Showing posts with label Sudut Info. Show all posts
Showing posts with label Sudut Info. Show all posts

September 4, 2013

Habbatus Sawdah Benefits - Rejuvenate skin cells and delay the aging process??? Best nyeeee....!!


Wahhh wahhh selama makan habbatus sawdah ni tidak pula ku tahu dpt delay kan 'ketuaan' ku..hihihi
so tak perlu lah ku telan lg marine collagen or what so ever kans..kans..hehehe..errrr errrr


itu pun selepas my Indian colleague bertanya apa itu habbatus sawdah?
terkulat2 jugak lah nak bagi further explanation..cecepat ku gugle2 mencari further infos..hehehe
yg ku tahu ianya sejenis jintan & mengandungi pelbagai khasiat, menjadi penawar kepada segala penyakit...

Diriwayatkan dari Aisyah ra, beliau mendengar Rasulullah saw bersabda:

“Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda’ boleh menyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam”. Aku bertanya. “Apakah Al-Sam itu? Baginda menjawab, “Al-Sam itu ialah maut”
 Riwayat Imam Bukhari.


The Miracles of Habbatus Sawdah

Habbatus brother '(Nigella sativa) is a plant that has a lot of benefits to maintain health and cure various diseases. Prophet sallallaahu 'alayhi wa salam said that Habbatus brother' is the cure for all diseases except death.

Mentioned by Imam Al-Bukhari (hadith no. 5687), he narrated the hadith of 'A'ishah quoted' Riders that he never heard the Prophet sallallaahu 'alayhi wa salam said, means:

"Verily in the Habbatus sauda 'contained a cure for all diseases except As-sam." I asked, "Is it as-sam?" He replied, "Death."

In the report narrated by Muslim (no. 2215) stated:
"None of the disease but in Habbatus sauda 'there is healing for him, except death."

According to the history of this herb comes from the Mediterranean (especially Egypt) and has now spread to many regions of the world such as in the Arabian peninsula (Yemen, Saudi Arabia), Syria, Iraq, part of Central Asia (India, Pakistan), the Mediterranean countries ( Greece, Cyprus) and the U.S..

Medical experts in the present has many properties which recognizes excellence Habbatus Sauda. Dr. Kopok Stanley (USA) said: "Habbatus brother 'has a very important role to prevent the tumor and in the long term to strengthen the immune system" While Dr. Tajul Aris Yang (Malaysia) said that Omega contained in Habbatus sauda '10-fold greater than the benefits of DHA and EPA.Beberapa Habbatus brother' among others:

1. Strengthening the immune system (immunity)
Based on research results, black cumin can increase both the number of T cells to enhance natural killer cells. His success to 72% when compared with placebo (only 7%). Dr. Basil Ali and his colleagues from the College of Medicine, King Faisal University explain in the journal Pharmasetik Arabia.

2. Improve memory and concentration
With the content of linoleic acid (Omega 6) and linolenic acid (Omega 3), Habbatus brother 'is the nutrition for the brain cells that is useful to improve memory and intelligence.

3. Improve endurance hormone
Hormones are substances produced by glands active endoktrin, who entered the blood circulation. In the human body there are many different types of hormones, including reproductive hormones associated with sexual arousal. One brother Habbatus content 'is setrol which serves as hormone synthesis and bioactivity.

4. Neutralize toxins in the body
Habbatus sauda 'contain saponins that can neutralize and clean up toxins in the body.

5. Overcome sleep disorders and stress
Sapion contained in Habbatus Sauda 'has functions such as corticosteroids that can influence carbohydrate, protein and fat and also affects the functioning of the heart, kidneys, muscles, and nerves.

6. Anti Histamine
Histamine is a substance released by bodily tissues, providing an allergic reaction such as bronchial asthma. Oil made from Habbatus Sauda 'can isolate dithymoquinone. This oil is often called Volatile nigellone from Nigella. This lubrication positive result against bronchial asthma.

7. Improve the digestive tract and anti-bacterial
Habbatus sauda 'containing essential oils and volatile oils that have been found useful for improving digestion. Essential oil traditionally used to cure diarrhea.

8. Breast milk launched
Coordination structure of the fat and hormones contained in Habbatus Sauda 'breast milk can be launched.

9. Additional nutrition of pregnant women
In infancy, children need nutrition to boost the immune system as a whole. The content of Omega 3, Omega 6 and Omega 9 found in Habbatus Sauda 'is a nutrient that helps the development of infant and fetal brain tissue.

10. Rejuvenate skin cells and delay the aging process
Habbatus sauda 'very well to maintain moisture, smoothness, and the skin's youthfulness.

11. Additional nutrients
Sauda Habbatus rich with nutrition as additional manpower, suitable for elderly people, especially to keep the immune system and the relativity of brain cells quickly in order not senile.
Habbatus sauda 'also contains 15 kinds of amino acid protein compiler includes nine essential amino acids. Amino acids can not be in production by the body in sufficient quantity, and therefore must be supplied from food.

Thus some of the benefits Habbatus brother 'who managed to be studied from various studies, it all comes down to one conclusion would be the truth because the Prophet sallallaahu' alaihi wa salam that in Habbatus Sauda 'is there a cure for all diseases except death. This is the miracle Habbatus sauda 'compared with other drugs.



















Ngomel KakJade: akak makan brand ni..senang..telan jek dgn kapsul gitu..setakat ni Alhamdulillah dgn izin-Nya masih dikurniakan susu yang banyak & berterusan untuk my hero tecit itu... :)

Renung2kan: Jangan sesekali kita sangkakan yang buruk sebab bila kita bersangka buruk itulah yang kita dapat - Prof Dr Muhaya


August 30, 2013

Trend Terkini Tektik Menyamun - Must Read


Macam2 tektik jenayah masakini
Walaupun Malaysia masih negara yg aman-damai
tapi kawasan sekitaran kita tidak menjamin segala
mencuri, menyamun udah seperti menjadi satu kegemaran & seolah2 menjadi satu karier tetap
alahai..macam-macam...

Terkini, info yang merata2 bertebaran di FB, blog etc
walaupun nampak simple tapi boleh mengundang padah jika tidak berhati2
marilah sama2 share this infos dgn kawan, isteri, suami, adik-abang, anak2, cucu2, jiran2..

Alkisah nya....

Di stesen minyak, seorg lelaki datang & memperkenalkan diri beliau sebagai pelukis kpd wanita untuk menawarkan perkhidmatan :-

- mengisi petrol ke dlm kereta wanita itu &
- meninggalkan biznes kad.

Mangsa tidak berkata apa2 tetapi menerima biznes kad beliau kerana kebaikan lelaki itu & terus masuk ke dlm kereta. Lelaki itu kemudian masuk kedlm kereta yg dipandu oleh org lain.

Apabila wanita meninggalkan stesen minyak, dia melihat lelaki tersebut keluar dari stesen itu pada masa yg sama. Hampir serta-merta, dia mula berasa pening & tidak dpt manarik nafas dgn sempurna. Dia cuba utk membuka tingkap & menyedari bahawa bau adalah pada tangannya; tangan yg sama digunakan menerima kad dari lelaki artis di stesen minyak semasa menerima perkhidmatan dari lelaki tadi.

Beliau kemudian melihat lelaki tersebut mengekori dibelakangnya & dia merasakan dia perlu utk melakukan sesuatu yg pada ketika itu. Dia memandu ke jalan masuk rumah org yg pertama di temui & mula membunyikan hon berulang kali utk meminta bantuan.

Lelaki tersebut terus memandu pergi tetapi wanita masih berasa agak teruk kerna selama beberapa minit barulah dia boleh menarik nafas.

Rupa2nya, ada bahan pada kad yg boleh membahayakan sistem pernafasan manusia. Dadah ini dipanggil 'BURUNDANGA'. (Tidak diketahui Org Setakat ini) & ia digunakan oleh orang2 yg ingin melumpuhkan mangsa dlm usaha untuk mencuri daripada atau mengambil kesempatan daripada mereka. Dadah ini adalah empat kali lebih berbahaya daripada dadah biasa.

Jadi sila berhati2 & pastikan anda tidak menerima kad daripada seseorang apabila anda bersendirian. Kongsi jika anda fikir ianya penting!- sharing info dari FB


July 25, 2012

Wajib Tahu: 13 Formula Pemakanan Genius-Genius Islam Silam

Sungguh tertatik dgn artikel yg akak Jade dapat dari SINI


Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan – penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur.
Berikut adalah formula pemakanan genius-genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :
1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai ” shifa ‘” iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar “Raja Ubat”, dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya.
Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon,magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin,mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental.
Rasullullah s.a.w bersabda, “Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu”. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit – penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca,
merancang dan bermesyuarat.
CARA MINUM :
2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG :
Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya!
2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.
CARA MAKAN :
i) Menghadap Kiblat
ii) Baca “Bismillah” dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii) Baca doa penerang hati
iv) Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan
jika dikunyah seperti makan kacang.
v) Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.
3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri – biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.
CARA MINUM :
i) Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii) Baca “Bismillah” dan doa minum susu seperti yang dibaca
oleh Rasullullah s.a.w
4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli – ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif.
Sabda Nabi s.a.w, “Sesungguhnya seorang
Nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia) lemah badan. Maka
Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur”. Telur
terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan
tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah
telur ayam kampung dan yang masih baru.
5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis – manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.
CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.
6) LIMAU OREN
Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau – limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.
Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, ‘Limau ini adalah seperti mukmin: bagus dirasa dan bagus dihidu’. Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.
7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, “Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah
menerangkan hatinya selama 40 hari.”
8 ) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak – kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak – kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.
9) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaik darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina. Memudahkan penghadaman serta membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.
10) DAGING BIRI-BIRI/KAMBING
Daging mengandungi banyak khasiat. Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat
meningkatkan kekuatan hafazan. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut-turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana.
Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun.
Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa
daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.
11) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka.Kekacang mengandungi nilai protein yang
tinggi.
pistachio





12) ZA’FARAN : KOMKOMA ( CROCOS SATIVUS )
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.
komkoma






13) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.

May 24, 2012

Sesuatu yang kadang-kadang terlepas pandang


...Walaupun dah berkali2 akak membaca info ini tapi kadang2 still terlupa2..makanya ingin sekali lagi sharing tiz kinda info di blog kesayangan ni...
MUNGKIN banyak umat Islam tidak tahu bahwa label yang bertulis ‘This product contain substance from porcine’ sebenarnya bermaksud ‘Produk ini mengandungi bahan daripada babi’. Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah ‘The source of gelatin capsule is porcine’ yang bermaksud ‘Kapsul dari gelatin babi.
Berikut antara istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur babi:
1. Pork: Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

2. Swine: Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.
3. Hog: Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50 kg.
4. Boar: Babi liar.
5. Lard: Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun.
6. Bacon: Daging haiwan yang disalai, termasuk babi.
7. Ham: Daging pada bahagian paha babi.
8. Sow: Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan).
9. Sow Milk: Susu babi.
10.Pig: Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50 kg.
11.Porcine: Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi.

May 11, 2012

Jimatkan Bateri Laptop

Sekadar perkongsian..

Sumber: MyBerita


Tips bagaimana cara untuk memanjangkan jangka hayat bateri laptop ketika menggunakannya. Kita sedia maklum bahawa standard jangka hayat bateri laptop adalah 300 kali cas secara umum. Jadi jika selepas tempoh masa tertentu anda pasti perasaan bahawa bateri laptop anda tidak sehebat ketika masa mula-mula menggunakannya.
Jika anda  ingin menggunakan laptop untuk  jangka masa yang panjang (contoh straight 3 – 8 jam sehari), dinasihatkan agar anda menanggalkan bateri dan hanya perlu menggunakan power kabel sahaja. Ini kerana jika kuasa bateri sudah penuh dan pada masa yang sama masih menggunakan power kabel, bateri tidak dapat menampung lebihan kuasa dan secara tidak langsung boleh menjejaskan ketahanan bateri.
Bagaimana pula jika mahu menggunakan bateri tetapi ingin memastikan bateri tahan lama sewaktu menggunakannya ?

Ok, sebenarnya kita selalu menggunakan bateri jika pergi ke suatu tempat tertentu, jadi langkah-langkah di bawah amat sesuai dipraktikkan untuk menjimatkan kuasa bateri.



  1. Perlahankan volume atau mute volume jika perlu.
  2. Adjust screen brightness, kurangkan kecerahan screen laptop, selalunya secara auto jika anda menggunakan option “Select a power plan” kepada “Power saver“.
  3. Disable bluetooth jika tidak menggunakannya.
  4. Gunakan aplikasi yang tidak memerlukan jumlah RAM (Random Access Memory) yang banyak. Sebagai contoh, penggunaan notepad lebih kurang menggunakan jumlah RAM berbanding MS Word.
  5. Matikan network card / switch off jika tidak menggunakan Internet/LAN.
  6. Unplug USB device jika perlu. Sebagai contoh, tanggalkan pendrive jika tidak menggunakannya.
  7. Shutdown atau gunakan Hibernate berbanding menggunakan Standby jika anda tidak menggunakan laptop buat seketika.
  8. Buat defragment seminggu sekali bagi memastikan komputer dapat berjalan dengan lancar.
  9. Jangan gunakan CD/DVD.
  10. Matikan ports (switch off ports) yang tidak digunakan seperti Ethernet/USB dan sebagainya.
  11. Gunakan cooling pad.
  12. Elakkan dari meletak laptop dari permukaan yang menyerap haba seperti atas bantal/tilam. Ini menyebabkan laptop semakin panas.
Terdapat banyak lagi tips untuk menjimatkan jangka hayat bateri, tetapi tips di atas lebih mudah dipraktikkan. Selamat mencuba.

August 5, 2011

Jom round2 dengan si cute ni..

psttt..... ;)

aku tgk kat berita tv3 tadi
moto mesra alam @ GO GREEN kata nye
mggunakan sepenuhnya kuasa letrik
comel, jimat,senyap & rugged
(moto letrik pertama di Mesia)
mcm mau 'tangkap' sebijik lah
mau bw round2 jln2 keliling taman
(alemak tak kurus2 lah aku kalu besenam naik moto nihh...kui3)

comel & kemas kan ruang bateri dia?
soket pengecas bateri pun kemas aje..

Ngomel KakJade: cepat2 aku gugle mencari info psl moto ni & terserempak info & foto2 kat blog SI BRO NI.. sori ya bro i cilok2 foto dr blog u & sharing kat sini.

May 12, 2011

penyaman kaki

stokin?
aku pon pelik nape dipanggil se-to-kin yea?
nape x dipanggil penyaman kaki ke...penebat kaki ker..
kecit2 dulu selalu bertanya sini sana mane dapat nye perkataan stokin tuh?
tapi..x pernah dpt jawapan yg sebenar2 nye..
hehehe ado2 aje ko kak Jade uii.. :p

dulu2 time kecit2 kalu dpt stokin bekaler2
bile dikawenkan dgn kasut berkilat merelip2
terasa sgt mewah & bangga
terasa feeling ala2 anak2 hartawan gitu hehe

xceli byk kelebihan bstokin nih
selain dpt menyerap peluh
dpt juga menjaga kelembapan kaki
tp..kalu udah berminggu2 stokin x basoh2
bkn nye kulat..ulat pon boley keluor yang uitss
ekeke :p

tp..nowdays..stokin dah m'jadi 1 trend/fesyen ye dok?
mcm2 aneka stokin ado..
nk yg pnjang..yg pendet..yg beropol2
yg berbunge2..yg berbelang2..yg nipis yg tebal
mcm2 ado...


nape la zmn kecit2 dulu xde pesen gini?
betui yong xde..
skodeng poto lama2 kecit2 mmg kompen nan ado..

ya ampon..mmg cute miut
siap ade rubber stopper kt tapak sock tuh
mmg bikin gerammm
meriah sokin bebudak la nih
rega pon xde la mahal cam zmn kite dolu2
suke aku sokin gini..x rimas jari2 tesepit dlm kasutk nun
ntah-ape-ape-punye-pesen
kalu kaklong2 ini berstokin menutup aurat kan lebih manis


NgomelKakjade: sori sgt2 pd tuan empunya gambo2 di atas coz akok tumpang cilok n tepek di sini..errr akok plg x suke bile di dlm opis ade org suke berstokin aje tanpa kasut melilau2 ke ulu ke ilir di dlm opis..nak2 pulak bau asyemm yg memeritkan lobang idong ai...yerkss eiiii..uhuhu

April 23, 2011

Acid attack!

aiyoyoo masam rupanye buah mangge nih..kulit nmpk cantik beseri2 dgn warna merah2 seksi nye..tp isi dalam..mcm mau ter-pe-le-ot usus besor ai taw..!

owhh tetipah tertifu banggg...!!

tapi..

news yg aku bace nih lg masam2 kelat..
mcm2 pesen angin penjenayah zmn skg nih

Kuala Lumpur (The Star) - Three women have fallen victim to the acid splashers who have been terrorising the Klang Valley in Malaysia since early last month.

The trio, two marketing executives and a teacher, were splashed with a hazardous liquid during separate attacks on Thursday and Friday.

The attacks took place at Jalan Tun Sambanthan and Jalan Sultan Abdul Samad -- the first time they occurred outside Bangsar.

On Thursday at about 5.30pm, marketing executive Ruhainah Husin, 30, and her colleague were on their way home near Jalan Tun Sambanthan when they were splashed.

"We were walking towards my car when we heard a motorcycle pull up behind us.

"In a split second, I felt something on my face," she said.

Ruhainah said she could feel a severe burning sensation and smelled smoke.

"Luckily my eyes were saved because I was wearing glasses," she said.

Her colleague, who escaped with minor injuries, and a bystander helped to send Ruhaina to the University Malaya Medical Centre for treatment.

Ruhaina suffered severe burns on parts of her face and shoulder.

It is believed that the liquid used by the attacker was a type of alkaline.

Another attack the next day, took place outside a primary school near Jalan Sultan Abdul Samad at 7am.

The victim, a teacher who wished to remain anonymous, said she noticed two men on a motorcycle speeding away after she was splashed.

Along with Ruhaina and her colleague, a total of fifteen people, including eight pupils, two teachers, a parent and her two children, have fallen victim to the attacks so far.

Brickfields OCPD Asst Comm Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid urged anyone with information to contact the nearest police station immediately.

~~~~~ ~~~~~~~ ~~~~~~~ ~~~~~~~

Ape lah motif si mamat mangkuk tuh yek? jealousy? anger?revenge.? kut kalu ye pon jgn lah smpai memudaratkan si mangsa seumo idup nye..kalu ter'splash' pd org yg salah..mau merana si mangsa yg x bersalah tuh..entah manelah dorang letak akal yg Allah kurniakan tuh.. :(

To all ladies..be more aware & extra cautios wherever u r..jgn igt berada di kelompok public itu selamat..kdg2 sedang berbual2 dgn kwn2..sambil makan2..sambil tunggu bas/teksi/train pon kite sntiasa diperhatikan dan di intip tanpa sedar oleh si pemangsa yg mmpunyai niat tertentu yg tdk baik..manusia nowdays semakin hilang kewarasan berpikir bila dlm keadaan tertekan dan ketidak-kawalan derjah kemarahan..malah sukar dibaca hati & perasaan sebenar mereka & mudah bertukar menjadi 2 watak berbeza..

moga kita dijauhkan dr segala hasad dengki khianat niat busuk yg tdk di ingini.moga kita sentiasa dibwh lindungan Allah S.W.T selalu..Amin :)


April 10, 2011

Bukan telur je tiruan..beras tiruan pon ade..

Ya Rabbi, nowdays mcm2 fake foods yg didedahkan..akak nk tumpang info yg diterima melalui email last Jan..x igt dr siapa..tp terima kasih sgt2 kpd si informer tu yer :)

Bkn aje telur tiruan..tp ni hah maklumat lain..beras tiruan pon ade bah! aduhai..
(rasenye xde masuk pasaran Mesia ye bai? eii ngeri2 ala2 mkn plestik gitu ..iskhh)

cilok poto dr pocik gugle..
maap ye tuan punye poto..pinjam tepek sini

Copy paster jer la yek
REUTERS
A worker displays a handful of rice at a market in Hefei, Anhui province November 27, 2009. China, the world's largest rice producer and consumer, has approved a locally-developed strain of genetically-modified rice, paving the way for large-scale production in 2 to 3 years, Chinese scientists said on Friday.

The original source is a report obtained by "Singapore media," said The Korea Times.

Allegedly, some Chinese companies produce fake rice by mixing in plastic. This fake rice is then "massively sold" on the Chinese market.

Fake rice sold in Taiyuan, Shaanxi is made from a mixture of potatoes, sweet potatoes, and plastic, according to the report.

The Korea Times said while officials warn that eating fake rice is obviously dangerous to human health, merchants still sell it in "mass quantity" because it's highly profitable.

China has a history of making fake food items.

The Global Times reported in July 2010 that a company in Xi'an, Shaanxi makes a fake version of the expensive "Wuchang rice" by adding flavoring to ordinary rice.

The most infamous example of China's food abuses is the 2008 milk scandal, in which companies adulterated infant formula with melamine and caused the death of at least 6 infants.

Iklim Malaysia Semakin Teruk

Dalam tak sedar perubahan iklim dunia turut memberi kesan kpd negara kite yg tercinta rite?
Keadaan cuaca nowdays kdg2 melampau2 panasnye..kdg2 hujan lebat berserta ribut taufan..malah dilimpahi bah besar juga..
Mungkin salah satu akibat kemajuan yg terpaksa mengorbankan alam sekitar..hutan ditebang..dibina rumah...bukit ditarah..dibina jalanraya..dibina bangunan2 batu..

~~~~~~~~~~~~~~~~~

PUTRAJAYA, 9 April (Bernama) -- Walaupun Malaysia masih boleh dianggap negara yang selamat dan bebas daripada bencana alam, tetapi keaadan ini mungkin berubah tidak lama lagi.

Presiden Persatuan Kejuruteraan dan Teknologi Malaysia (mSET) Prof Datuk Abang Abdullah Abang Ali berkata berikutan wujudnya kebimbangan demikian, badan bukan kerajaan (NGO) itu akan menganjurkan Simposium Serantau mengenai Kejuruteraan dan Teknologi 2011 di Kuching, Sarawak, November ini.

"Sama ada kita suka atau tidak, keadaan di Malaysia kini semakin buruk. Dulu, kita hanya bercakap tentang banjir biasa saja, sekarang banjir yang berlaku begitu teruk. Sebelum ini, kita bercakap tentang hujan pada kadar biasa saja, sekarang kita alami ribut petir yang sungguh dahsyat, yang bukan setakat boleh mengakibatkan banjir, malah menyebabkan berlakunya tanah runtuh yang serius.

"Kini kita bercakap tentang bencana lain pula seperti gempa bumi. Walaupun gempa bumi yang berlaku itu berkekuatan rendah atau sederhana, namun ia boleh menjejaskan struktur bngunan dan prasarana di negara ini kerana kebanyakan bangunan di Malaysia tidak dibina dengan mengambil kira kejadian gempa bumi," katanya kepada pemberita selepas perasmian Konvensyen Kejuruteraan dan teknologi Kebangsaan 2011 (NETC 2011) di sini Sabtu.

Konvensyen anjuran mSET itu dirasmikan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Badaruddin Mahyudin bagi pihak menteri berkenaan Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

Abang Abdullah berkata pakar dari negara jiran yang bersedia untuk berkongsi pengalaman mereka dalam mengendalikan bencana seperti itu akan juga dijemput ke simposium berkenaan.

Kata beliau profesional di negara ini boleh mendalami kefahaman dan pengetahuan mereka daripada pakar Filipina yang berpengalamaan dalam menangani gempa bumi dan taufan.

"Mungkin, apabila kita mempunyai profesional yang memahaminya dan mampu memberi syor tertentu, kita boleh menasihati kerajaan berkaitan isu ini apabila keadaan memerlukan," kata beliau.

-- BERNAMA

January 17, 2011

Selalu didengar tapi jarang dibuat

Owhh arini mood ala2 nenet kebayan puloks
mau layan petua2 dr teratak burok kakJade..
mende2 ni mudah jek tp jarang2 pulok mau diamalkan.. ;)

1. orang tua2 kata.. kalau mata termasuk cili, basuh kaki.. hilanglah pedihnya tue..
-Kalu terkena di mata kanan, basuh kaki kiri. kalau kena mata kiri, basuh kaki kanan.
2. Petua rambut tidak beruban - pas makan nasi, basuh tangan bersih-bersih & air yg masih ada ditangan, sapukan kpd rambut & kulit kepala. Insyaallah, rambut lambat ditumbuhi uban. Petua ni nenek sedara aku kasi..cuba lah.. ;)

3. blender lobak putih dan tapis, kemudian minum airnya, dapat mencuci buah pinggang anda...

4. ngelak minyak panas terpercik - masukkan asam gelugur biarkan seketika then keluarkan. or bley jugak masukkan sedikit garam.

5. kentang enak dimakan tanpa dikupas kulitnya - so caranya..kasi lumur hampas kelapa di bahagian kulit bersih.then goreng bsama2 kulitnya.
6. ni aku x pasti dpt dr siapa..tp mmg aku igt smpai skg. cara tanggalkan gula2 getah pada pakaian - masukkan pakaian dlm peti ais utk beberapa jam then keluarkan & basuh spt biasa.gula2 getah akan lebih mudah ditanggalkan.

7. cara cpt keringkan kasut skolah - ye la kan musim2 ujan nih kasut lambat kering. mudah aje..dulu kecik2 aku selalu buat sndiri jek. renyuk2kan sorat khabor padat2 dlm kasut then letak blkg/bwh peti sejuk.

8. tanggalkan dakwat pd pakaian - titiskan air limau bersama garam & gosok2. biarkan seketika then basuh spt biasa.

9. Hindari lipas - sonang jek. amek daun pandan, pintal2kan..taruk dlm laci/lemari. selain bau harum..lipas pon xde nk menyinggah nye.. ;)
10. telur thn lama - susun/tonggengkan yg bahagian runcing ke bwh.

11. elak telur direbus pecah - didihkan air dgn garam dahulu then barulah dimasukkan telur.

ape pulok petua2 kwn2..? kalu ade ape2 petua menarik meh le kongsi syame2.. :)

wajah saye gebu kans..??
saye byk amalkan petua2 gebukan wajah taw
hahahaha!!
(cilok dr madam gugle)

January 11, 2011

Will Facebook really shut down after March 15th?



..............................
aiyoo dun wan 2 talk much..hope this only de rumor..egegege :D

[Btw, fm wat i hv read, hope below links cud helps yeah :]
http://www.huffingtonpost.com/2011/01/08/facebook-shutting-down_n_806315.html
http://gantdaily.com/2011/01/10/forget-gossip-facebook-will-not-shut-down-march-15/
http://romcartridge.blogspot.com/2011/01/how-did-rumor-about-facebook-shutting.html
http://www.allfacebook.com/many-people-miss-the-joke-about-facebook-shutting-down-in-march-2011-01
........................................................................................................

Ngomel KakJade: if it's true la (kalu betul2 ler)..my personal opinion it's not a smart way to end up everitin..better sell it to me & i'll manage 'em..hahaha no lah juz kiddin' occay..nk mati..!!! kang idop aku lak yg caca-marba..!!!ihiks..! hope abv info dpt tenang kan sket jiwa raga anda anda anda!!...*wink

December 23, 2010

Kesilapan-kesilapan dalam mendidik anak-anak

Bagus artikel ni..

terpanggil utk sharing dgn kwn2 di luar sana..

* aku juz cut & paste tanpa mengubah apa2 kandungan *

Sebenarnya terdapat banyak bentuk kesilapan dalam mendidik anak-anak.

Kesilapan terbesar ialah kegagalan ibu dan bapa menjadikan agama sebagai teras dalam pendidikan anak-anak.

Agama membawa kepada keseimbangan antara fizikal dan spiritual. Antara pembangunan akhlak dan kecemerlangan akademik. Antara dunia dan akhirat.

Tanpa agama, anak-anak ibarat ditinggalkan di lorong yang gelap tanpa pedoman untuk diikuti.

Sering kali berlaku, ibu bapa yang bersungguh-sungguh memarahi anak yang mendapat nombor yang corot dalam peperiksaan, tetapi hanya buat selamba abapila mengetahui anaknya meninggalkan solat dengan sengaja.

Tak kurang juga ibu bapa yang sangat mengambil berat soal makan-minum anak-anak tetapi, mengabaikan terus 'makanan' rohani anak-anak yang sentiasa 'lapar' dan 'dahagakan' petunjuk agama.

Ada juga ibu bapa yang membiarkan anak-anak bergaul bebas lelaki perempuan dengan alasan ia adalah 'kebiasaan budak-budak zaman sekarang', tanpa peka dengan batasan syariat yang menuntut kawalan pergaulan antara jantina berbeza.

Ringkasnya, pengabaian agama merupakan kesilapan terbesar dalam pendidikan anak-anak.

Mendidik Tanpa Belas Ihsan

Selain itu, kesilapan juga berlaku apabila ibu bapa mendidik anak tanpa perasaan belas ihsan.

Dr Abdullah Nasih Ulwan menyebut bahawa terdapat anak-anak yang diperlaku dengan perlakuan yang keras sehingga menyebabkan anak-anak tertekan, kecewa, punah harapan dan ada yang membunuh diri.

Tidak dinafikan terdapat ibu bapa yang 'mendidik' anak berbekalkan luapan emosi marah tidak terkawal sehingga ada yang memaki hamun, menghina, memukul dan membelasah anak sendiri.

Bahkan kes-kes penderaan anak masih kerap didengari sehingga hari ini.

Kekerasan melampau ke atas anak-anak ini membuahkan kekacauan jiwa anak-anak. Hal ini juga ada kaitannya dengan faktor anak-anak enggan berada di rumah.

Bagi mereka 'Rumahku Nerakaku'.

Mereka lebih bahagia dan damai bila berada dengan rakan-rakan, yang kadang-kadang membawa mereka ke kancah kemusnahan kekal.

Bagi si ibu dan bapa, perlu diingat bahawa mereka mempunyai tanggungjawab untuk berbuat baik kepada anak-anak kerana anak adalah amanah dari Allah SWT.

"Sesungguhnya Allah menyuruh menjalankan keadilan, berbuat baik, dan memberi kepada kaum kerabat." (Surah an-Nahl:90)

Sabda Rasulullah SAW:

"Sekiranya Allah inginkan kebaikan bagi sesebuah keluarga, maka diberikan sifat belas kasihan kepada mereka. Dan andainya sifat belas kasihan itu suatu ciptaan (yang boleh dilihat), nescaya semua manusia akan memandangnya sebagai sebaik-baik ciptaan dari Allah. Dan sekiranya kekerasan itu adalah satu ciptaan (yang boleh dilihat), nescaya semua manusia akan memandangnya sebagai seburuk-buruk ciptaan dari Allah." - Riwayat Ahmad dan Al-Baihaqi

Terlalu Memanjakan Anak-Anak

Selain itu, kesilapan juga berlaku apabila ibu bapa terlalu memanjakan anak-anak.

Ada ibu bapa yang berat untuk menghukum dan menegur anak-anak semata-mata takutkan anak itu merajuk.

Kuasa merajuk anak itu diberikan sedemikian rupa sehingga anak itu berjaya memanupulasikannya sebagai senjata untuk mengugut ibu bapa.

Tidak salah untuk memanjakan mereka. Memang anak-anak perlukan kemanjaan dan kasih sayang.

Namun, tindakan yang salah ialah terlalu memanjakan anak dengan tidak menetapkan disiplin dan sempadan ke atas anak-anak.

Akhirnya anak itu menjadi terlalu bebas, dan gagal dididik dangan teratur dan berprinsip.

Kesimpulan

Ringkasnya, antara faktor yang merosakkan pendidikan anak ialah berpunca dari ibu bapa sendiri yang gagal mendidik dengan cara yang betul.

Realiti hidup masa kini yang semakin kompleks dan mencabar menuntut ibu bapa agar lebih tekun mendalami ilmu dan kemahiran keibubapaan dan mengadaptasinya dalam kehidupan berkeluarga.

Landasan agama merupakan asas yang paling baik untuk menjadi bekalan dan rujukan dalam mendidik anak-anak menuju ketinggian sahsiah.

Biodata Kolumnis

Ustaz Fathi Yusuf[/B] merupakan graduan ijazah Undang-Undang Syariah UIAM dan master Undang-Undang UKM manakala isterinya, Ustazah Ros Izanuri Jamaluddin merupakan graduan Bahasa Arab UIAM. Ustaz Fathi sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang PhD di UIAM manakala Ustazah Ros Izanuri mengajar di SMK Taman Melawati, Kuala Lumpur.

www.iluvislam.com

October 23, 2010

Pesanan - Untuk Para Suami

Tertarik dgn hasil tulisan Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah semasa blogwalking di blog Semekar Kasih tadik membuat aku terpanggil utk berkongsi di sini..really interesting :)
Foto kredit to anakkusayang.com

Para suami....petua rumah-tangga bahagia.. :)
  1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
  2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
  3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
  4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
  5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
  6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
  7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
  8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
  9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
  10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
  11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
  12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
  13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
  14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
  15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
  16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
  17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
  18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
  19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
  20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
  21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
  22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
  23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
Ngomel KakJade: Hidup berpasang-pasangan..maka hendaklah kerja r/tangga pon perlu berpasang-pasangan saling bantu-mambantu each other ye dok..? Hidup sepakat membawa berkat :)

October 13, 2010

Tips Kesihatan 1

Artikel ini di Internet
http://sihat.wanita.us/
http://tipswanitasihat.blogspot.com/

Daya ingatan kita akan semakin berkurangan seiring dengan peningkatan
usia. Ingatan dan kemampuan mengingat adalah apabila sel-sel otak
saling berhubung. Semakin banyak sel-sel ini berhubung dan semakin
banyak sambungan itu semakin mudah dan kekal daya ingatan kita.

Pemakanan adalah perkara paling penting dalam meningkatkan dan
mengekalkan daya ingatan. Makanlah makanan seimbang. Tubuh akan jadi
sihat dan otak pun cergas. Begitu juga dengan senaman dalam kadar yang
tetap.

Terdapat kajian, makanan yang mempunyai Omega 3 yang tinggi dapat
meningkatkan daya ingatan. Omega 3 boleh didapati melalui minyak ikan.
Pengambilan minyak ikan seperti ikan kod dan salmon dapat membantu
meningkatkan daya ingatan. UK dan USA FDA mencadangkan pengambilan 3
gram (Omega 3) dalam seminggu adalah baik untuk kesihatan jantung.
Makan sardin sebanyak 100 gram dengan isi kandungan 2 gram Omega 3 dua
kali seminggu boleh mencapai kita kepada matlamat ini. Omega 3 bukan
sahaja untuk jantung malah untuk otak kita.

Ginkgo Biloba dikatakan dapat membantu dalam meningkatkan daya
ingatan. Herba Ginkgo Biloba yang dihasilkan daripada pokok Ginkgpceae
membantu dalam meningkat edaran darah. Darah yang mengalir dengan baik
membantu penghantaran lebih banyak oksigen yang digunakan oleh otak.

Herba seperti Gotu Kola turut didapati membantu edaran darah dan
meningkatkan daya ingatan. Bekalan oksigen yang cukup amat penting
buat fungsi otak. Tanpanya otak akan dahulu mati berbanding dengan
organ badan yang lain. Bagi yang merokok inilah masa untuk berhenti
merokok. Merokok boleh mengurangkan oksigen ke otak. Bahan kimia dan
narkotik yang terkandung di dalam rokok boleh mengganggu keseimbangan
kimia dalam otak. Arak dan alkohol turut menggagalkan otak berfungsi
dengan baik. Hentikan pengambilan alkohol kerana selain memudaratkan
otak ia turut merosakkan hati.

Tidur amat perlu untuk ingatan dan pemikiran. Sewaktu tidurlah otak
memainkan semula apa yang perlu disimpan dan dibuang. Untuk tidur yang
baik bagi orang dewasa adalah sekitar 6 ke 8 jam manakala bagi
kanak-kanak pula adalah 12 jam. Tidur juga perlu pada waktu malam.
Dari segi biologi kita, malam adalah waktu rehat untuk otak dan badan.
Badan pula pada waktu ini lebih aktif menjalankan kerja pembaikan dan
pemulihan. Tempat tidur juga perlu selesa dan paling elok dalam
keadaan gelap.

Terdapat kajian yang dilakukan oleh penyelidik di Sekolah Perubatan
Harvard, mereka yang belajar kemudian tidur dengan cukup, lebih mudah
mengingat perkara yang dipelajari keesokan harinya. Perbandingan ini
dibuat dengan mereka yang belajar pada waktu pagi, kemudian diuji 12
jam kemudian sebelum mereka tidur.

Untuk anda yang akan menjalani peperiksaan bermulalah dari awal
berminggu-minggu sebelum peperiksaan. Belajar pada waktu awal malam
supaya dapat tidur awal untuk mendapat jumlah tidur yang cukup. Pada
sebelah pagi selepas tidur, ulang kaji ringkasan apa yang telah
dipelajari sebelum tidur.

Ikuti bahagian ke dua di http://tipswanitasihat.blogspot.com/ atau
langgani Email terhad Tipswanita.
http://groups.google.com/group/tipswanita Atau hantarkan email kosong
kepada tipswanita-subscribe@googlegroups.com

August 31, 2010

Beware while driving

Dah lama x skudeng yahoo mail aku..ni email yg aku dpt dr incek hubby..

owh mcm2 tektik penjenayah nowdays..beware of 'em kays..sebar2 kan pd sahabat2, saudara-mara terdekat, jiran2..

Smiley

**********

If you see a guy (especially Indian) who rides a motorbike with a bloody hand knocking on your window demanding you to stop and asking for tissue paper to clean the blood when you are driving a car, remember DO NOT stop the car at all. Even if he damages your car or holds the side mirrors tightly, DO NOT stop the car but drive directly to the nearest police station. This kind of criminal tactics have been reported in about 40 cases in Seremban, K. Lumpur, Shah Alam, P.Jaya and Klang Town police stations (actually around the whole country).

These guys are mainly Indian gangsters, They work in a group and dare to commit this crime even in crowded areas where nobody will dare to stop the car to help you. The main purpose of this dirty tactic is to rob you and/ or even commit rape if you are female driver driving alone.

Please forward this message to the people you care about.

Dr Jeyashree Srinivasan
Island Hospital

Free ..!! cepat cepat ke PUSPAKOM !!

Owhh bkn nak kasi barang free yek nok..tp nih hah akak ade t'bace yg PUSPAKOM bermurah hati menawarkan pemeriksaan percuma utk kenderaan anda sempena menjelang musim perayaan nih

Moh beramai2 ke PUSPAKOM (mati laa mau makan hari tunggu turn nih hehehe)

*****

Puspakom Sdn Bhd menawarkan pemeriksaan tanpa dikenakan bayaran, kiranya percumalah kepada pemilik kenderaan persendirian dan motosikal di semua cawangan Puspakom sempena musim perayaan ini.

Pemeriksaa percuma ini akan bermula pada 30/8/2010 ~ 9/9/2010. Jadi kpd pemilik2 persendirian yg belum pernah merasai / belum pernah melakukan pemeriksaan, apakata uols berseronok di Puspakom dgn menghantar kenderaan anda untuk pemeriksaan.

Antara inspection nye :-

1. VEHICLE IDENTITY CHECK – Pengesahan Identiti kenderaan.
- memeriksa nombor enjin dan nombor casis kenderaan anda.
2. ABOVE CARRIAGE CHECK – Pemeriksaan Bahagian Atas Kenderaan.
- Kira periksa keadaan kenderaan, pernah kemalangan tak pun ada part – part yang dipotong sambung.
3. SMOKE EMISSION TEST - Ujian Pengeluaran Asap
- untuk enjin petrol.
4. BRAKE TEST – Ujian Brek
- Menguji tahap kecekapan brek kenderaan anda.
5. SUSPENSION TEST - Ujian Suspensi.
-menguji tahap keberkesanan sistem gantungan anda (ade kena ngena ngn absober)
6.SIDE SLIP TEST – Ujian Gelincir Sisi
- org kite lebih suke ckp peksa alligment gitu

7. SPEEDOMETER TEST- Ujian Meter laju.

- utk mengetahui kadar kelajuan speedometer berbanding kecepatan tayar berpusing pd jalan. Cth nye pd meter kenderaan digerakan sehingga 40km/j dan kita lihat pada monitor kadar kelajuan sebenar. Selalunya ianya kurang sedikit berbanding meter.. kira kalau kat ighway tu kalau bawa had sehingga 120km/j padahal sebenarnya kelajuan tersebut ialah 110km/j. Rasanya pengeluar memang buat macamtu kots..

8.UNDERCARRIAGE CHECK – pemeriksaan bahagian Bawah Kenderaan.

Pemeriksaan akan dijalankan oleh kakitangan Puspakom yang bertauliah. Masa ni apa korang nak tanya pasal kenderaan korang.. sila2 lah ringan kan mulut anda yek..no charge hehehe :p

Puspakom berkata, pemeriksaan percuma itu adalah antara komitmen Puspakom kepada pelanggannya dan sebahagian daripada tanggungjawab sosialnya untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang keselamatan kenderaan mereka.

Puspakom juga akan menjalankan pemeriksaan identiti dan tayar terhadap motosikal yang hadir untuk pemeriksaan. So kalau nak tahu lebih lanjut apa kata call toll free line puspakom 1-800-88-6927.