July 12, 2010

WeWooOoooo tammat sudah itu WC 2010


Yo!!
1st of all..
How r u feeling today duhai Oranje supporters?
(soklan mau dicepuk2 pala ku ini kans..?)
rileks..rilekss..dun stress2..dun fight2..dun
kasi layan ini video klip kasi itu darah sket baik punya jalan arr..
ihiks!

pepon..congrats to Spain!
Juara baru World Cup 2010!!
stlh bhempas pulas tendang2, terbang2, tarik2 baju,tarik2 kaki bla..bla..
dgn mase tmbhn, libasan kaki Andres Iniesta pd minit ke 116 tlh bjaya mmbuat Netherlands gulung tikar 0-1!
wakakaka mcm le aku follow final tuh kans!
(padehal bz bedengkor smpai ayam abes bekokok pong! ihiks)

Ngomel Kak Jade: akok sokong dua2 team tp si Juara lah lg akok sokong! wakakakaka!! :))


July 11, 2010

Putrajaya Florial Festival 2010






Juz back fm Putrajaya Florial Festival
Those who love all things floral, you should make a visit there..
It's absolutely amazing...!!
really enjot it!

Full stori to be continued soon..
eyes sooo tired rite now..

ZZZzzzzzzzz.....................................


July 9, 2010

Trauma yg berhantu

Sedang leka mmbaca online news, tetiba SKYPE aku tlh di BUZZy BUZZZyy oleh seorang sahabat lama.

sahabat : wei Tin, ade petua or ape2 info utk ilangkan trauma dok?
(baguih punye membe salam tadak helo helo tadak terus tanye soklan cepuk cemas nih aihh)

aku: nape? wat wrong wit u 'kobing'? ape yg mengganggu pulok?
(panggilan 'manje' utk si minah nih sjk zmn blajo kt U dulu hehehe)

sahabat: psl kisah lama aku tu lah...pot pet pot pet bla bla..aku jd benci ngn diri sndiri nowdays.aku x dpt fokus!aku nk larikk!

aku: LoL..larik pi mane pulok? pulau tikus? pulau pinang? cehh!!

sahabat: wei serius nih. am so depress now! serabut!

aku: uhmm..rilek rilek beb..Istighfar byk2! aku nih idak le pndai mane nk kasi petua..tp 1 thing jek yg aku gunapakai yg aku belajar dr incek hubby aku sjk aku kawen. kawal diri buang bintik2 hitam yg lepas2 & create territory baru..jgn kasi bintik2 tu masok even setitik pon dlm wilayah baru kita. cuba!usaha sungguh2!doa!tawakal! damba pd Allah sgguh2!

Trauma memang menyakitkan & melemaskan. Aku amat2 memahami keadaan si sahabat. Trauma yg mungkin menghantui seumor idup beliau. Yg selalu bgantung kpd pil penenang /antidepres wpon kerap kali ditegah utk menghidarkan tabiat pengambilan pil2 itu.

Malah aku satu tika dulu juga mengalami trauma yg agak teruk yg sering menghantui diri. Aku jd takut pd kegelapan. Aku jd takut utk melelapkan mata. Aku jd tdk yakin utk berseorangan. Malah aku mengalami masalah insomnia yg teruk. Aku pernah tdk tidur selama 4 hari berturut2. Kerana..aku terlalu takut akan termimpi akan 'trauma' aku itu.

Syukur slps berumahtangga hidup aku semakin tenang & teratur..incek hubby byk mmberi semangat & jalan penyelesaian. Setiap masalah ada solutionnya. Ya aku sudah dpt jawapan nya. Dulu minda aku terlalu terutup..aku sgt takut & sgt2 tdk gemar bkongsi masalah peribadi dgn org lain. Tp..syukur incek hubby kini menjadi tempat meluahkan rahsia2 yg terpendam yg sgt menyakitkan jiwa.

Kobing..jgn takut..!! keluar dr kepompong..!! Luahkan & bw berbincang dgn org terdekat yg ko percayai jgn terlalu menyimpan kerana boleh memudaratkan diri! Lwn perasaan takut! Kuatkan semangat!

Bg aku apa yg aku alami apa yg aku belajar FOBIA/TRAUMA HARUS DILAWAN JGN DIHINDARI!!

Cheer up!

~ihsan incek gugel~

Celupar dan formula mengubati..

Adakah anda sedar anda bermulut celupar? Pernahkah anda berusaha untuk berubah tetapi tidak berjaya?

Saya terbaca artikel ini yg membincangkan teknik mengubati penyakit mulut celupar daripada Al-Quran, khusus untuk mereka yang berniat untuk berubah, Insya Allah.

Rasulullah telah meninggalkan beberapa petua untuk mengubati penyakit lisan. Petua ini berguna untuk mengubati penyakit-penyakit lain seperti suka memfitnah, mengumpat, menipu, bercakap kotor dan sebagainya selain mulut celupar.

Pertama, nabi menyuruh diam. Sahabat Abu Syuraih Al-Khuza’iy r.a. menyatakan bahawa nabi pernah berpesan, “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam.”[1]

Kemudian, nabi menyuruh kita berzikir bagi mengimbangi aktiviti lidah. Kebanyakan dari kita menggunakan lidah untuk kemudahan dan kepentingan diri dan terlupa memuji pencipta lidah setiap hari. Kata-kata yang dihasilkan oleh lidah dalam memuji pencipta lidah lebih sedikit berbanding dengan kata-kata yang dihasilkan ketika berkomunikasi sesama kita. Menurut sahabat Ibnu Umar, nabi pernah berkata, “Janganlah kamu banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah, kerana sesungguhnya banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah mengakibatkan kerasnya hati, dan orang yang paling jauh dengan Allah adalah orang yang paling keras hati. [2]

Berhubung dengan zikir, menurut rekod Imam Bukhari, nabi telah menyatakan, “Ada dua kalimat yang paling disukai Yang Maha Pengasih. Sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat dalam timbangan. Kedua-dua kalimat itu adalah ’subhanallah wa bihamdihi’ dan ’subhanallah hil azim’.” [3]

Kedua2 kalimat ini membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’ Di dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca “subhanallah wabihamdihi” 100 kali sehari, maka semua doasanya diampunkan oleh Allah, meski pun sebanyak buih di lautan. [4]

Ketiga, sahabat Huzaifah r.a. pernah mengadu kepada Rasulullah s.a.w tentang keburukkan yang ada pada lisannya. Maka Rasulullah bersabda, “Bagaimanakah engkau dengan istighfarmu wahai Huzaifah? Sesungguhnya aku beristigfar kepada Allah s.w.t.seratus kali setiap hari.” [5] Istighfar bermaksud memohon ampun. Ucapan istighfar yang dimaksudkan adalah sekurang-kurangnya dengan mengucapkan, “Astaghfirullahazim” disertakan “perasaan menyesal” di dalam hati. Jika nabi yang maksum dan yang baik tutur kata beristighfar kepada Allah sebanyak itu, bagaimana pula agaknya jumlah kuantiti istighfar orang yang mempunyai penyakit lisan?

Wallahu’alam. Selamat mencuba

*Sumber:
[1] http://hadith.al-islam.com, Sahih Muslim : #69

[2] http://hadith.al-islam.com, Sunan Tirmizi : #2335, Menurut Imam Tirmizi bertaraf Hassan gharib
[3] http://hadith.al-islam.com, Sahih Bukhari : #7008
[4] http://hadith.al-islam.com, Sahih Bukhari : #5926
[5] http://hadith.al-islam.com, Musnad Ahmad : #22330

CopyPaste: http://webblog.myjodoh.net