Last few days BW, then terjumpa article menarik ni di blog Hidup Sekali Biar Beerti
- Apakah anda mula merasa susah mengawal tingkah laku anak anda?
- Apakah anda dan pasangan sering tidak sefahaman dalam mendidik anak anak?
- Apakah anak anda sering merengek dan memaksa untuk menuruti kemahuannya?
- Apakah anak anda sering bergaduh antara satu sama lain?
- Apakah anda susah hati kerana anak anda selalu menonton tv atau bermain PS?
Jika ada jawapan YA, sila baca tips di bawah :
1. Tidak Pernah Bersalah
Sewaktu anak kita masih kecil dan belajar untuk berjalan,mereka tanpa sengaja melanggar kerusi atau meja. Lalu mereka menangis. Umumnya, yang dilakukan oleh ibubapa supaya tangisan anak berhenti adalah dengan memukul kerusi atau meja yang tanpa sengaja mereka langgar. Sambil berkata,
Sewaktu anak kita masih kecil dan belajar untuk berjalan,mereka tanpa sengaja melanggar kerusi atau meja. Lalu mereka menangis. Umumnya, yang dilakukan oleh ibubapa supaya tangisan anak berhenti adalah dengan memukul kerusi atau meja yang tanpa sengaja mereka langgar. Sambil berkata,
"Siapa yang
nakal? Papa / Mama dah pukul kerusi / meja ... sudah cup .... cup ... diam ye
..
Akhirnya si anak pun terdiam.
Ketika proses pemukulan terhadap benda-benda yang mereka
langgar, sebenarnya kita telah mengajar anak kita bahawa dia tidak pernah
bersalah.
Yang salahnya orang atau benda lain. Pemikiran ini akan
terus dibawa sehingga dewasa. Akibatnya, apabila terjadi perselisihan atau
pertengkaran, yang salah adalah orang lain, dan dirinya selalu betul. Akhirnya,
orang lain yang tidak melakukan kesalahan akan menerima hukuman.
Kita sebagai ibubapa baru menyedari hal tersebut ketika si
anak sudah mula melawan kepada kita. Perilaku melawan ini terbentuk sejak kecil
kerana tanpa sedar kita telah mengajarkan untuk tidak pernah merasa bersalah.
Lalu, apa yang sebaiknya kita lakukan ketika si anak yang
baru berjalan melanggar sesuatu sehingga membuatnya menangis?
Sebaiknya, ajarlah dia untuk bertanggungjawab atas apa yang
terjadi; katakanlah padanya (sambil mengusap bahagian yang terasa sakit):
"Sayang, kamu langgar ya. Sakit? Lain kali hati-hati, jalan perlahan-lahan
supaya tidak terkena lagi. "
2. Berbohong Kecil
Mulanya anak-anak kita adalah anak yang selalu mendengar
kata ibubapanya.
Mengapa? Kerana mereka percaya sepenuhnya kepada ibubapanya.
Namun, ketika anak meningkat dewasa, dia sudah tidak
menuruti arahan atau permintaan kita?
Apa yang berlaku?
Apakah anak kita sudah tidak percaya lagi dengan perkataan
atau ucapan-ucapan kita lagi?
Tanpa sedar kita sebagai ibubapa setiap hari sering
membohongi anak untuk mengelakkan kemahuannya. Salah satu contoh pada waktu
kita tergesa-gesa pergi ke pejabat di pagi hari, anak kita ingin mengikut atau
mengajak berjalan mengelilingi kawasan perumahan. Apa yang kita lakukan? Apakah
kita menjelaskan dengan jawapan yang jujur? Atau kita memilih untuk berbohong
dengan mengalihkan perhatian si kecil ke tempat lain, selepas itu kita bergegas
pergi? Atau yang ekstrem kita mengatakan,
"Papa / Mama
hanya keluar sebentar, hanya ke depan saja, sebentaaar saja ya, Sayang."
Tapi sebaliknya, kita pulang malam. Contah lain yang sering kita lakukan ketika
kita sedang menyuap anak makan kita,
"Kalau tak nak
makan, nanti Papa/Mama tak bawa jalan-jalan"
Padahal secara logik antara jalan-jalan dan cara / pola
makan anak, tidak ada kaitan langsung.
Dari beberapa contoh di atas, jika kita berbohong kecil ,
kesannya ternyata besar. Anak tidak akan percaya lagi dengan kita sebagai
ibubapa. Anak tidak dapat membezakan kenyataan kita yang boleh dipercayai atau
tidak. Akhirnya, anak menganggap semua yang diucapkan oleh ibubapnya adalah
bohong dan anak mula tidak menuruti segala perkataan kita.
Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Berkatalah dengan jujur kepada anak. Ungkapkan dengan
penuh kasih dan pengertian:
"Sayang, Papa / Mama nak pergi kerja. Kamu tidak boleh
ikut."
Kita tak perlu merasa bimbang dengan keadaan ini.Pastinya
memerlukan lebih masa untuk memberi pemahaman kepada anak kerana biasanya
mereka akan menangis. Anak menangis kerana dia belum memahami keadaan mengapa
ibubapanya harus selalu pergi di pagi hari. Kita harus bersabar dan beri
pemahaman kepada mereka secara terus menerus.Perlahan-lahan anak akan memahami
keadaan mengapa ibubapanya selalu pergi di pagi hari dan bila pergi bekerja,
anak tidak boleh ikut. Sebaliknya bila pergi ke tempat selain pejabat, anak
pasti diajak ibubapanya. Pastikan kita selalu jujur dalam mengatakan sesuatu.
Anak akan mampu memahami dan menuruti apa yang kita katakan.
3. Banyak Mengancam/Mengugut/Memberi Amaran
"Adik, jangan naik ke atas meja! nanti jatuh dan tiada
yang nak tolong! "
"Jangan ganggu adik, nanti Mama / Papa marah!"
Pada anak, pernyataan seperti melarang atau perintah dan
disuarakan dengan cara menjerit tanpa kita berganjak dari tempat duduk atau
tanpa kita menghentikan suatu aktiviti, kenyataan itu sudah termasuk ancaman.
Apa lagi jika ada ayat tambahan ".... nanti Mama / Papa marah!"
Seorang anak sangat pandai dalam mempelajari cara
ibubapanya; dia boleh mengetahui cara ibubapanya mendidik, memesongkan atau
mengawal cara ibubapanya. Hal ini terjadi bila kita sering menggunakan ancaman
dengan kata-kata, namun selepas itu tidak ada tindakan lanjut atau mungkin kita
sudah lupa dengan ancaman-ancaman yang pernah kita ucapkan.
Apa yang sebaiknya kita lakukan? .
Kita tidak perlu menjerit-jerit seperti itu. Dekati si anak,
hadapkan seluruh tubuh dan perhatian kita padanya. Tatap matanya dengan lembut,
namun tunjukkan riak muka/ekspresi kita tidak senang dengan tindakan yang
mereka lakukan. Sikap itu juga ditegaskan dengan kata-kata,
"Sayang, Papa / Mama minta supaya kamu boleh
meminjamkan mainan ini pada adikmu.
Papa / Mama akan makin sayang dengan kamu. "
Tidak perlu dengan ancaman atau jeritan. Atau kita boleh
juga menyatakan suatu pernyataan yang menjelaskan suatu akibat, contohnya
"Sayang, bila
kamu tidak meminjamkan mainan in ke adikmu, Papa / Mama akan simpan mainan ini
dan kamu berdua tidak boleh bermain. Mainan akan Papa / Mama keluarkan
jika kamu pinjamkan mainan itu ke
adikmu. "
Tepati kenyataan kita dengan tindakan.
4. Bicara Tidak Tepat Sasaran/Tidak Jelas Maksud
Pernahkah kita mengherdik anak dengan ayat seperti,
"Papa / Mama tidak suka bila kamu begini /
begitu!" Atau "Papa / Mama tidak mau kamu berbuat seperti itu
lagi!"
Namun kita lupa menjelaskan secara terperinci dan dengan
baik, hal-hal atau tindakan apa saja yang kita inginkan. Anak tidak pernah tahu
apa yang diinginkan atau diperlukan oleh ibubapanya dalam hl seperti
itu.Akibatnya anak terus mencuba sesuatu yang baru. Dari banyak percubaan yang
dilakukannya, tetapi selalu dikatakan salah oleh ibubapanya. Hal ini
mengakibatkan mereka mengulangi dengan sengaja untuk melakukan hal-hal yang
tidak disukai oleh ibubapanya. Tujuannya untuk mrmbuat ibubapanya kesal sebagai
mana anak juga kesal apabila tindakannya selalu salah di hadapan ibubapa.
Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Sampaikanlah hal-hal atau tindakan yang kita inginkan atau
perlukan ketika kita menegur perilaku atau hal yang tidak kita
sukai.Berkomunikasi dengan berkesan tentang hal atau perilaku yang kita
inginkan atau perlukan. Apabila mereka sudah melakukan segala perkara atau
perilaku yang kita inginkan atau perlukan, ucapkanlah terima kasih dengan tulus
dan penuh kasih sayang atas segala usahanya untuk berubah.
5. Menekankan pada Hal-hal yang salah
Ramai ibubapa sering mengadu tentang anak-anaknya tidak
patuh dan suka bertengkar. Ketika anak bertengkar, perhatian kita tertuju pada
mereka, kita cuba melerai atau bahkan memarahi. Tapi apakah kita sebagai
ibubapa pernah melihat ketika mereka sedang bermain dengan leka? Kita selalu
menganggap bahawa tidak perlu menyapa mereka kerana mereka sedang leka.Situasi
ini adalah salah, kerana akan menggalakkan mereka untuk bertengkar agar dapat
menarik perhatian ibubapanya,
Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Beri pujian setiap kali mereka sedang seronok bermain,
setiap kali mereka berkongsi mainan antara mereka dengan ayat mudah difahami.
Peluklah mereka sebagai tanda senang dan sayang.
6. Merendahkan Diri Sendiri
Apa yang anda lakukan jika melihat anak anda bermain
Playstation lebih dari belajar? Mungkin ini ayat yang sering kita ucapkan pada
mereka,
"Tutup PS itu, nanti papa marah bila dia balik kerja
petang ni !"
Atau kita ungkapkan dengan kenyataan lain, namun tetap
dengan bentuk yang mungkin ditakuti oleh anak. Contoh pernyataan ancaman diatas
adalah ketika yang ditakuti adalah Papa.
Perhatikanlah ayat ancaman tersebut. Kita tidak sedar bahawa
kita telah mengajarkan pada anak bahawa yang mampu untuk menghentikan mereka
main PS adalah bapanya, maksudnya hanya si ayah saja yang ditakuti. Jangan
hairan jika anak tidak mengendahkan perkataan kita kerana kita tidak mampu
menghentikan mereka bermain PS.
Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Dekati anak, tatap matanya, dan katakan dengan nada serius
bahawa kita ingin dia berhenti main sekarang atau berikan pilihan, contohnya :
"Sayang, Papa / Mama nak kamu mandi. Nak mandi sekarang
atau lima minit lagi? "Bila jawapannya" lima minit lagi Pa / Ma
". Kita jawab kembali, "Baik, selepas lima minit kamu mesti mandi.
Tapi jika tidak berhenti selepas lima minit, dengan terpaksa papa / mama akan
simpan PS sampai esok ".
Selepas lima minit, dekati si anak, tatap matanya dan
katakan telah cukup lima minit. Jika anak tidak berganjak, teruskan menyimpan
PS tersebut.
7. Ibubapa Tidak Tegas
Mendidik anak bukan hanya tanggungjawab para ibu atau bapa
sahaja, tapi kedua-duanya. Ibubapa harus mempunyai kata sepakat dalam mendidik
anak-anaknya. Anak mudah menangkap rasa yang menyenangkan dan tidak
menyenangkan bagi dirinya.
Contoh, seorang ibu melarang anaknya menonton TV dan memintanya untuk mengerjakan kerja sekolah, namun pada masa yang sama, si bapa membela si anak dengan ayat tidak mengapa menonton TV terus agar anak tidak stress. Jika hal ini terjadi, anak akan menilai ibunya jahat dan bapanya baik, akibatnya setiap kali ibunya memberi perintah, ia akan mula melawan dengan berlindung dengan pembelaan bapanya. Begitu juga sebaliknya.
Contoh, seorang ibu melarang anaknya menonton TV dan memintanya untuk mengerjakan kerja sekolah, namun pada masa yang sama, si bapa membela si anak dengan ayat tidak mengapa menonton TV terus agar anak tidak stress. Jika hal ini terjadi, anak akan menilai ibunya jahat dan bapanya baik, akibatnya setiap kali ibunya memberi perintah, ia akan mula melawan dengan berlindung dengan pembelaan bapanya. Begitu juga sebaliknya.
Di hadapan anak, jangan berbeza pendapat
untuk hal-hal yang berkaitan dengan persoalan mendidik anak. Pada masa salah
seorang dari kita sedang mendidik anak, maka pasangan kita harus menyokongnya.
Contoh, ketika si ibu mendidik anaknya untuk berlaku baik terhadap si kakak,
dan si ayah harus menyokong pernyataan, "Betul kata mama, Dik. kamu perlu
sayang dan hormati kakak .... "
8. Campur Tangan Datuk, Nenek, Saudara, atau Pihak Lain
Ibubapa berusaha untuk bertegas dan sepakat satu sama lain
dalam mendidik anak-anak, tiba-tiba ada pihak ke-3 yang muncul dan cenderung
membela si anak. Pihak ke-3 yang dimaksudkan seperti datuk, nenek,bapa saudara,
ibu saudara atau pihak lain di luar keluarga.
Seperti kebiasaan ke-7 (ibubapa tidak tegas), kesan ke anak
tetap negatif bila dalam satu rumah terdapat pihak luar yang campur tangan
dalam hal mendidik anak. Anak akan cenderung berlindung pada orang yang
membelanya dan juga cenderung melawan ibubapanya.
Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Pastikan dan yakinkan kepada siapa pun yang tinggal di rumah
kita untuk sepakat dalam mendidik dan tidak mencampuri pada masa proses
mendidik anak. Berikan penerangan dengan
bahasa yang boleh diterima baik oleh para pihak ke-3.
9. Menakutkan Anak
Kebiasaan ini dilakukan oleh ibubapa semasa anak menangis
dan berusaha untuk menenangkan dia. Kita juga terbiasa mengugut anak untuk
mengalihkan perhatiannya,
"Ada pengawal keselamatan, tidak boleh beli mainan
itu!"
Hasilnya memang anak sering kali berhenti merengek atau
menangis, namun secara tidak sedar kita telah menanamkan rasa takut atau benci
pada institusi atau pihak yang kita sebutkan .
Sebaiknya, berkata dengan jujur dan terangkan kepada anak
seperti kita menerangkan kepada orang dewasa kerana anak-anak juga mampu
berfikir dewasa. Jika anak tetap memaksa, katakanlah dengan penuh makna dan
tataplah matanya, "Kamu boleh menangis, tapi papa / mama tetap tidak akan
membelikan gula-gula." Biarkan anak kita yang memaksa tadi menangis hingga
diam dengan sendirinya.
10. Ucapan dan Tindakan Tidak Sesuai/Tidak Selaras
Konsisten mutlak diperlukan dalam mendidk anak. Konsisten
merupakan kesesuaian antara yang dinyatakan dan tindakan. Anak mempunyai
ingatan yang tajam terhadap suatu janji, dan ia sangat menghormati orang-orang
yang menepati janji baik untuk memberi hadiah atau janji untuk memberi hukuman.
Jangan pernah menabur janji kepada anak dengan tujuan untuk memujuknya, agar ia
mengikuti permintaan kita seperti segera mandi, selalu belajar, tidak menonton
televisyen. Fikirlah terlebih dahulu sebelum berjanji sama ada kita benar-benar
boleh memenuhi janji tersebut.
Jika ada janji yang tidak boleh dipenuhi
segeralah minta maaf, berikan alasan yang jujur dan minta dia untuk
menentukan apa yang kita boleh lakukan bersama anak untuk menukar janji itu.
11. Hadiah untuk Kelakuan Buruk Anak
Acapkali kita tidak konsisten dengan kenyataan yang pernah
kita nyatakan. Bila hal ini terjadi, tanpa kita sedari kita telah mengajar anak
untuk melawan kita.Contoh klasik dan sering terjadi adalah pada saat kita
bersama anak di tempat awam, anak merengek meminta sesuatu dan rengekannya
menjadi jeritan dan ada gerak perlawanan. Anak terus mencari akal agar
keinginannya dipenuhi, dan menyebabkan kita malu. Pada masa inilah kita
seringkali kalah kerana tidak sabar lagi dengan rengekan anak kita.Akhirnya
kita mengiyakan keinginan si anak.
"Ya sudah; kamu ambil satu pemainannya. Satu saja ya!
"
Kenyataan tersebut adalah sebagai hadiah bagi perilaku buruk
si anak. Anak akan mempelajarinya dan mengulangi pada hari lain bahkan mungkin
dengan cara yang lebih lagi.
Menghadapi keadaan seperti ini, tetaplah konsisten; tidak
perlu malu atau takut dikatakan sebagai ibubapa yang tidak mwngawal anaknya.
Ingatlah selalu bahawa kita sedang mendidik anak, apabila kita konsisten dan
tegas anak tidak akan mengulangi lagi. Tetaplah KONSISTEN dan pantang menyerah!
Apapun alasannya, jangan pernah memberi hadiah pada perilaku buruk si anak.
12. Rasa Bersalah Kerana Tidak Boleh Memberikan yang Terbaik
Kehidupan metropolitan telah memaksa sebahagian besar
ibubapa banyak menghabiskan masa di pejabat dan di jalan raya daripada bersama
anak.Terbatasnya masa inilah yang menyebabkan ramai ibubapa merasa bersalah
atas situasi ini. Akibat dari perasaan bersalah ini, kita, membenarkan perangai
buruk anak dengan ungkapan yang sering dilontarkan,
"Biarlah dia seperti ini mungkin kerana saya jarang
meluangkan masa dengannya ..."
Semakin kita merasa bersalah terhadap keadaan, semakin banyak kita menyemai tingkah laku buruk anak. Semakin kita maklum tingkah laku buruk anak, anak juga akan semakin sering melakukannya. Sebahagian besar tingkah laku anak bermasalah yang pernah saya (penulis) hadapi banyak berpunca dari cara ibubapa berfikir yang seperti ini.
Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Kita tidak boleh membandingkan keadaan sosial ekonomi dan
masa kita dengan orang lain. Setiap keluarga mempunyai masalah yang tersendiri.
Ada orang yang punya kelebihan dari segi kewangan tapi kesuntukan masa bertemu
dengan anak, dan sebaliknya.
Jangan pernah memikirkan hal yang tidak baik.
Lakukanlah pendekatan berkualiti jika kita hanya mempunyai sedikit masa;
gunakan masa yang minimum itu untuk berkongsi sepenuhnya dengan anak. Memang
tidak mudah tapi lakukanlah demi mereka dan keluarga kita, anak akan terbiasa.
13. Mudah menyerah dan pasrah
Setiap manusia mempunyai watak yang berbeza-beza, ada yang
lembut dan ada yang keras.Kebanyakan ciri watak yang dimiliki oleh ibubapa
adalah kurang tegas, mudah menyerah, selalu takut salah dan cenderung
mengalah/pasrah.
Konflik ini biasanya berlaku bila mempunyai anak yang berwatak keras. Akibatnya, si anak jauh lebih dominan untuk mempengaruhi keputusan dan ibubapa sukar mengawal tingkah laku anaknya dan cenderung pasrah.
Konflik ini biasanya berlaku bila mempunyai anak yang berwatak keras. Akibatnya, si anak jauh lebih dominan untuk mempengaruhi keputusan dan ibubapa sukar mengawal tingkah laku anaknya dan cenderung pasrah.
Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Belajar dan berusaha dengan keras untuk menjadi lebih tegas
dalam mengambil keputusan, tingkatkan watak keteguhan hati dan pantang
menyerah. Jika perlu, ambil orang yang kita anggap tegas untuk jadi penasihat
harian kita.
14. Marah Yang Berlebihan
Kita seringkali menyamakan antara mendidik dengan memarahi.
Perlu diingat, memarahi adalah salah satu cara mendidik yang paling buruk.Pada
saat memarahi anak, kita bukan sedang mendidik mereka, melainkan melepaskan
geram atau kekesalan kerana kita tidak boleh mengatasi masalah dengan baik.
Marah juga hanya usaha untuk melemparkan kesalahan pada pihak lain [dan
biasanya yang lebih lemah seperti anak-anak].
Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Jangan bercakap ketika marah! Jadi tahanlah dengan cara yang selesa untuk kita lakukan seperti masuk bilik mandi atau ke mana-mana sehingga marah reda. Yang perlu dilakukan adalah bicara "tegas" bukan bicara "keras".Bicara yang tegas adalah dengan nada yang rata, dengan serius dan menatap wajah serta matanya dalam dalam. Bicara tegas adalah bicara pada ketika fikiran kita rasional, sedangkan bicara keras adalah pada masa fikiran kita dikuasai emosi.
Satu contoh lagi yang kurang baik, ketika marah biasanya
kita emosi dan mengucapkan / melakukan hal hal yang kelak kita sesali, setelah
ini terjadi, biasanya kita akan menyesal dan berusaha memperbaikinya dengan
membolehkan hal-hal yang sebelumnya kita larang. Bila hal ini berulang kali, maka
anak kita akan selalu berusaha memancing marah kita, dan kesudahannya si anak
menikmati hasilnya. Anak yang sering dimarahi tidak akan jadi lebih baik.
15. Ego Untuk Menyapa
Kita pasti pernah mengalami bahawa kita terlanjur marah
besar pada anak, biasanya marah terbawa lebih dari sehari, akibat dari rasa
kesal yang masih tersisa dan rasa ego, kita enggan menyapa anak kita.
Masing-masing menunggu untuk memulakan kembali hubungan yang normal.
Apa yang perlu kita lakukan agar komunikasi cair kembali?
Siapa yang seharusnya memulakan? Kita sebagai ibubapalah yang seharusnya
memulakan masa anak mula menunjukkan tanda-tanda perdamaian dan mengikuti
keinginan kita.
Dengan cara ini kita dapat menunjukkan kepada anak bahawa kita tidak suka pada sikap anak, bukan pada peribadinya.
Dengan cara ini kita dapat menunjukkan kepada anak bahawa kita tidak suka pada sikap anak, bukan pada peribadinya.
16. Memaklumi/Menerangkan yang tidak kena pada tempatnya
Ini biasanya berlaku pada kebanyakan ibubapa konservatif.
Contohnya melihat anak lelaki yang suka mengusik, nakal, ibubapa suka
mengatakan,
"Alah, anak lelaki memang begitu" atau ketika
melihat kakak dan adik bertengkar, ibunya berkata "maklumlah ... namanya
juga anak anak". Atau ketika si anak memukul teman, ibubapa masih juga
membela dengan mengatakan " maklumlah namanya juga anak anak. Tak sengaja
. "
Bila kita selalu membela tindakan salah yang dilakukan
anak-anak, automatik si anak berfikir sikapnya betul, dan akan menjadi teruk
jika terbawa sehingga ke dewasa.
Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Tidak perlu menerangkan hal yang tidak perlu, kita harus
mendidik setiap anak sesuai dengan sifat dasarnya. Setiap anak boleh dididik
dengan tegas [ingat: bukan keras] sejak usia 2 tahun. Semakin awal usianya,
semakin mudah untuk dikendalikan dan diajak kerjasama. Anak kita akan
bekerjasama jika kita selalu mengajaknya dialog dari hati ke hati, tegas, dan
konsisten. Ingat, tidak perlu menunggu sehingga usianya dewasa, kerana semakin
bertambah usia, semakin tinggi tahap kesukaran untuk mengubah sikap buruknya.
17. Penggunaan istilah yang tidak jelas maksudnya
Ibubapa kerap menggunakan kenyataan seperti "Jaga ye,
kalau kamu nak ikut mama / papa, tidak boleh nakal!" Atau, "Ingat,
kalau nanti ikut dengan mama / papa, jangan memalukan mama", boleh juga
terungkap , "kalau nak jalan jalan ke taman permainan, jangan macam macam
ya".
Tanpa disedari kita sering menggunakan istilah yang sukar
difahami atau bermakna lain. Istilah ini akan mengelirukan anak kita. Dalam
hati mereka bertanya apa yang dimaksudkan dengan nakal, tingkah laku apa yang
termasuk dalam kategori nakal, begitu pula dengan istilah "jangan macam
macam", tingkah laku apa yang termasuk kategori "macam macam".
Anak menjadi keliru.
Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Bercakap dengan jelas dan tertentu, Contohnya
"Sayang, kalau kamu nak ikut mama / papa, tidak boleh
minta mainan, gula-gula, dan tidak boleh menejrit di juruwang seperti dulu
ye".
Hal ini penting agar anak mengetahui batasan-batasan apa
yang boleh dan tidak boleh dilakukan, serta jangan lupa bersetuju apa akibatnya
bila perjanjian ini dilanggar.
18. Mengharap Perubahan Segera
Kita terbiasa hidup dalam budaya yang serba segera, seperti
mee segera, susu segera, minuman segera. Sehingga bila anak berbuat salah, kita
inginkan perubahan yang segera juga, contoh ketika biasa terlambat bangun,
tidak mengemas tempat tidur, sukar dimandikan, kita ingin agar anak kita
berubah mendadak dalam jangka masa sehari.
Apabila kita sering memaksa perubahan pada anak kita dalam
waku singkat, kemungkinan besar anak sukar memuaskan. Dan ketika dia gagal
dalam memenuhi keinginan kita, anak akan kecewa dan tidak yakin boleh
melakukannnya lagi. Akibatnya dia memilih untuk melakukan perlawanan seperti
banyak memberi alasan, acuh tak acuh, atau marah-marah pada adiknya.
Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Jika kita mengharapkan perubahan pada anak, berilah masa
untuk setiap fasa perubahan yang rasional untuk boleh dicapainya. Elakkan
membuat target perubahan yang tidak mungkin boleh dicapainya. Ajaklah dia untuk
melakukan perubahan dari hal yang paling mudah. Biarkanlah dia memilih hal yang
paling mudah untuk diubah.
Kejayaannya untuk melakukan perubahan tersebut boleh memotivasikan anak untuk melakukan perubahan lain yang lebih sukar. Puji dan jika perlu raikan kejayaan yang dicapainya, sekecil dan semudah apapun perubahan itu. Hal ini untuk menunjukkan betapa seriusnya perhatian kita terhadap usaha yang telah dilakukannya. Tumpukan perhatian dan pujian kita pada usahanya, bukan pada hasilnya.
Kejayaannya untuk melakukan perubahan tersebut boleh memotivasikan anak untuk melakukan perubahan lain yang lebih sukar. Puji dan jika perlu raikan kejayaan yang dicapainya, sekecil dan semudah apapun perubahan itu. Hal ini untuk menunjukkan betapa seriusnya perhatian kita terhadap usaha yang telah dilakukannya. Tumpukan perhatian dan pujian kita pada usahanya, bukan pada hasilnya.
19. Bukan Pendengar yang Baik
Sebahagian besar ibubapa adalah bukan pendengar yang baik
bagi anak anaknya.Benarkah? Bila ada suatu masalah yang terjadi pada anak,
ibubapa lebih suka menyampuk, terus menasihati tanpa bertanya permasalahannya
serta asal usul kejadiannya.
Sebagai contoh, anak kita baru saja pulang sekolah yang
sepatutnya pulang waktu tengahari tetapi sampai di rumah pada waktu petang.
Ibubapa menjadi risau dan menunggu kepulangan anak. Ketika anak kita sampai dan
masih penat, kita terus menyambutnya dengan pelbagai pertanyaan dan bebelan.
Bila anak hendak bicara, kita selalu memotongnya. Akibatnya anak tidak ingin
bercakap dan marah pada kita.
Bila kita tidak berusaha mendengar mereka, maka mereka pun
akan bersikap seperti itu pada kita dan akan belajar mengabaikan kita.
Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Jika kita tidak ingin hal ini terjadi, maka mulai saat ini
jadilah pendengar yang baik. Dengarkan setiap ucapannya. Ajukan soalan-soalan
untuk menunjukkan minat kita akan persoalan yang dihadapinya.
20. Selalu menuruti permintaan anak.
Apakah anak kita adalah anak tunggal? Atau anak lelaki yang
ditunggu-tunggu dari beberapa anak perempuan kakak-kakaknya? Atau mungkin anak
yang sudah bertahun-tahun ditunggu tunggu? Fenomena ini seringkali menjadikan
ibubapa teramat sayang pada anaknya sehingga apa saja kemahuan dituruti.
Seperti Raja Kecil, semakin hari tuntutannya semakin banyak
dan kuat, jika menjadi kebiasaan akan sukar dibendung. Anak yang dididik dengan
cara ini akan menjadi anak yang ego, tidak inign bertolak ansur, dan tidak
boleh bersosial.
Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Betapa sayangnya kita pada anak, janganlah pernah
mengamalkan cara didikan seperti ini. Rasa sayang tidak perlu di tunjukkan
dengan menuruti segala kemahuannya. Jika kita sayang, maka kita harus mengajar
tentang nilai baik dan buruk, yang benar dan yang salah, yang boleh dan yang
tidak boleh. Jika tidak, rasa sayang kita akan membuatnya jadi anak yang
mementingkan diri sendiri.
21. Terlalu Banyak Larangan
Ini adalah bertentangan dari kebiasaan di atas. Ibubapa
jenis ini cenderung menjadikan anak
seperti apa yang kita inginkan secara SEMPURNA, kita cenderung membentuk anak
kita sesuai dengan keinginan kita; anak kita harus begini tidak boleh begitu;
dilarang melakukan ini dan itu.
Sehingga anak tidak tahan lagi dengan cara kita, dia pun
akan memberontak, baik dengan cara menyakiti diri,memberontak dalam diam atau
dengan terbuka. Oleh itu, kurangkan sifat kesempurnaan kita, berilah izin
kepada anak untuk melakukan perkara yang baik dan positif.
Berlatih untuk selalu berdialog agar kita boleh melihat dan memahami sudut pandang orang lain. Bangkit dengan situasi saling mempercayai antara anak dan kita. Kurangkan jumlah larangan yang berlebihan dengan meminta pertimbangan pada pasangan kita. Gunakan kesepakatan untuk memberikan batas yang lebih baik. Contoh,
Berlatih untuk selalu berdialog agar kita boleh melihat dan memahami sudut pandang orang lain. Bangkit dengan situasi saling mempercayai antara anak dan kita. Kurangkan jumlah larangan yang berlebihan dengan meminta pertimbangan pada pasangan kita. Gunakan kesepakatan untuk memberikan batas yang lebih baik. Contoh,
"kamu boleh keluar tapi jam 9 malam harus tiba di
rumah. Jika kemungkinan pulang lambat, segera beritahu Papa / Mama.
22. Terlalu Cepat Membuat Kesimpulan
Ini adalah kesan akibat tidak menjadi pendengar yang baik.
Kita kerap memotong perbualan ketika anak sedang memberi penjelasan, dan akan
membuat kesimpulan akhir yang biasanya akan memburukkan atau mengecewakan anak.
Padahal kesimpulan kita belum tentu benar, dan seandainya benar, cara seperti
ini akan menyakitkan hati anak kita.
Seperti contoh anak yang balik lewat. Anak terlambat balik
dan hendak menjelaskan sebabnya, kita memotong ayatnya dengan ungkapan,
"Sudah! jangan bagi alasan " atau " Ah, Papa / Mama tahu, kamu
pasti menyimpang ke tempat lain kan?! ".
Jika kita melakukan kebiasaan ini terus menerus, anak akan
berfikir kita adalah ibubapa yang tidak mahu memahami keadaan dan
menjengkelkan. Lalu mereka tidak ingin bercerita atau bercakap lagi, dan akibat
anak akan benar-benar melakukan hal-hal yang kita tuduhkan padanya. Anak tidak
ingin mendengar nasihat kita lagi, dan pada tahap yang paling teruk, dia akan
pergi ketika kita sedang berbicara padanya.
Pernahkah anda mengalami hal ini?
Pernahkah anda mengalami hal ini?
Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Jangan pernah memotong percakapan dan membuat kesimpulan
terlalu awal.Tak seorang pun yang suka bila percakapannya dipotong, apalagi
ceritanya disimpulkan oleh orang lain.
Dengarkan, dengarkan, dan dengarkan sambil memberikan
tanggapan positif dan bersemangat. Ada masanya kita akan diminta untuk
bercakap, tentunya setelah anak selesai dengan ceritanya. Bila anak sudah
membuka soalan, "bagaimana,ibu/ayah?" Ertinya dia sudah sedia untuk
mendengar pertuturan atau komen kita.
23. Mengungkit Kesalahan Masa Lalu
Akibat bukan pendengar yangbaik dan terlalu cepat membuat
kesimpulan akan berlanjutan dengan hal yang menyakitkan hati anak, dengan
mengungkit rekod kesalahan yang pernah dibuat oleh anak. Contohnya, "kan
Papa / Mama dah cakap? Kamu tidak pernah nak mendengar, sekarang tengok apa dah
jadi. Jadi kena dengar cakap mama / papa".
Kiat berharap dengan mengungkit kejadian masa lalu, anak
akan belajar dari kesilapan. Namun yang terjadi adalah sebaliknya, anak akan
sakit hati dan berusaha mengulangi kesalahannya sebagai tindakan balasan dari
sakit hatinya.
Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Jika kita tidak ingin anak berkelakuan buruk lagi, janganlah
diungkit-ungkit masa lalunya. Cukup dengan tatapan mata, jika perlu rangkullah
dia. Ikutlah berempati sampai dia mengakui kesalahan dan kekeliruannya. Ucapkan
kenyataan seperti "manusia itu tempatnya salah dan lupa, semoga ini
menjadi pelajaran berharga buat kamu", atau "Papa / mama bangga kamu
boleh mencari hikmah positif dari kejadian ini". Jika ini yang kita
lakukan, anak akan lebih mendengar nasihat kita. Cuba dan buktikanlah!.
24. Suka Membandingkan
Hal yang paling menyakitkan adalah ketika kita membandingkan
dengan orang lain.Bila kita sedang berada di suatu majlis dan bertemu dengan
orang yang berpakaian hampir sama atau berwarna sama, kita merasa tidak selesa
untuk berdekatan.
Secara psikologi, kita sangat tidak suka bila kehadiran kita
baik secara fizikal atau sifat-sifat kita dibanding dengan orang lain. Cuba
ingat pengalaman kita bila ada orang
yang membandingkan kita, bagaimana perasaan kita saat itu?
Tetapi, kebanyakan ibubapa sering melakukan hal ini pada
anaknya - membandingkan anak yang malas dengan yang rajin. Anak yang kemas
dengan yang comot. Anak yang cekap dengan anak yang lembap. Anak yang mendapat
markah tinggi di sekolah dengan anak yang markah rendah.
Ayat yang sering terdengar biasanya seperti, "Cuba kamu rajin belajar seperti adik, mesti markah kamu tidak seperti ini!".
Ayat yang sering terdengar biasanya seperti, "Cuba kamu rajin belajar seperti adik, mesti markah kamu tidak seperti ini!".
Jika kita tetap melakukan kebiasaan ini, beberapa akibat
akan berlaku; anak kita semakin tidak menyukai kita. Anak yang dibandingkan
akan iri dan dengki dengan yang dibanding. Anak yang menjadi pembanding akan
merasa sombong dan bongkak.
Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Tiap manusia dilahirkan dengan watak dan sifat yang unik.
Jangan sesekali membandingkan antara satu sama lain. Catat perubahan setiap
sikap anak. Jika ingin membandingkan, bandingkanlah dengan sikap mereka di masa
lalu, ataupun dengan nilai-nilai ideal yang ingin mereka capai.
Contohnya, "Eh, biasanya anak papa / mama suka mengemas tempat tidur, kenapa hari ini tak ya?"
Contohnya, "Eh, biasanya anak papa / mama suka mengemas tempat tidur, kenapa hari ini tak ya?"
25. Sentiasa Betul dan Tahu Segalanya
Egosentrik (bersifat mementingkan keperluan sendiri sahaja
(tanpa mengendahkan keperluan orang lain) terjadi pada anak usia 1-3 tahun.
Usia tersebut adalah masa apabila anak merasa paling benar dan memaksakan
kehendaknya. Tapi sifat ini terbawa dan masih banyak dimiliki oleh ibubapa.
Contoh ungkapan orang tua, "ah kamu ini masih hingusan, bukan tau apa soal hidup." Atau, "kamu tau tak, papa / mama ini sudah banyak makan asam garam kehidupan, jadi tak payah bagi nasihat dengan kami!".
Contoh ungkapan orang tua, "ah kamu ini masih hingusan, bukan tau apa soal hidup." Atau, "kamu tau tak, papa / mama ini sudah banyak makan asam garam kehidupan, jadi tak payah bagi nasihat dengan kami!".
Jika kita mempunyai kebiasaan seperti ini, kita telah
membuat proses komunikasi dengan anak ke arah jalan buntu. Walaupun maksud kita
adalah untuk menunjukkan kelebihan kita di depan anak, tapi yang ditangkap anak
adalah semacam kesombongan yang luar biasa, dan tentu saja tak seorang pun
ingin mendengar nasihat orang yang sombong.
Apa yang seharusnya kita lakukan?
Seringkali usia dijadikan acuan tentang banyaknya pengetahuan
dan pengalaman. Pada zaman dulu hal ini boleh jadi benar, namun sekarang,
keadaan itu tidak berlaku lagi. Siapa yang lebih banyak mendapatkan maklumat
dan mengikuti kegiatan, maka dialah yang lebih banyak tahu dan berpengalaman.
Jadi janganlah merasa menjadi orang yang paling tahu, paling
hebat, paling alim. Dengarkanlah setiap input yang datang dari anak kita.
26. Saling Melepaskan Tanggungjawab
Mendidik anak menjadi tanggungjawab ibubapa. Bila kedua
belah pihak merasa kurang bertanggungjawab, maka proses pendidikan anak akan
terasa tempang dan jauh dari berjaya. Lagi teruk, bila ibubapa sudah mula
merasakan kesan perlawanan dari anak-anaknya, yang sering terjadi malah saling
menyalahkan satu sama lain.
Kenyataan yang kerap muncul adalah, "kamu tak pandai
nak mendidik anak", dan kemudian dibalas "sedapnya bercakap, kamu
sendiri selama ini ke mana?!". Jika cara ini yang dipertahankan dalam
keluarga, adakah menyelesaikan masalah?
Tunggu saja hasilnya, pasti ibubapalah yang akan menuai hasilnya, anak akan merasa sikap buruknya adalah bukan kerana kesalahannya, tapi kerana ketidaksepakatan ibubapanya. Jelas anak tidak akan merasa dididik malah semakin berkelakuan buruk.
Tunggu saja hasilnya, pasti ibubapalah yang akan menuai hasilnya, anak akan merasa sikap buruknya adalah bukan kerana kesalahannya, tapi kerana ketidaksepakatan ibubapanya. Jelas anak tidak akan merasa dididik malah semakin berkelakuan buruk.
Apa yang seharusnya kita lakukan?
Hentikan saling menyalahkan. Ambillah tanggungjawab sebagai
ibubapa secara seimbang.keberhasilan pendidikan terletak di tangan ibubapa.
Pendidikan adalah kerja sama pasukan,
bukan individu. Jangan gunakan alasan tidak ada masa, semua orang
mempunyai masa 24 jam sehari, jadi aturlah masa kita dengan berbagai macam cara
dan berbincang selalu dengan pasangan kita.
27. Kakak/Abang Harus Selalu Mengalah
Kebiasaan anak yang lebih tua harus selalu mengalah pada
yang lebih muda. Seolah-olah hal itu sudah menjadi budaya. Tapi sebenarnya,
adakah dasar logiknya dan di mana prinsip keadilannya?
Ada satu contoh nyata seperti berikut:
Ada seorang kakak beradik, kakak bernama Dita dan adik
bernama Rafiq.Neneknya selaku pengasuh utama selalu memarahi Dita ketika Rafiq
menangis.Tanpa mengetahui siapa yang salah dan benar, si Nenek selalu membela
si adik dan meletakkan kesalahan pada kakaknya. "Kenapa dengan kamu ini ?
Sudah besar tapi tak nak mengalah dengan adik. "Begitulah ucapan yang
keluar dari mulut si Nenek. Terkadang disertai dengan cubitan pada kakaknya.
Apa yang terjadi selanjutnya? Dita menjadi anak yang tidak
mempunyai rasa percaya diri. Dia pun mula membenci adiknya. Lama kelamaan Dita
mula banyak melawan atas ketidakadilan ini, dan yang terjadi kemudian adalah
kedua bersaudara ini makin sering bertengkar. Sementara Rafiq yang selalu
dibela menjadi makin ego dan makin berani menyakiti kakaknya, selalu merasa
benar dan memberontak.
Apa yang seharusnya kita lakukan?
Anak perlu diajar untuk memahami nilai benar dan salah atas
perbuatannya.Nilai benar dan salah tidak mengenal faktor usia. Benar selalu
benar dan salah selalu salah berapa pun usia pelakunya.
Berlakulah adil. Ketahuilah maklumat secara lengkap sebelum
mengambil keputusan. Jelaskan nilai benar dan salah pada anak.
28. Menghukum Secara Fizikal
Dalam keadaan emosi, kita selalu sensitif dengan sikap anak,
bermula dengan suara keras, dan kemudian meningkat menjadi tindakan fizikal
yang menyakiti anak.
Jika kita terbiasa dengan keadaan ini, kita telah
mendidiknya menjadi anak yang degil,
suka menyakiti orang lain dan memberontak. Perhatikan jika mereka bergaul
dengan rakan sebaya. Percaya atau tidak, anak akan meniru tindakan kita yang
suka memukul. Anak yang suka memukul rakannya pada umumnya adalah anak yang
sering dipukul di rumahnya.
Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Jangan pernah sekalipun menggunakan hukuman fizikal kepada
anak - mencubit, memukul, atau menampar bahkan ada juga yang pakai alat
seperti tali pinggang atau rotan.
Gunakanlah kata kata atau dialog, dan jika cara dialog tidak
berjaya maka cubalah nilai diri kita. Cari jenis kebiasaan yang salah yang
selama ini telah kita lakukan dan menyebabkan anak kita berkelakuan seperti
ini.
29. Menunda atau Membatalkan Hukuman
Kita semua tahu bahaya yang luar biasa dari merokok, mula
dari kanser, mati pucuk, gangguan kehamilan dan janin. Tapi mengapa masih
banyak yang tidak peduli dan tetap degil untuk terus menjadi perokok? Jelas
kerana akibat dari merokok itu terjadi kemudian dan bukan ketika itu juga.
Begitu juga dengan anak kita. Jika anda menjanjikan sebuah
akibat hukuman atau hukuman bila anak berkelakuan buruk, jangan menunggu masa
yang terlalu lama, melambatkan, atau bahkan membatalkan kerana alasan lupa atau
kasihan.
Bila telah terjadi kesepakatan antara kita dan anak seperti
tidak boleh minta dibelikan gula-gula atau mainan dan ternyata anak cuba cuba
untuk merengek, kita ingatkan kembali pada kepadanya tentang perjanjian yang
kita buat bersama. Anak biasanya akan berhenti merengek.
Namun malangnya ketika anak berhenti merengek, kita menganggap masalah susah selesai dan akhirnya kita menunda atau bahkan membatalkan hukuman entah kerana lupa atau kasihan. Apa akibatnya? Anak akan mempunyai anggapan bahawa kita hanya bercakap kosong, maka mereka akan mempunyai kecenderungan untuk melanggar perjanjian kerana hukuman tidak dilaksanakan.
Namun malangnya ketika anak berhenti merengek, kita menganggap masalah susah selesai dan akhirnya kita menunda atau bahkan membatalkan hukuman entah kerana lupa atau kasihan. Apa akibatnya? Anak akan mempunyai anggapan bahawa kita hanya bercakap kosong, maka mereka akan mempunyai kecenderungan untuk melanggar perjanjian kerana hukuman tidak dilaksanakan.
Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Jila kita sudah mempunyai kesepakatan dan anak melanggarnya,
maka sekatan perlu dilaksanakan, jika kita kasihan, kita boleh mengurangkan
hukumannya, dan usahakan hukumannya jangan bersifat fizikal, tapi seperti
pengurangan masa menonton tv, ataupun bermain video game.
30. Terpancing Emosi
Jika ada keinginannya yang tidak dipenuhi, anak sering kali
merengek, menangis, berguling dsb, dengan tujuan memancing emosi kita yang
akhirnya kita marah atau mengalah. Jika kita terpancing oleh emosi anak, anak
akan merasa menang, dan merasa boleh mengendalikan ibubapanya. Anak akan terus
berusaha mengulanginya pada kesempatan lain dengan pancingan emosi yang lebih
besar lagi.
Apa yang seharusnya kita lakukan?
Yang terbaik adalah diam, tidak bercakap, dan tiada tindak
balas. Jangan pedulikan rengekan anak kita. Bila anak menangis katakan padanya
bahawa tangisannya tidak akan mengubah keputusan kita. Bila anak tidak menangis
tapi tetap masih membuat hal, kita katakan saja bahawa kita akan
mempertimbangkan keputusan kita dengan syarat si anak tidak membuat hal lagi.
Selepas pernyataan itu kita keluarkan, lakukan aksi diam. Tatap dengan mata
pada anak, hingga ia berhenti mengadu/membuat hal. Proses ini memerlukan masa
lebih dari 30 minit dan tabahlah untuk melakukannya.
Dalam proses ini kita jangan malu pada orang yang memperhatikan kita; dan jangan pula ada orang lain yang berusaha menolong anak kita yang sedang membuat hal tadi.
SEKALI KITA BERHASIL MEMBUAT ANAK KITA MENGALAH, maka selanjutnya DIA TIDAK AKAN MENGULANGI untuk yang kedua kalinya.
Dalam proses ini kita jangan malu pada orang yang memperhatikan kita; dan jangan pula ada orang lain yang berusaha menolong anak kita yang sedang membuat hal tadi.
SEKALI KITA BERHASIL MEMBUAT ANAK KITA MENGALAH, maka selanjutnya DIA TIDAK AKAN MENGULANGI untuk yang kedua kalinya.
31. Menghukum Anak Saat Kita Marah
Hal yang perlu kita perhatikan dan selalu ingat adalah
jangan pernah memberikan hukuman apa pun pada anak ketika emosi kita sedang
memuncak. Pada saat emosi kita sedang tinggi, apa pun yang keluar dari mulut
kita, baik dalam bentuk kata-kata mahupun hukuman akan lebih menyakiti dan
menghakimi dan tidak menjadikan anak lebih baik. Kejadian tersebut akan
terkesan pada anak biar pun telah berganjak dewasa. Anak juga boleh berdendam
pada ibubapanya kerana sering mendapat perlakuan di luar batas.
Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Bila kita sedang marah segeralah menjauhi anak. Pilihlah
cara yang tepat untuk boleh menurunkan marah kita dengan segera.
Apabila marah, kita akan memberikan hukuman yang berat pada
anak, dan hanya akan menimbulkan pemberontakan baru yang lebih kuat daripada
anak. Selepas emosi reda, barulah kita memberikan hukuman yang mendidik dan
tepat dengan konteks kesalahan yang dibuat.
Ingat, prinsip hukuman adalah untuk mendidik bukan menyakiti. Pilihlah bentuk sekatan atau hukuman yang mengurangkan aktiviti yang disukainya, seperti mengurangkan masa main game, atau bermain basikal.
Ingat, prinsip hukuman adalah untuk mendidik bukan menyakiti. Pilihlah bentuk sekatan atau hukuman yang mengurangkan aktiviti yang disukainya, seperti mengurangkan masa main game, atau bermain basikal.
32. Mengejek
Ibubapa yang biasa mengejek anaknya, seringkali secara tidak
sedar telah membuat anak menjadi kesal. Dan ketika anak memohon kepada kita
untuk tidak mengejeknya, kita malah semakin senang telah berjaya membuatnya
kesal atau malu. Hal ini akan membina rasa tidak suka anak pada kita dan yang
sering terjadi anak tidak menghargai kita lagi. Mengapa? Kerana ia menganggap
kita juga seperti kawna-kawannya yang suka mengusik,
Apa yang seharusnya kita lakukan?
Jika ingin bergurau dengan anak kita, pilihlah bahan
bergurau yang tidak membuatnya malu atau yang merendahkan dirinya. Akan jauh
lebih baik jika seolah-olah kitalah yang jadi badut untuk ditertawakan. Anak
kita tetap akan menghormati kita. Jagalah batas-batas dan elakkan bergurau yang
boleh membuat anak kesal apalagi malu.
Bagaimana caranya?Lihat ekspresi anak kita. Apakah kesal dan meminta kita segera menghentikannya? Bila ya, segeralah hentikan dan jika perlu meminta maaflah atas kejadian yang baru berlaku. Katakan bahawa kita tidak bermaksud merendahkannya dan kita berjanji tidak akan mengulanginya lagi.
Bagaimana caranya?Lihat ekspresi anak kita. Apakah kesal dan meminta kita segera menghentikannya? Bila ya, segeralah hentikan dan jika perlu meminta maaflah atas kejadian yang baru berlaku. Katakan bahawa kita tidak bermaksud merendahkannya dan kita berjanji tidak akan mengulanginya lagi.
33. Menyindir
Terkadang kerana marahnya ibubapa sering didedahkan dengan
kata-kata singkat yang pedas dengan maksud menyindir, seperti, "Tiba-tiba
awal hari ini dah balik", atau " kamu pikir Mama / Papa ini pengawal
keselamatan yang jaga pintu tiap malam ? ".
Kebiasaan ini tidak akan membuat anak kita menyedari akan
sikap buruknya tapi malah sebaliknya akan membuat ia semakin menjadi-jadi dan
menjaga jarak dengan kita. Kita telah menyakiti hatinya dan membuatnya tidak
ingin berkomunikasi dengan kita.
Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Katakanlah secara langsung apa yang kita inginkan dengan kalimat
yang tidak menyinggung perasaan, memalukan bahkan menyakiti hatinya. Katakan
saja, "Sayang, Papa / Mama bimbang akan keselamatan kamu kalau balik lewat
malam". Dan sebagainya.
34. Memberi Nama Gelaran yang Buruk
Kebiasaan memberikan gelaran yang buruk pada anak boleh
mengakibatkan rasa rendah diri, tidak percaya diri, atau rasa benci. Adakalanya
anak ingin membuktikan kehebatan gelaran atau gelaran tersebut pada orang
tuanya.
Penyelesaiannya.
Menukar gelaran buruk dengan yang baik, seperti, anak baik,
anak hebat, anak bijak. Jika tidak boleh menemuinya cukup dengan panggil dengan
nama kesukaannya saja.
35. Mengumpan Anak yang Suka Membantah
Ketika anak marah, merengek atau menangis, meminta sesuatu
dengan memaksa, kita biasanya mengalihkan perhatiannya kepada perkara atau
barang lain. Hal ini dimaksudkan supaya anak tidak merengek lagi. Namun yang
terjadi malah sebaliknya, rengekan anak semakin menjadi-jadi. Contohnya, anak
menangis kerana ia minta dibelikan mainan, kemudian kita berusaha membuatnya
diam dengan berusaha mengalihkan perhatiannya seperti, "Lihat ada kakak
pakai baju warna apa tu ..." atau "Lihat ini, comelnya gambar
ini"
Ingatlah selalu, pada saat anak kita sedang fokus pada apa
yang dia mahu, ia akan memancing emosi kita dan emosinya sendiri akan menjadi
sensitif. Anak kita pada umumnya adalah anak yang bijak. Dia tidak ingin
dialihkan ke hal lain jika masalah ini belum ada kata sepakat penyelesaiannya.
Semakin kita berusaha mengalihkan ke hal lain, semakin marahlah anak kita.
Apa yang sebaiknya dilakukan?
Selesaikan apa yang diinginkan oleh anak kita dengan
membincangkan perkara itu dan membuat perjanjian di tempat, jika kita belum
sempat membuat perjanjian di rumah. Katakan secara langsung apa yang kita
inginkan terhadap permintaan anak tesebut, seperti "Papa / Mama belum
boleh belikan mainan itu sekarang. Jika kamu nak, harus menabung terlebih
dahulu. Nanti Papa / Mama ajar cara menabung. Bila kamu terus merengek kita
tidak jadi jalan-jalan dan terus balik rumah.
"Jika ayat ini yang kita katakan dan anak kita tetap merengek, segeralah kita pulang biar pun urusan belum selesai. Untuk urusan lain kita masih boleh menundanya. Tapi jangan sekali-kali menunda dalam mendidik anak.
"Jika ayat ini yang kita katakan dan anak kita tetap merengek, segeralah kita pulang biar pun urusan belum selesai. Untuk urusan lain kita masih boleh menundanya. Tapi jangan sekali-kali menunda dalam mendidik anak.
36. Televisyen Sebagai Agen Pendidikan Anak
Perilaku anak terbentuk kerana 4 perkara:
Siapa yang lebih dulu mengajarkan kepadanya: kita atau TV?
Siapa yang dia percaya: apakah anak percaya pada kata-kata
kita atau pada program TV?
Siapa yang menyampaikan dengan lebih menyenangkan: apakah
kita menasihatinya dengan cara menyenangkan atau program-program TV yang lebih
menyeronokkan?
Siapa yang sering menemaninya: kita atau TV?
Apa yang seharusnya kita lakukan?
Komunikasi dan buat pendekatan dengan menilai 4 hal tersebut
yang menjadi faktor pembentuk perangai anak kita.
Menggantikannya dengan kegiatan di rumah atau di luar rumah
yang padat.
Gantilah program TV dengan cerita pengetahuan yang lebih
mendidik dan mencabar bermula dari kartun hingga CD dalam bentuk permainan
pendidikan.
37. Mengajar Anak untuk Membalas
Sesetengah anak mempunyai kecenderungan suka memukul dan ada
juga yang menjadi objek menerima pukulan dari rakan sebaya. Ibubapa biasanya
tidak sabar melihat anak disakiti dan memprovokasi anak kita untuk membalasnya.
Hal ini secara tidak langsung mengajar anak membalas dendam. Sebab pada saat
itu emosi anak sedang sensitif dan apa yang kita ajarkan ketika itu akan
diingatinya. Jangan terkejut bila anak kita sering membalas atau membalikkan
apa yang kita sampaikan kepadanya.
Apa yang sebaiknya kita lakukan?:
a. Mengajar anak untuk mengelakkan rakan-rakan yang suka
menyakiti.
b. Menyampaikan atau melaporkan pada ibubapa berkenaan
bahawa anak kita sering dipukul atau dibuli dari anak tersebut.
c. Ajaklah ibubapa anak yang suka memukul untuk mengikuti
program parenting baik di radio atau media lain.
========================================================================
Komen penulis asal - Tidak semua kebiasaan yang ada dibuku
ini yang saya setuju.
Sumber artikel asal :
http://tjokroaminoto360.wordpress.com/2010/08/29/37-kebiasaan-orang-tua-yang-menghasilkan-perilaku-buruk-pada-anak/
2 comments:
perkongsian yang sgt berguna.
boleh tambah lagi ilmu keibubapaan.
mekasih yer~
Nafira - betul sis..tambah2 ilmu yg diluar kotak pemikiran & kesedaran kita :)
Post a Comment