Showing posts with label PUASA. Show all posts
Showing posts with label PUASA. Show all posts

July 9, 2013

Selamat Berpuasa..Ramadhan..kau datang lagi..

Tinggal 1 hari lagi Ramadhan menjelma..
Saya mengucapkan Selamat Berpuasa pada kawan2 blogger ku yg gorjes2 semua.. :)

Tahun ini adalah sangat2 istimewa kerana merupakan pengalaman pertama menyusukan anak pertama di bulan Ramadhan yg penuh barkah ini. MOga semangat aku terus kental untuk terus menyusukan si hero tecit ni.

Bagi diri yang serba kekurangan ilmu yang masih tiada pengalaman ni, of course aku penuhi ilmu2 di dada dgn membaca, & bertanya, pada ibu2 susuan yg begitu teguh kental menyusukan anak2 mereka. Lagi kagum bila mendengar mereka tak putus asa walaupun terpaksa melakukan Tandem Nursing serentak dlm 1 masa..perghhh wahhh kalau aku mau fengsan gamaknya..   

Terbaca tips untuk ibu menyusu di bulan Ramadhan dari sini - BLOG DUNIA SUSU IBU

1.  Perbaharui niat untuk menyusui anak kerana Allah.YAKIN Allah yang beri susu. Bukan susu untuk ibu menyusu jenama ABC, XYZ atau sebarang produk lain.

2.  Berdoa : “Ya Allah, aku ingin menyusu anakku kerana suruhanMu. Bantulah aku Ya Allah agar dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusu anakku”.

3.  Menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur. Nabi saw bersabda: “Umatku tetap berada di dalam kebaikan, selama mana mereka menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur”

4.  Fokus pada KUALITI, bukan KUANTITI.

5.  Berbuka puasa dan bersahur dengan makanan seimbang yang kaya dengan protein, glukos dan cecair.

6.  Makan banyak kurma.

7.  Minum cukup cecair. Elakkan minuman berkafein dan minuman gas

8.  Makan makanan berkarbohidrat dan kaya dengan serat.

9.  Makan buah-buahan dan sayur-sayuran.

10. Pastikan teknik penyusuan yang betul, kerapkan menyusui bayi.

11. Pastikan teknik mengepam dan menggunakan pam yang betul.

12. Lebihkan sesi menyusu secara terus dan mengepam pada waktu malam. Pam dan menyusu terus secara serentak. Penyusuan malam merangsang hormon prolaktin yang berperanan menghasilkan lebih banyak susu.

13. Pam susu sebelum sahur.

14. Sediakan kurma dan botol air di dalam beg tangan. Mungkin anda akan mengalami kesesakan jalan raya dan terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan. Setibanya di rumah, pastikan anda berbuka puasa dahulu sebelum menyusu bayi anda (jika keadaan mengizinkan).

15. Sediakan lebih stok perahan susu ibu (EBM) sebagai persediaan menghadapi Ramadhan.

16. Ambil milk booster jika perlu.

17. Elakkan terlalu penat.

18. Jauhi stress dengan sentiasa berfikiran positif dan sentiasa ceria

19. Berjumpa dengan mereka yang pakar dalam bidang penyusuan sekiranya menghadapi masalah.


Kelonggaran meninggalkan puasa bagi wanita menyusukan anak

Daripada Anas bin Malik Al-Ka’bi, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT telah meringankan bagi musafir dalam ibadat puasa dan separuh dari solat dan bagi wanita hamil dan menyusui (ia meringankan) puasa”.

Sekiranya ibu berbuka puasa kerana takut berlaku kemudaratan pada dirinya disebabkan puasanya itu, maka wajib bagi ibu untuk qadha’ puasanya sahaja.

Sekiranya ibu berbuka puasa kerana takut susunya akan berkurangan dan membahayakan anaknya, maka wajib bagi ibu untuk qadha’ puasanya dan dikenakan fidyah iaitu bersedekah satu cupak dari makanan asasi bagi hari yang dia berbuka.

Firman Allah: “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir, (bolehlah dia berbuka), kemudian wajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.” [Al-Baqarah : 184]


Rujukan:
1.  Al-Quran al-Karim.
2.  Hasnita Sawal. (Ogos 2009). Menyusu dan Ramadhan. Majalah Pa & Ma, 107: 110-111. Selangor : Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd
3.  Nur Hidayah Abdullah (1997). Puasa. Fardhu Ain Khusus Wanita. Kuala Lumpur: Darul Nu’man, hlm 164-166.
4.  Rita Rahayu Omar (2007). momslittleones.com. 1 September.

5.  Imam Habib Abdullah Haddad (2003). Perihal Puasa. Nasihat Agama dan Wasiat Iman. Sngapura: Pustaka Nasional, hlm 177.


August 14, 2012

Gembiranya tekak ku

Lately dgn kandungan almost menghampiri 8 bulan
badan cepat terasa letih lesu somput sume bercampur-baur
lebih2 lagi tekak masih belum dpt menerima manisan2 bagai
cuma manisan dr gula merah/kabung/melaka saja yg gembira diterima ditekak
rasanya udah lama juga aku tidak minum air bergula
bukan tdk mahu mencuba tp resultnya akak Jade termuntah2 kan semua isi perut..
mungkin juga ini faktor menjadikan badan cepat terasa penat lesu :(
less energy..makanan pun makin seciput aje boleh dimuat tekak

menu wajib dibulan puasa utk tahun ini - Puding Caramel
hari2 melayan pun tidak ngape
akak suke aje!
terharu mendapat kiriman nun jauh dari colleague..
dari branch office Medan
dua kotak besar2 gitu
  ini kek berperisa Mocha
mmg mables
lembut..gebuss..mantop yu!
dpt lah menghilangkan kempunan akak Jade
* kita makan sama2 ya my little precious ;) *
3 perisa - coklat, cheese & coffee 
tapi kena makan cepat2
tak boleh simpan lama
sebab tidak ditaruk bahan pengawet
fresh without bahan2 tiruan gitu





July 23, 2012

Puasa berdua


Alhamdulillah..sudah hari ke-3 Ramadhan..

Kali ini merupakan pengalaman pertama aku berpuasa tika berbadan dua
Syukur, kehebatan luar biasa yg Allah kurniakan
tiada langsung rasa penat..
cuma badan terasa cepat mengah bila byk bergerak & still terasa loya2 mabuk2
tp masih ditahap terkawal..

moga hari ini juga aku berjaya menghabiskan hari ke-3 berpuasa
juga utk hari2 berikutnya..Insya Allah

rasanya masih belum terlambat mgucapkan SALAM RAMADHAN pd teman2 blog ya

tadi sempat menjengah blog kawan2
aduhh terliur pula tengok juadah2 lazat di blog diorang

dgn kandungan hampir menjangkau 28 mggu selera sudah sikit2 mula mengganas
sebelum ini terlalu terhad makanan yg boleh diterima tekak

paling tak suka manis-manisan, cokelat (padahal ini feveret), lauk2 berkuah,lauk2 bertumis,kari, kek bagai...tapi kurma & kismis boleh pula aku telan berkilo2 sudah..hehehe

Owh tekak sgt hepi nowdays aku udah boleh makan ikan..
before this aku bedal ayam goreng hari2 smpai nk muntah hihihihi

antara juadah 1st day Iftar tu hari...













IKAN PARI BAKOR BELACAN
resepi ikut suka hatiku sendiri..hihihi
(dicicah dgn air asam)


Bahan2
10 tangkai cili,
3 ulas bawang putih/merah,
sedikit belacan,
sebiji tomato,
sedikit pes tomyam,
minyak zaitun (dititik bersama serai during proses membakor)
perahan lemon













LEMPENG PISANG (air tangan bondaku)
oh lately lempeng pisang sudah menjadi menu wajibku
takpe baby pun suka betul tak boboy? hehehehe

Bahan2
tepung gandum, 
pisang, 
susu tepung, 
kelapa parut,
gula,
garam




 ONDE2 (air tangan adikku WanCik Ila)
sedap yu..mmg licin-licau kami kerjakan hahaha

















Disudahi dgn air tembikai selasih buatan makBonda yg nyummylicious..

Sekian cerita-ceriti 1st Ramadhanku..hehehe