August 21, 2014

PETUA secara Islamik...Perlu tabah & tekad :)



Kurangkan Berat Badan Dengan Cara Islam ...
Rasulullah S.A.W  dikatakan tidak mempunyai lemak perut dengan kata lain boroi walaupun umur mencecah 63 tahun.  Baginda berkata bahawa obesity adalah punca segala penyakit.  Pendapat baginda sepakat di persetujui oleh pakar perubatan moden. Islam telah menyediakan penyelesaian dalam menangani apa masalah dan ini termasuklah macamana nak kurangkan berat badan. Anda hanya perlu ikut sunnah Rasulullah …

Berapa banyak nak makan?
Rasulullah S.A.W telah berkata bahawa perkara terburuk yang dibuat oleh anak Adam adalah mengisi perut. Rasulullah S.A.W telah mencadangkan kepada kita bahawa kita hanya perlu makan apabila lapar dan jangan sampai kenyang. Syukur Alhamdulillah Rasulullah tidak meninggalkan kita dalam kesamaran tetapi telah memberitahu berapa banyak yang kita perlu makan, dan berapa kurang yang perlu kita ambil. Perut mempunyai satu liter cecair, ini bermaksud berapa banyak  yang kita kena makan makanan yang mengandungi air hendaklah lebih kurang 333ml!!.

Berapa kali nak makan?
Mengikut sunnah tidak ada waktu pun kita dilarang makan kecuali waktu sembahyang dan puasa. Rasulullah S.A.W  dikatakan telah merendam kurma dan meminumnya pada waktu pagi iaitu masa bersarapan. Terdapat juga hadis yang mengatakan Rasulullah S.A.W makan salad selepas sembahyang asar.  Kita juga disuruh makan dulu jika makanan telah tersedia dan pada masa yang sama telah masuk waktu sembahyang isyak. Tidak waktu-waktu yang dihadkan, dengan kata lain makan apabila benar-benar lapar sahaja.

Macamana caranya nak makan?
Rasulullah S.A.W  telah berkata tentang cara duduk ketika makan “ Aku hanya duduk seperti hamba duduk dan makan seperti hamba makan”. Rasulullah S.A.W duduk diatas lantai ketika makan dan mengingatkan supaya tidak makan sambil bersandar atau ada penyokong diantara badan. Ini adalah kehebatan apa yang dikatakan oleh Baginda kita, apabila kita makan sambil bersandar , otot  dada dan belakang akan selesa dan relaks dan ini memberi kesan kepada postur badan  dan makanan yang ditelan. Posisi duduk ini adalah salah satu tanda rendah diri dan pengingatan kita kepada Allah yang memberi kita rezeki.


Rasulullah S.A.W makan dengan 3 jari, ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah. Ini adalah untuk memastikan kita makan dengan kuantiti yang sedikit untuk menolong kita mengunyah secara sempurna menolong untuk mencernakan disamping mengelakan kita dari tercekik. Ianya juga dapat menolong kita mengetahui adakah makan itu panas atau tidak.  Ada sebab yang jelas mengapa kita dilarang untuk mengambil makanan yang terlalu panas.


Diharap anda semua dapat manafaat dari penulisan saya yang tak seberapa ini. – SUMBER

Ngomel Kakjade: berat badan dah naik mendadak2 pas beranak ni...kena kontrol pemakanan & rerajin work out ni..kasi nyah@bakorrrr itu lelemak berlebihan tersembunyi ni..uhuhuhu

2 comments:

Kakzakie Purvit said...

Sungguh apa pun juga kalau mengikut cara baginda rasulullah dalam kehidupan harian ini memang tak ada yg tak baik... cuma kita ni tak mampu nak mengikut 100%..

Hanadabeauty said...

saya suka baca entry awk...best..bermanfaat..teruskan menulis..

jemput ziarah blog saya http://www.hanasihat.blogspot.com/