikut selera tekak...


3 comments:

Puan Kutu said...

Ohh semua pun peberet sy..sedapnya la hai

ejulz said...

Terbaek..

rasp said...

sodap banget ni semua....
hero dah besaqqqqqq...