Showing posts with label TIPS. Show all posts
Showing posts with label TIPS. Show all posts

April 29, 2015

Potty Training - Bilakah Masa Yang Sesuai?


Melatih anak ke tandas..
Bila kah masa yang sesuai?
Hasil randomly survey review dengan kawan2
rata2 nya tiada had umur yang specific
majoriti mengatakan masa yang sesuai adalah bila anak mula pandai ke bilik air sendiri

Bagi aku..
cara & masa bermula training adalah mengikut kehendak, kemampuan & kretiviti masing2
Information dari link BABY CENTER  ini sangat membantu.

Hasil dari pemerhatian..
lain2 anak lain2 cara mereka adopt our instruction
ada yang seawal usia sudah pandai ke tandas sendiri namun ada juga yang agak lambat

Hasil dari perbincangan dengan suami
our little khalifah di usia 2 tahun 6 bulan ini nampaknya sudah ready untuk membuang air sendiri
Hubby telah menempah potty khas untuk  little khalifah
 1ST STEP: kasi chance beliau latih toys kesayangan membuang air besau..
 okay lepas beyak jangan lupa cebok & flush ya!
hahaha!!
 2ND STEP: okay dah daat tune..now latih untuk berak sendiri pula
sayang benor potty bowl dia..
lepas kencing cepat2 aje nak basuh potty bowl dia..



August 21, 2014

PETUA secara Islamik...Perlu tabah & tekad :)



Kurangkan Berat Badan Dengan Cara Islam ...
Rasulullah S.A.W  dikatakan tidak mempunyai lemak perut dengan kata lain boroi walaupun umur mencecah 63 tahun.  Baginda berkata bahawa obesity adalah punca segala penyakit.  Pendapat baginda sepakat di persetujui oleh pakar perubatan moden. Islam telah menyediakan penyelesaian dalam menangani apa masalah dan ini termasuklah macamana nak kurangkan berat badan. Anda hanya perlu ikut sunnah Rasulullah …

Berapa banyak nak makan?
Rasulullah S.A.W telah berkata bahawa perkara terburuk yang dibuat oleh anak Adam adalah mengisi perut. Rasulullah S.A.W telah mencadangkan kepada kita bahawa kita hanya perlu makan apabila lapar dan jangan sampai kenyang. Syukur Alhamdulillah Rasulullah tidak meninggalkan kita dalam kesamaran tetapi telah memberitahu berapa banyak yang kita perlu makan, dan berapa kurang yang perlu kita ambil. Perut mempunyai satu liter cecair, ini bermaksud berapa banyak  yang kita kena makan makanan yang mengandungi air hendaklah lebih kurang 333ml!!.

Berapa kali nak makan?
Mengikut sunnah tidak ada waktu pun kita dilarang makan kecuali waktu sembahyang dan puasa. Rasulullah S.A.W  dikatakan telah merendam kurma dan meminumnya pada waktu pagi iaitu masa bersarapan. Terdapat juga hadis yang mengatakan Rasulullah S.A.W makan salad selepas sembahyang asar.  Kita juga disuruh makan dulu jika makanan telah tersedia dan pada masa yang sama telah masuk waktu sembahyang isyak. Tidak waktu-waktu yang dihadkan, dengan kata lain makan apabila benar-benar lapar sahaja.

Macamana caranya nak makan?
Rasulullah S.A.W  telah berkata tentang cara duduk ketika makan “ Aku hanya duduk seperti hamba duduk dan makan seperti hamba makan”. Rasulullah S.A.W duduk diatas lantai ketika makan dan mengingatkan supaya tidak makan sambil bersandar atau ada penyokong diantara badan. Ini adalah kehebatan apa yang dikatakan oleh Baginda kita, apabila kita makan sambil bersandar , otot  dada dan belakang akan selesa dan relaks dan ini memberi kesan kepada postur badan  dan makanan yang ditelan. Posisi duduk ini adalah salah satu tanda rendah diri dan pengingatan kita kepada Allah yang memberi kita rezeki.


Rasulullah S.A.W makan dengan 3 jari, ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah. Ini adalah untuk memastikan kita makan dengan kuantiti yang sedikit untuk menolong kita mengunyah secara sempurna menolong untuk mencernakan disamping mengelakan kita dari tercekik. Ianya juga dapat menolong kita mengetahui adakah makan itu panas atau tidak.  Ada sebab yang jelas mengapa kita dilarang untuk mengambil makanan yang terlalu panas.


Diharap anda semua dapat manafaat dari penulisan saya yang tak seberapa ini. – SUMBER

Ngomel Kakjade: berat badan dah naik mendadak2 pas beranak ni...kena kontrol pemakanan & rerajin work out ni..kasi nyah@bakorrrr itu lelemak berlebihan tersembunyi ni..uhuhuhu

May 6, 2014

Tips Elak Pencuri / Penyamun / Perogol Dengan Hanya Menggunakan 'Alarm' Kereta



Tips ini sangat berguna bagi mengelakkan ancaman pencuri penjenayah atau perogol. Meskipun kadar jenayah makin menurun namun setiap orang perlu berwaspada sepanjang masa.

Bunyi sangat kuat dan jarak alarm yang mampu dicapai dengan kereta yang diletakkan di parking tanpa perlu menambah kos lain, adalah efektif kepada semua rakyat.

Jangan lupa doa dan tawakal juga kepada Allah mohon perlindunganNya setiap masa untuk menjaga diri keluarga dan harta benda.


Baca tips di bawah sepenuhnya :


LETAKKAN KUNCI KERETA DI TEPI KATIL SEWAKTU HENDAK TIDUR.

Beritahu isteri, anak2, jiran2, ibubapa, adik beradik dan sesiapa saja supaya letakkan Kunci kereta mrk di tepi katil sewaktu hendak tidur.

Sekiranya terdengar bunyi bising di luar rumah atau ada org cuba memasuki rumah, tekan saja butang panik. Alarm kereta akan berbunyi dan hon juga akan terus berbunyi sehinggalah ianya di offkan atau bateri habis. Ianya adalah sistem alarm sedia ada.

Boleh didengari di mana2 saja dlm rumah. Berkesan jika kereta diletakkan di depan rumah atau dlm garaj. Bila alarm keteta berbunyi ketika seseorang itu cuba memasuki rumah, tentu pencuri/perogol tersebut tidak akan tunggu lama.

Beberapa saat kemudian semua jiran akan membuka tingkap dan menjenguk keluar untuk melihat siapa yg berada di luar dan sudah tentu penjenayah tak mahu perkara itu terjadi.

Dan ingat untuk membawa kunci keteta ketika berjalan ke kereta di tempat letak kereta. Cara yg sama boleh digunakan.

Share dgn semua orang. Ia boleh menyelamatkan nyawa atau dari jenayah rogol. Juga berguna untuk tujuan kecemasan spt serangan jantung di mana talipon tidak dpt digunakan.


TLG SEBARKAN WALAUPUN ANDA TELAH MEMBACANYA SEBELUM INI. SEBAGAI PERINGATAN.


Sumber SINI