KUALA LUMPUR: Pengguna lebuh raya PLUS berpeluang menikmati
rebat tol sebanyak 20 peratus apabila membayar tol menggunakan sistem
elektronik pada 31 Ogos sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-56.
Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif PLUS,
Datuk Noorizah Abd Hamid dalam kenyataan hari ini berkata, rebat tol itu diberi
kepada orang ramai yang menggunakan kad PLUSMiles, Touch 'n Go dan SmartTAG
ketika membayar tol di lebuh raya kendalian PLUS.
"Ia merupakan satu daripada langkah PLUS menyemarakkan
sambutan kemerdekaan akan datang. Selain itu, ia adalah antara strategi PLUS
menggalakkan orang ramai beralih kepada sistem pembayaran secara elektronik
yang lebih mudah dan pantas.
"Rebat berkenaan boleh dituntut di pusat-pusat khidmat
pelanggan Plus apabila pengguna menambah nilai kad elektronik mereka bermula 16
September hingga 15 Disember ini," katanya sambil memberitahu tuntutan
rebat tol selepas tempoh itu tidak akan diterima.
Beliau menggesa orang ramai supaya membayar tol secara
elektronik sebagai satu langkah untuk mempercepatkan transaksi tol dan
membolehkan orang ramai melalui plaza tol dengan selesa.
Rebat itu tidak akan diberi kepada pengguna yang membayar
tol di Plaza Tol Tanjung Kupang, Bukit Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar dan
jambatan Pulau Pinang, katanya. - BERNAMA
Ngomel KakJade : Pengguna tegar PLUS macam akak ni takde ke rebate for loyal customer of the year yea? huk huk huk
2 comments:
iskkk kot tiap bulan ada rebate kan besttttt
lorr.. series tak tau pon ade rebat sempena 31 Ogos aritu..
Post a Comment