Dalam mendidik anak-anak sebenarnya tiada formula khusus
yang boleh diikuti atau diterapkan kerana setiap anak adalah makhluk yang luar
biasa dan unik dan berbeza-beza antara satu sama lain.
Menurut Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dalam bukunya, 21
Kaedah Mendidik Anak Cemerlang, ilmu mendidik anak adalah satu ilmu kemahiran
yang perlu dimiliki oleh ibu bapa sebagaimana perlunya mereka memiliki ilmu
kemahiran rumah tangga, kewangan, teknikal dan agama.
Rasulullah S.A.W. telah menggariskan empat tahap mendidik
anak iaitu:
Tahap Pertama: Anak
yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun ) hendakkah kita banyak bergurau
dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana haiwan menjaga anak.
Tahap Kedua: Anak
berumur tujuh tahun sehingga baligh(14 tahun)hendaklah kita mendidik mereka
dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.
Tahap Ketiga:
Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun ) hendaklah dididik dengan cara
berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak
bertentangan dengan syariat.
Tahap Keempat:
Anak berumur lebih 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan
bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat.Ibu bapa hanya perlu bertindak
sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka terkawal.
1. Kaedah Pesanan dan
Arahan.
Pesanan dan arahan merupakan salah satu daripada kaedah yang
disarankan oleh Rasulullah S. A. W. Anak-anak hendaklah dididik dengan
dipesankan sesuatu terlebih dahulu. Lihat bagaimana reaksi mereka, apakah
mereka boleh melakukannya hanya selepas sekali pesanan. Jika tidak berkesan
maka hendaklah dipesan berulang kali tanpa merasa jemu dan bosan.
Menurut
pandangan pakar pendidikan kanak-kanak, anak yang pintar perlu diberi nasihat
dan pesanan 200 kali tanpa bosan supaya mereka benar-benar memahami pesanan itu
dan dapat bertindak dengan baik.
Antara bentuk pesanan dan arahan kepada
anak-anak :
• Mengenai solat di awal waktu
• Adab dengan orang tua-tua
• Adab dengan guru
• Adab dengan kawan-kawan
• Tugas harian di rumah
• Mengemas bilik sendiri termasuk meja belajar.
• Tatacara makan mengikut sunnah nabi
• Cara belajar yang berkesan
• Ingat sentiasa menutup aurat apabila keluar dari rumah
• Keselamatan jalan raya
• Tanggungjawab melindungi adik-adik.
2. Kaedah Bercerita
Kaedah bercerita menguatkan hubungan anak-anak dengan ibu
bapa terutamanya kisah-kisah teladan daripada Al-Quran, kisah nabi dan
sebagainya. Tujuan bercerita ialah untuk mendidik anak-anak secara tidak langsung
melalui pemahamam minda bawah sedar mereka, menyampaikan maklumat dan
menyerapkan pengajaran yang boleh dicungkil daripada cerita tersebut, mengerat
dan merapatkan hubungan anak dan ibu bapa, anak-anak boleh menggambarkan di
minda mereka dengan lebih jelas dan ini lebih berkesan bergantung kepada
kemahiran pencerita.
3. Kaedah Soal jawab
Bersoala jawab denagn anak akan menggerakkan minda mereka.
Ibu bapa yang cemerlang hendaklah sentiasa bersoal jawab dan mengambil tahu
mengenai diri anak dan perkembangan aktiviti dan pembelajaran mereka. Kaedah
ini hendaklah dilakukan secara berterusan dan tanpa mengira masa, keadaan dan
tempat seperti ketika dalam perjalanan, di rumah, waktu makan dan sebagainya.
Ibu bapa hendaklah berusaha menjawab semua persoalan. Seandainya
ibu bapa tidak tahu atau tidak pasti jawapan kepada soalan anak, jangan
teragak-agak atau enggan untuk mengaku tidak tahu. Ibu bapa hendaklah memberi
penjelasan atau jawapan kepada persoalan yang ditanya oleh anak daripada orang
yang mahir dalam bidangnya.
Anak-anak kecil lazimnya suka bertanya soalan yang
bertubi-tubi. Ramai ibu bapa yang tidak mengambil peduli keletah anak-anak ini.
Tabiat ini tidak sewajarnya menjadi amalan ibu bapa kerana tabiat anak-anak
yang bertanya itu sudah menggambarkan pembangunan minda anak-anka yang
cemerlang. Jika ditangani dengan baik anak itu mempunyai potensi yang tinggi
untuk menjadi anak cemerlang.
4. Kaedah Merujuk
Pengalaman Lalu
Pengalaman yang positif boleh dijadikan teladan, pengalaman
yang negatif boleh dijadikan sempadan. Pengalaman ini elok dibuktikan dengan
gambar, dokumen atau barangan peninggalan yang terlibat. Ini kerana pengalamna
ini amat mudah untuk menjelaskan mesej yang ingin kita sampaikan dan mudah pula
dijadikan iktibaroleh anak-anak. Pengalaman anak-anak itu juga penting. Kaitkan
apa perlunay mereka berwaspada denagn peristiwa pahit yang telah mereka alami
atau peristiwa manis dan kejayaan yang pernah mereka kecapi.
5. Kaedah Nasihat dan
Teguran
Berilah nasihat dan teguran kepada anak-anak dalam hal
akidah, ibadah, akhlak, tanggungjawab, kesihatan, suci hati dan erti kesusahan.
Kaedah ini sangat penting dan ia berbeza dengan kaedah pesanan dan arahan. Ini
kerana nasihat dan teguran tidak boleh dibuat setiap hari atau setiap masa
kerana anak-anak akan mudah merasa jemu dan bosan.
Ketika mendengar nasihat dan teguran daripada ibu bapa, anak
hendaklah dilatih supaya memandang wajah kedua-duanya atau tunduk.
6. Kaedah Bermain dan
Bergurau
Cuba tanya diri anda, berapa kerapkah anda bermain-main dan
bergurau-gurau dengan anak-anak anda? Terdapat pelbagai kaedah untuk kita
bergurau dengan anak-anak ketika sedang bermain, beriadah mahupun bersukan.
Matlamat bergurau dengan anak-anak ialah untuk menggembirakan hati mereka.
Mengikut kajian psikologi, apabila anak berasa gembira dan
disayangi, mereka akan menjadi anak yang berdisiplin dan berakhlak yang baik.
Tetapi jangan pula bergurau melampau batas seperti bermain dan bergurau
berlarutan sehingga meninggalkan ibadah wajib dan tugas yang lebih penting.
Bapa juga tidak manis bergurau atau bermain dengan anak
perempuan yang telah meningkat dewasa. Begitu juga ibu tidak manis bermain
dengan anak lelaki yang telah meningkat dewasa. Perlakuan tidak manis ini jika
tidak diikat oleh iman yang kuat, sering berlarutan sehingga boleh menyebabkan
berlakunya sumbang mahram.
7. Kaedah Latihan
yang Berterusan
Anak yang cemerlang perlu dilatih secara praktikal dan
berterusan. Kaedah ini juga disarankan oleh Rasullullah S.A.W. Anak kita memang
cemerlang tetapi perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah latihan
boleh dibahagikan kepada beberapa ciri diantaranya :-
a) Jantina
Ibu bapa hendaklah memberi tugas kepada anak-anak sesuai
dengan jantinanya seperti tuga yang berat dan kasar diagihkan kepada anak
lelaki manakala anak perempuan kepada kerja-kerja dalaman yang lebih ringan dan
sesuai dengan watak keperempuanan mereka. Bagaimanapun tidak salah jika anak
lelaki diajar dan diasuh melakukan pekerjaan yang sering dilakukan oleh orang
perempuan seperti membasuh pakaian sendiri, menyidai pakaian, melipat pakaian,
memasak, membasuh pinggan dan sebagainya.
b) Usia
Pengagihan tugas juga perlu diagihkan mengikut usia. Anak
yang berusia di bawah enam tahun belum boleh diberi tanggungjawab yang serius.
Tahap tanggungjawab boleh ditingkatkan apabila usia mereka meningkat dan
mengikut kesesuaian waktu.
Jangan lupa memberi pujian dan penghargaan kepada anak
setelah mereka berjaya melakukan sesuatu pekerjaan itu. Namun jangan berlebihan
kerana bimbang anak itu akan bersifat takbur.
Sumber majalah Wanita November 2005 oleh Noraishah Ismail
No comments:
Post a Comment