Hakim seorang yg aktif
tp..bila demam menyerang hati ibu gundah gulana
tp..ini budak walopon demam still happy & ceria
badan pun menten berketul2 naik nye..hihihi
yg merisaukan ibu, si Hakim kerap sgt muntah
terpancut2 membuak2 keluar
minum pun sikit2 aje
pahit mulut katanye.. (ini ibu tokok tambah..hihihi)
walopon demam still muka ceria
maka nye..tido pun nak berpelukan aje
atas riba pun boleh terlelap
tapi..bantal bushuk masham still x lepas dr tangan
tengok lah tu...terlentok2 dak tecit ni di riba ibu
(sekarang lah boleh peluk2 dak tecit gebus gedebus ni..esok2 dah besor panjang sure dh taknak dipeluk2)
KakJade tertarik dengan infos ni..banyak merungkai soalan2 yg bersarang diminda...al-maklum le baby first ni byk tak benda tak tahu...n byk lg kena belajar ni...
Credit to: BabyCenter
Bayi saya demam. Adakah saya perlu risau?
Sukar untuk tidak risau apabila bayi anda sedang menangis dan suhunya
meningkat tetapi demam jarang membawa bahaya. Demam merupakan suhu badan yang
melebihi suhu normal badan. Suhu badan normal pada bayi yang sihat adalah dari
36.5 darjah C sehingga 37.8 darjah C. Bayi mempunyai suhu yang lebih tinggi
daripada kanak-kanak yang lebih besar, dan suhu manusia selalunya akan naik
semasa siang dan turun semasa malam. Secara amnya, bayi tidak dianggap demam
kecuali suhunya melebihi 37.7 darjah C pada waktu pagi atau melebihi 38.2
darjah C pada waktu petang.
Demam ialah satu cara badan kita melawan jangkitan.
Makrofaj iaitu sel "pembersih" dalam badan kita sentiasa dalam
keadaan berkawal. Apabila mereka menemui sesuatu yang asing – seperti virus,
bakteria atau fungus – mereka akan membersihkannya sebanyak yang mungkin. Pada
masa yang sama, mereka akan meminta bantuan, memberi isyarat kepada otak untuk
meningkatkan suhu badan. Haba akan secara langsung membunuh beberapa jenis
bakteria. Ini juga akan meningkatkan penghasilan sel darah putih dan bahan
kimia yang membunuh kuman.
Bayi selalu demam selepas menerima imunisasi; demam juga boleh diikuti dengan selesema, flu, sakit tekak, jangkitan telinga, penyakit respiratori (seperti pneumonia), krup, penyakit virus dan jangkitan saluran urinari.
Bagaimana saya boleh tahu sama ada demam bayi saya ini serius atau
tidak?
Kelakuan bayi anda lebih penting daripada suhu
badannya. Jika dia mempunyai demam pada 102 darjah F / 38.9 darjah C, menyusu
dengan baik, bertindak balas dan mudah ditenangkan, anda tidak perlu risau,
tetapi jika suhu dia ialah 101 darjah F / 38.2 darjah C, asyik menangis, lemah
dan tidak aktif, anda perlu risau. Hubungi pakar pediatrik anda jika bayi anda
berkelakuan aneh, jika tiba-tiba dia menangis lebih daripada biasa dan anda
tidak boleh menenangkannya seperti biasa dan jika dia amat letih dan tidak menyusu.
Anda perlu lebih berhati-hati dengan bayi yang lebih kecil terutamanya bayi
yang di bawah tiga bulan dan doktor akan membuat pemeriksaan yang lebih lanjut
pada bayi-bayi ini.
Bayi selalunya akan mudah sakit tetapi mereka
juga mudah sembuh. Walau bagaimanapun, anda perlu hubungi doktor anda jika bayi
anda demam selama lebih daripada tiga hari.
Apa maksud kekejangan febril?
Jika suhu anak anda meningkat secara tiba-tiba,
menyebabkannya menjadi pucat, kejang, bergerak menggerenyet tidak terkawal dan
mungkin tidak sedarkan diri, dia sedang mengalami serangan yang disebabkan oleh
demam, yang dikenali sebagai kekejangan febril. Ini amat menakutkan apabila
dilihat tetapi ia jarang membahayakan bayi. Walaupun ia kelihatan berpanjangan,
serangan ini selalunya berterusan hanya selama 20 saat dan jarang berlaku lebih
dari dua minit. Jika serangan berlaku lebih dari empat minit, hubungi ambulans
untuk membawa anak anda ke jabatan Kemalangan dan Kecemasan dengan segera
Semasa anak anda mengalami serangan, jangan
kekang bayi anda dengan apa-apa cara sekali pun. Longgarkan mana-mana pakaian
yang ketat dan keluarkan sebarang benda dari mulutnya seperti puting atau
makanan. (Bayi anda tidak akan menelan lidahnya,) Hubungi doktor anda apabila
serangan sudah reda.
Bagaimana saya boleh mengesan demam?
Ibu bapa selalunya boleh tahu jika anak mereka
demam dengan menyentuh atau mencium dahinya (kajian menunjukkan metod ini tepat
sebanyak 75 peratus). Gunakan termometer untuk mendapatkan bacaan yang lebih
tepat. Jangan gunakan termometer oral (mulut) sehingga anak anda berusia tiga
tahun. Jika bayi anda masih terlalu kecil untuk anda menggunakan termometer
oral, bacaan suhu boleh diambil dari ketiaknya jika dia demam. Pegang hujung
bebuli termometer di ketiak bayi dengan sikunya rapat ke sisi selama lebih
kurang lima minit (termometer digital terbaru akan berbunyi bip apabila suhu
telah diambil). Bacaan ketiak akan memberikan bacaan satu atau dua darjah lebih
rendah daripada bacaan internal, jadi tingkatkan bacaan yang diambil.
Termometer telinga adalah cepat dan tepat untuk
mengambil suhu anak anda tetapi harganya mahal dan memerlukan tangan yang
stabil untuk mendapatkan bacaan tepat. Anda juga boleh menggunakan jalur demam
yang anda letakkan pada dahi anak anda dan walaupun bacaannya kurang tepat, ia
mudah digunakan ke atas bayi yang sedang beronta-ronta.
Apa yang boleh saya lakukan untuk merawat demam bayi saya?
Anda tidak perlu merawat demam kecuali anak anda
berasa tidak selesa atau jika dia pernah mengalami kekejangan febril. Berikut
adalah langkah-langkah menenangkan-demam:
• Jika anak anda demam dan berusia lebih
daripada lapan minggu, anda boleh berikannya Panadol yang khasnya untuk bayi
dan kanak-kanak, untuk menurunkan suhunya. Ikuti arahan dos pengambilan dengan
berhati-hati. Dos yang tepat bagi ibuprofen (Nurofen) juga boleh diberikan.
Parasetamol dan ibuprofen tidak disarankan kepada bayi di bawah usia dua bulan
dan jangan berikan aspirin kepada bayi atau anak anda yang berusia di bawah 16
tahun, yang dikaitkan dengan Sindrom
Reye's, penyakit yang sebenarnya jarang berlaku tetapi
boleh membawa kematian.
• Pakaikan bayi anda baju kain kapas yang nipis
(jangan balut bayi anda untuk mengurangkan demam).
• Pastikan biliknya sejuk. Jika perlu, letakkan
kipas berhampiran kot bayi dan gunakan sehelai cadar atau selimut nipis untuk
menyelimutkannya.
• Berikan banyak cecair. Bayi kecil memerlukan
lebih banyak air daripada biasa, iaitu -- susu
badan atau susu
formula. Jika anda sudah memberikan minuman lain kepada
bayi anda, berikan lollipop ais, sup jernih atau jus buah-buahan telah yang
dicairkan.
• Cuba mandian berspan. Letakkan bayi anda dalam
tub mandi yang cetek dengan air yang suam dan gosokkan badannya, satu bahagian
pada satu masa, dengan kain flanel atau span yang diperah sedikit. Jangan
keringkan badan bayi anda; biarkan air tersejat sendiri. Ini mungkin membuatnya
lebih selesa.
Apa yang perlu saya elakkan?
• Jangan letakkan bayi
anda di atas katil sahaja. Walau pun dia tidak boleh terlalu aktif, aktiviti
sederhana adalah baik.
• Jangan biarkan anak anda kelaparan; bayi yang
sakit memerlukan banyak kalori dan cecair.
• Jangan risau sangat. Sesetengah bayi mungkin
demam dan berkelakuan seperti biasa. Bayi yang lain akan meragam sedikit tetapi
dengan jagaan yang baik, bayi anda akan kembali sihat semula dengan segera.
28 comments:
budak2 kalau demam memang buat hati mak ayah gudah gulana...
Assalamualaikum GJ
moga Hakim cepat sembuh
KalAu bb dmm tu normal. To kn monitor gak suhu bdn dia esp waktu malam. Klw panas sgt bw jumpa dr. Ubt dmm tu kn sll stanby dlm peti. Ni apa yg sy buat utk anak2 sy. Dmm tu maksudnya antibodi kita bertindak keatas serangan penyakit.
Harap hakim cepat sembuh ye..
mg cepat kebah demamnya...tq berkongsi info pasal demam nie
demam mmg normal bg budak.tpklu panas melampau boleh membahayakan..cpt sembuh ye hakim..
comel je dengan bantal busyuknya tu..:)
moga hakim cepat sembuh...
kena check temperature dia selalu.. tak boleh lebih 38.4 gitu..
budak demam memang manja...
info tu sangat membantu
Amanda - betul la sis..x senang nk duduk..risau jek
atuk - Waalaikumussalam atuk..tq ya atuk..Alhamdulillah arini dh beransur sembuh
Ibu lala - tq auntie..Hakim dh gettin better now. tq doakan Hakim ya
Puan Kutu - hehe bantal tu sahabat karib dia tu..tq ya auntie
Mulan - itu ler sis..2 hari monitor suhu dia takut naik..gelabah sikit bila baby demam ni hehhe
Ummiarissa - betul ..nk berkepit aje dia..tp Alhamdulillah cpt baik nye..
Ummiarissa - betul ..nk berkepit aje dia..tp Alhamdulillah cpt baik nye..
Anak okje baru jugak Lps demam...lama pulak tu seminggu...mmg risau!
Kira baik la dia demam pun still aktif. Kalo jenis yang merengek je tu lagi la hati kita sedih ye tak?
*makrofaj tu macam makrifat je. Heheh... Banyak infomartion kat website tu ye. Bagus, bleh jadi rujukan saya juga nanti.
moga Hakim cepat sembuh yer..
terima kasih atas info pasal demam tuh.. sangat berilmu.. :)
salam kenal n folo kat sini..:)
ni demam nak pandai apa lak ni...cepat sembuh ye en.hakim....
Deman beralih bulan tu, tak per, Tini.. Jangan dirisaukan sangat. Tapi kalau demam panas, itu takleh nak biarkan, takut jadi sesuatu. Kena cepat2 dibawa ke hospital atau klinik...
moga anak ko cepat sembuh...sama2 kita doa...
aku nak komen n3 atas, apesal ko tutup komen?
apapun, aku harap ko tabah...sabar ye...
siapa yg buat kwn aku ni? cer ckp...geram pulak aku!! huhu...
ko bykkan sabar ye nok...bertabahlah...
anything, rasa nak kol, sms atau wasap, bila2 pun boleh...aku sudi mendengar...kesian ko...
LydSunshine - ituler dengar suara dia pun rasa lega sikit..kalu jenis nangis aje..mau gelabah dibuatnye
Nafira - tq sudi sggah ya sis. tq doakan Hakim ya.Alhamdulillah dh sihat byk dak tecit tu.
KA - demam nk pndai memusing2 tilam 360 darjah ma..risau je tinggal dia tdo sorang2..dok dlm baby cot xmau..lemas gamak nye..hehehe
cikpah mummy - demam nk pndai mengesot mummy hihihihi
wahida - dh sembuh byk dak tecit tu ..
hehehe maselah problem personal sket..saje x buka komen box.luahan hati nurani hihihi
alalaaaa tomeynye si tecit tido. Bila demam, lg manja anak ngan kita kn kak :)
Bazilah - betul tu Bazi..masa demam le dorang nk kite pampered.
Post a Comment