September 14, 2011

Boleh derma, boleh beli, boleh datang ke NST!

Salam & Selamat Sejahtera kawan2...


Berita penuh sila klik SINI


Press Release dari Penerbitan NB KARA dan kumpulan Kembara Ukhwah (KU)

Mendapat tahu tentang apa yang menimpa suami Ramlah Zainal, walaupun tanpa mengenali wartawan hiburan itu, pihak NB KARA dan Kembara Ukhwah terus bersetuju untuk sama-sama menganjurkan jualan amal bagi mengutip derma membantu sedaya yang mampu pada insan yang memerlukan.

NB KARA diterajui oleh novelis tersohor Norhayati Berahim, bersama grup Kembara Ukhwah Ke Utara yang diterajui pengerusinya Norazlina Yusof turut mengwar-warkan tentang kutipan ini di laman sosial masing-masing seperti blog, facebook dan juga twitter.

Sebelum menunggu tarikh jualan amal pada 17 September 2011, Puan Norhayati Berahim telah menjual barang-barang peribadinya seperti baju kurung, baju kanak-kanak, dompet, jaket secara talian. Barang-barang yang dijual ada yang dari Malaysia dan juga Eropah dan merupakan barang baru yang belum dipakai lagi oleh Norhayati.

Pada 17hb Sept 2011 nanti selain menjual pakaian dan pelbagai barang lagi, NB Kara dan KUKU juga menjual novel-novel keluaran NB Kara di mana 35% akan di serahkan kepada tabung suami Ramlah. Antara penulis yang bernaung di bawah label NB Kara ialah Nora Ismail, Kusyi Hirdan, Lily Haslina Nasir, Zuliana Abuas, Iejay Zakaria, Anuar Kamaruddin, Nurasikin Arsad dan Zara Aluwi.

Sekiranya anda tidak dapat ke NST, Jln Riong nanti, anda boleh membeli secara online jualan Amal kami atau pun sekadar derma kepada kami mengikut kemampuan anda. Kami akan sampaikan kepada suami Ramlan Zainal kelak.

Mari kita membantu insan yg memerlukan. Hari ini masanya, esok lusa mungkin masa kita pula.

Sekian. Terima kasih



P/S: Sumbangan anda amat lah dialu2 kan..u all boleh menderma, membeli, atau boleh dtg terus ke NST pd 17Sept, 2011 atau terus ke FB Bendahari NB KARA utk keterangan lanjut. Acara jualan 11am - 7pm di driveway NST, Jln Riong KL.

4 comments:

rasp said...

ramai org kita yg prihatin kan...
bagus ada pengerak gini...

GREENJADE said...

rasp - moga ramai lg lebih prihatin ya sis..InsyaAllah :)

Kamariah Awang said...

Semoga mencapai target sepertimana yang dikehendaki. Mudah2an cepat sembuh...

GREENJADE said...

KA - InsyaAllah ma. moga urusan kami dipermudhkan-Nya :)