Tinggal 1 hari lagi Ramadhan menjelma..
Saya mengucapkan Selamat Berpuasa pada kawan2 blogger ku yg gorjes2 semua.. :)
Saya mengucapkan Selamat Berpuasa pada kawan2 blogger ku yg gorjes2 semua.. :)
Tahun ini adalah sangat2 istimewa kerana merupakan pengalaman pertama menyusukan anak pertama di bulan Ramadhan yg penuh barkah ini. MOga semangat aku terus kental untuk terus menyusukan si hero tecit ni.
Bagi diri yang serba kekurangan ilmu yang masih tiada pengalaman ni, of course aku penuhi ilmu2 di dada dgn membaca, & bertanya, pada ibu2 susuan yg begitu teguh kental menyusukan anak2 mereka. Lagi kagum bila mendengar mereka tak putus asa walaupun terpaksa melakukan Tandem Nursing serentak dlm 1 masa..perghhh wahhh kalau aku mau fengsan gamaknya..
Terbaca tips untuk ibu menyusu di bulan Ramadhan dari sini - BLOG DUNIA SUSU IBU
1. Perbaharui niat untuk menyusui anak kerana Allah.YAKIN Allah
yang beri susu. Bukan susu untuk ibu menyusu jenama ABC, XYZ atau sebarang
produk lain.
2. Berdoa : “Ya Allah, aku ingin menyusu anakku kerana
suruhanMu. Bantulah aku Ya Allah agar dapat menunaikan ibadah puasa di bulan
Ramadhan. Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusu anakku”.
3. Menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur. Nabi
saw bersabda: “Umatku tetap berada di dalam kebaikan, selama mana mereka
menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur”
4. Fokus pada KUALITI, bukan KUANTITI.
5. Berbuka puasa dan bersahur dengan makanan seimbang yang kaya
dengan protein, glukos dan cecair.
6. Makan banyak kurma.
7. Minum cukup cecair. Elakkan minuman berkafein dan minuman
gas
8. Makan makanan berkarbohidrat dan kaya dengan serat.
9. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran.
10. Pastikan teknik penyusuan yang betul, kerapkan menyusui
bayi.
11. Pastikan teknik mengepam dan menggunakan pam yang betul.
12. Lebihkan sesi menyusu secara terus dan mengepam pada waktu
malam. Pam dan menyusu terus secara serentak. Penyusuan malam merangsang hormon
prolaktin yang berperanan menghasilkan lebih banyak susu.
13. Pam susu sebelum sahur.
14. Sediakan kurma dan botol air di dalam beg tangan. Mungkin
anda akan mengalami kesesakan jalan raya dan terpaksa berbuka puasa di dalam
kenderaan. Setibanya di rumah, pastikan anda berbuka puasa dahulu sebelum
menyusu bayi anda (jika keadaan mengizinkan).
15. Sediakan lebih stok perahan susu ibu (EBM) sebagai
persediaan menghadapi Ramadhan.
16. Ambil milk booster jika perlu.
17. Elakkan terlalu penat.
18. Jauhi stress dengan sentiasa berfikiran positif dan sentiasa
ceria
19. Berjumpa dengan mereka yang pakar dalam bidang penyusuan
sekiranya menghadapi masalah.
Kelonggaran meninggalkan puasa bagi wanita menyusukan anak
Daripada Anas bin Malik Al-Ka’bi, bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT telah meringankan bagi musafir dalam ibadat
puasa dan separuh dari solat dan bagi wanita hamil dan menyusui (ia
meringankan) puasa”.
Sekiranya ibu berbuka puasa kerana takut berlaku kemudaratan
pada dirinya disebabkan puasanya itu, maka wajib bagi ibu untuk qadha’ puasanya
sahaja.
Sekiranya ibu berbuka puasa kerana takut susunya akan
berkurangan dan membahayakan anaknya, maka wajib bagi ibu untuk qadha’ puasanya
dan dikenakan fidyah iaitu bersedekah satu cupak dari makanan asasi bagi hari
yang dia berbuka.
Firman Allah: “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa
hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir,
(bolehlah dia berbuka), kemudian wajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang
dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak
terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi
makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran
fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya
dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi
fidyah), kalau kamu mengetahui.” [Al-Baqarah : 184]
Rujukan:
1. Al-Quran al-Karim.
2. Hasnita Sawal. (Ogos 2009). Menyusu dan Ramadhan. Majalah Pa
& Ma, 107: 110-111. Selangor : Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd
3. Nur Hidayah Abdullah (1997). Puasa. Fardhu Ain Khusus
Wanita. Kuala Lumpur: Darul Nu’man, hlm 164-166.
4. Rita Rahayu Omar (2007). momslittleones.com. 1 September.
5. Imam Habib Abdullah Haddad (2003). Perihal Puasa. Nasihat
Agama dan Wasiat Iman. Sngapura: Pustaka Nasional, hlm 177.
11 comments:
Selamat berpuasa gj
salam ramadan kak jade...
kalau ada salah silap... gurau-gurau tu minta ampun maap ya..
semoga ramadan kita lebih diberkati amin...amin...
selamat berpuasa.. comelnya baby...
selamat berpuasa + menyusu.. semoga berkat bulan puasa nih susu semakin melimpah ruah..:)
KR - Selamat bpuasa sis. moh kite berbuka sama2..heeee
Balqis-Salam Ramadhan gak kakBalqis..samo lah den ya..
Aamiin...*hugss*
QT - same 2u2 sis..hehehe
NAfira - Aamiin...tq tq sis..slmt bposa gak sis
salam ramadhan...
besor dah anakanda...
selamat berpuasa dear...
aku tau ko boleh punya...kuatkan semangat demi anak mu
Selamat berpuasa,tq ye for the tips..sy pun pengalaman pertama menyusukan di bulan puasa gak ni.so far ok..:)
Post a Comment