Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

March 24, 2011

A Doctor In The House....Dr M

2 -3 hari yg agak membizikan diri ahkok ini..
sekali-skala mengisi minda dgn sumtin' yg agak 'heavy'
perkongsian Dr M dr isi hati beliau & pembongkaran beberapa peristiwa yg tdk diketahui umum..
byk kupasan2 menarik..tesenyum simpul..geram..marah..suspen..lega..lebih byk tersengih bermakna..sume perasaan bercampo-baur tika mentelaah perkongsian CheDet ini..

*ahkok dgr versi BM & Mandarin akan terbit x lama lagi..*


October 15, 2010

Belanjawan 2011 Strategi Transformasi – Najib

Kupasan Intipati Belanjawan 2011
Ihsan dari blog : http://www.pemuda.com.my

Oleh Kazman Kamal

KUALA LUMPUR 15 Okt – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membentangkan Belanjawan 2011 berjumlah RM212 bilion yang menggariskan pelan strategi dan projek-projek utama ke arah mentransformasi Malaysia menjadi negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Ketika berucap di Dewan Rakyat, beliau berkata, bajet ini memberi tumpuan kepada usaha “mentransformasi Malaysia, menjadi negara maju berpendapatan tinggi, berpembangunan inklusif dengan pertumbuhan mapan diterajui sektor swasta serta mendahulukan kesejahteraan rakyat.”

Beliau menyifatkan bajet ini sebagai meletakkan “bata-bata pengmuktamad serta memahat paku-paku pelengkap sekaligus menaikkan layar Bahtera Malaysia menuju ufuk negara maju,” yang tinggal sembilan tahun, dua bulan dan 17 hari lagi.

Bajet bertemakan “Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi” itu memberi tumpuan kepada empat strategi utama iaitu Mendaya Kembali Pelaburan Swasta; Membangunkan Modal Insan; Mensejahterakan Hidup Rakyat; dan Memantapkan Penyampaian Perkhidmatan Awam.

Bagi mendayakan kembali sektor pelaburan swasta, Najib berkata kerajaan akan mempergiatkan inisiatif Projek Perkongsian Awam-Swasta (PPP) yang dikenal pasti dalam Rancangan Malaysia Ke-10 akan dilaksanakan tahun depan dengan kos pelaburan swasta RM12.5 bilion.

Kerajaan pula menyediakan RM1 bilion daripada Dana Mudahcara.

Antara PPP ialah projek-projek lebuh raya baru Lebuh raya Bertingkat Ampang-Cheras-Pandan, Lebuh Raya Guthrie-Damansara, Lebuh Raya Damansara-Petaling Jaya, Lebuh Raya Pantai Barat Banting-Taiping, Lebuh Raya Sungai Dua-Juru dan Lebuh Raya Paroi-Senawang-KLIA, Pembinaan Loji Janakuasa Kitar Padu Gas 300 Megawatt di Kimanis, Sabah, untuk menambah kapasiti bekalan elektrik adalah untuk memenuhi permintaan
semakin meningkat.

Hospital Pengajian Universiti Islam Antarabangsa di Kuantan, serta projek Academic Medical Centre dengan kerjasama John Hopkins Medicine International dan Royal College of Surgeons Ireland melibatkan pelaburan swasta RM2 bilion.

Kerajaan juga, kata Najib, akan menggalakkan sektor swasta kembali memainkan peranan dalam ekonomi melalui beberapa projek strategik berimpak tinggi.

Ini termasuk projek Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD) bernilai RM26 bilion yang akan mula dilaksanakan tahun depan oleh 1Malaysia Development Berhad (1(MDB) dengan kerjasama Mubadala Development Company (Mubadala).

November 3, 2009

...terase gak nih..

terkesima
terkesima jap

akok agak tersentap bile mndpt pkhabaran ttg penahanan ust. Dr Asri oleh JAIS pd 1st Nov tu ari..
sbb nye..psl xde tauliah? bkn kah dia bekas mufti? bekground pon bkn calang2..currently as a pensyarah syariah 4 his Master student kt USM..pnah di offer by our YAB PM as a YADIM's Precident..see...!! [o ye lg 1..skali-skala jengok2 lah ceramah beliau di channel 106 nun..mmg x rugi folo occay!]

Pd pndgn akok ler kut ye pon xyah le anto org pegi tangkap terang-terangan gitu..siap bawok polis bagai..haihh..!!kasi sound leklok..jgn smp mengaibkan org..tggu le smp abes ceramah ke..or sume org dh blk ker..cari bukti kukuh2 kalu ye pon beliau berfahaman wahabi ke ape ke bagai deme kate tuh..lg pon dia kan org cerdik agama..seorg ilmuan Islam..xyah le tangkap org mcm tangkap kucing liar pulok.bkn lah akok nk menyebelahi beliau xde nye akok dpt ape2 reward pon kalu puji mencanak2 ye dok?lg pong beliau bkn lah my uncle even my neighbour or wat so ever...tp bg akok pbuatan meka itu xde manners yop! akok mengutuk keras pbuatan JAIS yg over itu!! sgguh kureng sopan & tdk profesional!! at least bg le reason kukuh sket nk serbu2 gitu..lehai.. :(

akok jd agak emo sket..bkn pe pkara gini mmg amat memalukan..ape pulok pndgn org kapir di luor sane ttg penahanan ilmuwan Islam nih.kite sndiri bpecah belah..sure dorang ilang respek & sdg bsonok betepok tampar gelak ketawa tgk cendiakawan Islam dibuat cenggitu. lain le kalu sape tuh mangkuk tuh.. err Rasul Melayu tu lain la.sbg rakyat marhaein yg kurang ilmu pengetahuan..secara logikanya akok sgguh tak faham. ada sapa2 boleh sharing & explain?

Btw, akok amat tertarik dgn penjelasan di blog saudara MSO

Ngomel KakJade: mungkin tiba mase bermuhasabah diri...mungkinkah sbg peringatan dr Allah? mungkinkah pernah kita terlupa..??

October 8, 2009

Serangan buluh runcing Indon terhadap Malaysia??

~Sticky n3~

8 Oct 2009

Ikutkan ancaman sukarelawan Indon-Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA-ahli2nye adalah tok2 pawang a.k.a tukang mejik katenye) hari ni adalah tarikh keramat mereka utk lakukan serangan terhadap Malaysia. Tindakan itu berikutan Malaysia didakwa mencuri pelbagai entiti budaya mereka spt tarian dan makanan (serangan di sbb kan hal gini..bunyi agak mengarutkan?).

Berbekalkan ilmu hitam (al-kononnye kebal katenye) mereka mengugut utk menyerang Malaysia. Dgn ape? buluh runcing jugak kah? Zaman milenium gini boley menang kah dgn ilmu mejik & senjata manual nih? tepuk dada tanyo lah minda anda itu okeh! :p

Apepon..aku x heran sgt dgn ancaman mereka kerana agak sukar utk mereka memasuki Malaysia kerana pertahanan, perisikan & pemantauan yg agak kuat di sini. Ape yg aku concern andai nye Indon2 di sini termakan hasutan rakan senegaranya & mencetuskan masalah di sini. Mereka perlu igt tujuan asal ke Malaysia adalah utk mencari sesuap rezeki utk keluarga di Indon maka jagalah tingkah-laku agar tdk menyesal dikemudian hari. Sayangilah keluarga anda!
Bg aku, xde faedah nye kerana hal remeh-temeh ini diperbesarkan hingga menimbulkan pergaduhan kaum serumpun dan melibatkan permusuhan antara negara. Ini bukan budaya org yg bertamadun. Jika benar mereka kuat dan kebal, adalah lebih baik mereka menggunakan kepakaran & kepandaian ilmu hitam mereka membantu pihak penyelamat di Padang membantu mangsa2 terperangkap di dlm gempa bumi yg meranapkan hampir keseluruhan Padang itu.
ngomel Kak Jade: nmpk nya ia hanya omongan kosong sukarelawan 'BENDERA' yg cuba mencari publisiti murahan. Tertanya2 siapakah dalang disebalik ini yea? Pelik!