February 5, 2013

4 Bulan..

01.02.2013 : 4 Bulan
Berat          : 7kg ++


Alhamdulillah.. baby Hakim semakin keletah, ligat & banyak akal nya membuat hati ibu tersenyum riang & terkekeh2 terbahak2 ketawa selalu..

Alhamdulillah.. dikurniakan anak yg tak banyak kerenahnya.. (dia tau daddy dia jauh nun diperantauan..so beliau kasi hati ibu nye gumbira selalu ye kan nak..ngee)

Alhamdulillah.. masih tak putus2 rezeki baby Hakim utk menikmati susu ibu nye..fresh fm ladang gitu..hehehe


Hakim sudah pandai meniarap 
tp sgt suka hantuk2 gomol2 muka dekat tilam smpai merah2 muka tu
air liur pun mula lah meleleh sini sinun
risau jugak kang lemas ke..jenuh nk bg bantuan cpr
 sudah pandai memegang dgn kemas, mencubit2, menampar2, menendang2 
suka betul dengan toys tergantung2 ni (ala2 gym activiti gitu)
tarik2..ketuk2..goyang2..kadang2 smpai terbalik tiang tu..ganaz dak tecit ni
(selalu suka tarik rambut ibu & sesiapa aje yg berdekatan...cepat sgguh jari tu menangkap..huiiisshhh)
 paling suka mengaji
suara dia ngaji lg kuat dr suara opah
kdg2 terjerit2 ntah apa biji butir keluar.. ibu pung x faham uhuhu
moga mmbesar sbg anak yg sihat, soleh & membahagiakan hati ibu bapa sll ya Hakim :)


Oh ya tak lupa sharing sedikit info utk dikongsi bersama:-

1. Jemur Bayi Pada Waktu Pagi
Sesetengah orang percaya amalan menjemur bayi waktu pagi adalah baik untuk kesihatan bayi. Sebenarnya, boleh untuk anda ikut amalan ini tetapi bukan setiap hari.
Amalan yang mengatakan bayi perlu dijemur setiap hari adalah tidak betul sama sekali.
Jika anda melakukannya pun tidak perlu lama cukuplah selama 10-15minit pada jam 8.00 pagi (sebelum matahari terbit).Sedikit sebanyak ia membantu bayi yang baru lahir terutama yang menghidapi penyakit kuning (Jaundis).
Ini kerana sinar matahari pagi membantu menguraikan bilirubin yang akan larut akan dikeluarkan sebagai urin.

2. Membiarkan Bayi Tidur dengan Botol Susu

Ramai orang tua beranggapan membiarkan bayi menghisap susu botol hingga dia tidur akan lebih memudahkan tugas anda terutamanya di malam hari.
Bayi yang terjaga apabila diberi susu botol akan mudah untuk menyambung tidurnya semula. Namun mungkin anda tidak ketahui bahawa cara ini boleh mengganggu perkembangan bayi. Dengan membiarkan bayi tidur bersama susu botolnya, susu akan terkumpul di gusi bayi mungkin akan menyebabkan karies gigi pada bayi.

Selain itu, bayi juga mudah terkena jangkitan telinga kerana
susu tersebut boleh memasuki bahagian saluran yang menghubungkan ke bahagian telinga. Oleh itu, pastikan anda segera mengalihkan botol susu sebaik sahaja bayi selesai menyusu atau apabila dia tertidur.


3. Mandi Air Sejuk Menjadikan Bayi Kuat

Ada kepercayaan kononnya memandikan bayi dengan air sejuk boleh membuat daya tahan tubuhnya meningkat.

Sudah tentu pendapat ini tidak benar sama sekali.

Malah air sejuk boleh membuat metabolisme dalam badannya meningkat, ini akan menyebabkan makanan yang diserap oleh tubuh bayi cepat habis kerana digunakan untuk menyeimbangkan semula suhu badan.
Ini menyebabkan bayi mudah hilang tenaga, cepat lemah dan berisiko jatuh sakit. Sebaiknya mandikan bayi dengan air suam.


4. Air Liur Meleleh

Sebenarnya perkara biasa apabila air liur bayi sering meleleh kerana pada usia ini (sehingga 4 tahun), proses penghasilan air liurnya memang aktif. Namun, Jika air liurnya keluar berlebihan, ia berisiko menjadi radang atau jangkitan disekitar mulutnya.

Penghasilan air liur yang berlebihan juga mungkin salah satu tanda bayi hendak tumbuh gigi.

Air liur yang meleleh ini tiada kaitan dengan mitos yang mengatakan ia ada kaitan dengan si ibu yang gagal memenuhi keinginan (mengidam) sewaktu mengandungkan bayinya dulu.

5. Muntah Setelah Makan atau Minum Susu

Setelah makan atau minum susu, mungkin bayi akan muntah sedikit ini berlaku mungkin kerana bayi terlalu kenyang atau banyak udara yang masuk ke perutnya sebelum atau sewaktu sedang minum susu.

Keadaan ini juga boleh berlaku apabila bengkung bayi dipakaikan terlalu ketat.

Selain itu, mungkin anda memberi makan atau minum susu dalam posisi bayi yang salah. Contohnya dalam posisi tidur telentang.
Oleh itu, cara yang terbaik untuk mengelakkan bayi daripada muntah adalah sebaiknya buatlah bayi sendawa setelah makan atau minum susu.


6. Mendukung Bayi

Bayi akan berasa tenang apabila didukung namun cuba elakkan untuk menjadikan ia sebagai satu amalan bagi memanjakan bayi anda.

Ini kerana bayi yang terlalu biasa didukung dalam semua keadaan menyebabkan emosinya tidak terlatih untuk berdikari malah akan menjadi manja dan sentiasa mahu didukung.

Ini akan membuatkan bayi menjadi malas dan anda sendiri juga yang akan mengalami kesukaran kelak.

7. Berpeluh

Anda Mungkin beranggapan bayi yang kuat berpeluh menandakan dia sihat.

Tidak semestinya begitu.

Adakala peluh yang keluar berlebihan mungkin petanda bayi mengalami gangguan tertentu seperti tekanan, kalenjar berpeluh berfungsi secara berlebihan, kadar gula yang rendah atau berat badan yang berlebihan.


Read more: http://www.whiteymommy.com/2010/06/7-info-kesihatan-bayi.html#ixzz2K15HDhGA


8 comments:

Suria Amanda said...

semoga baby Hakim menjadi anak yang soleh dan membesar dengan sihatnya...

amirah said...

sekejap je dah besar...

Puan Kutu said...

banyak info dpt kt sini..berguna buat ibu yg dh lama takde anak kecik macam sy..hehe

seronok tgok perkembangan anak..pandai mengaji plak tu.hehe

GREENJADE said...

Amanda - TQ auntie..InsyaAllah..Aamiin.. :)

GREENJADE said...

Amirah - kan..sis.. cepat benor masa berlari2 ..uhuhuhu

GREENJADE said...

PuanKutu - hehe sharing is loving sis. seronok tgk perkembangan depan mata..mcm x percaya cpt nye dh besor..

IxoR@ said...

see.... 4 bulan sudah 7kg.

kalah kakak lantra....

:)

semoga sihat membesar ya hakim...

GREENJADE said...

Ixora - kejap aje kan masa berlalu..tu hari mummy Lantra dtg tgk still tecit tinut hehehe