July 16, 2013

15 Fakta menarik tentang tidur


Kredit pada penulis asal artikel ini. Maaf sgt2 tak igt dari mana sumbernya. 

Bulan puasa ni mungkin kaum2 ibu kurang tidurnya..kena bekorban bangun di awal pagi hari untuk menyediakan juadah sahur utk famili..tapi itulah pengorbanan terbesar utk famili..moga pengorbanan itu direstui dan diberkati Allah selalu.. :)

Mungkin kita pernah terbaca artikel ini..tapi suka akak share lagi sekali di blog kesayangan untuk untuk info sesama kita.

Perkara yang berlaku ketika tidur: 

1. Otak berehat, sel-sel rosak diperbaiki dan mengeluarkan hormon-hormon tertentu.

2. Masa tidur bergantung kepada umur iaitu:
bayi: 16 jam
3-18 tahun: 10 jam
19-55: 8 jam
lebih 55: 6 jam

3. 70% dari mimpi seorang lelaki adalah tentang lelaki yang lain dan 30% tentang perempuan manakala bagi seorang perempuan, 50-50 tentang lelaki-perempuan lain.

4. Selalunya kita hanya akan bermimpi tentang seseorang yang kita pernah lihat tidak kira sama ada masih ingat atau tidak.

5. Parasomia atau dalam istilah kasar nya ‘tidur berjalan’ banyak dilaporkan dan selalunya terlibat dgn beberapa jenayah seperti Memandu ketika tidur, menulis cek tendang, pembunuhan, penganiayaan terhadap kanak-kanak, dan yang paling buruk sehingga boleh merogol orang.

6. 12% daripada mimpi kita selalunya adalah black and white. Peratusan ini pernah menjadi sangat tinggi suatu ketika dahulu sebelum TV warna dicipta. Kaitannya, TV juga mempengaruhi mimpi anda.

7. Bermimpi adalah normal tidak kira ianya mimpi ‘indah’ atau ngeri. Mereka yang tidak bermimpi selalu dikaitkan dengan masalah personaliti.

8. Posisi anda tidur boleh menunjuk personaliti anda:
a. Bayi: seorang yang kasar tetapi hati yang sentiasa terbuka.
b. kayu balak: suka bersosial
c. Mengiring biasa: suka berpura-pura untuk nampak seperti boleh diharapkan
d. Baring menegak: Boleh dijadikan tempat mengadu
e. Meniarap: menghiburkan
f. Starfish: pendengar terbaik

9. 1 daripada 4 pasangan tidur di katil berasingan

10. Tentera British adalah yang mula memperkenalkan kaedah untuk tidak tidur. dengan menggunakan cermin mata istimewa itu, apabila seseorang menjadi mengantuk, sinaran secerah mentari pagi akan memancar ke mata pengguna dan menyebabkan mereka terasa ingin bangun semula. kaedah ini boleh bertahan hampir 36 jam lamanya.

11. Mamalia yang paling lama tidur adalah Koala (22jam), Kelawar (19jam) dan tenggiling (18 jam) manakala mamalia yang tidur paling sekejap pula adalah zirafah (2 jam), rusa (3 jam) dan gajah Asia (3 jam lebih sikit).

12. Apabila Dolphin tidur, hanya separuh otaknya akan nyahaktif, lagi separuh digunakan untuk membantu proses pernafasan.

13. Tanpa makanan, manusia boleh hidup selama lebih kurang 14 hari, tetapi tanpa tidur, manusia hanya boleh bertahan selama 10 hari.

14. Orang yang buta juga bermimpi. mereka yang buta semenjak lahir akan bermimpi dari segi emosi, bunyi, bauan dan sentuhan.


15. Selepas 5 minit terjaga, anda akan terlupa hampir 50% dari mimpi anda malam tadi, dan selepas 10 minit, 90% akan hilang.

Haaa sekarang mari le layan cara / posisi hero tecit ni tido..so kategori personaliti yg bagaimana ye nk translate utk dak tecit ni ye? ihiks. btw, akak suke sgt snap foto masa dak tecit ni tido..nampak comel jek mcm nk gigit2 eiiiiii..ekekekeke (puji le anak sendiri kan..hik3)

 ini budak sgt senang tido..mana2 apa2 jua posisi pun layannn je..
 macam2 gaya..senyum kambing..
paling hepi dapat tido terlentang tangan mendepa, uikhh ala2 bersilat pun ado...
 hahaha like father like son..
tu dia gaya paling sopan pun ada..tdo sambil gigit jari tu feveret..
bolster tu dah jadi bantal busuk di usung merata2 :D
keh3 silau gamaknya..
2 bulan je boleh dibedung..lepas tu bedung pun boleh terbang-melayang-melintang-pukang..haihhh ganas..!



8 comments:

Mulan said...

mimpi dlm tidor yg paling tak tahan ialah kalau tgh nak amik spm.. macam tak cukup buat revision.. pastu macam nyesal... berpeluh2 bangun tidor..

Unknown said...

cedapnye tengok bb tido.. lena sangat~

Puan Kutu said...

okla tu dua bulan bedung.afia bedung kt hospital je.tak smp dua hari.haha

pernah share fakta tentang tidur ni kt blog.

Balqis Nazid said...

cumil aja dedi ngan Hakim tidur ek.. kalau mommy masuk sekali kat pic tu lg gojes ahakss...

GREENJADE said...

mulan - haaa letih tu kalu mimpi gitu si..parohhhh ekekkeke

GREENJADE said...

Nafira - mcm xde masalah kan..hehehe

GREENJADE said...

Puan Kutu - baby nowdays ni lasak2 kan sis..kuat betul kaki ngn tangan dia smpai tecabot bedung

GREENJADE said...

Balqis - hahaha tp mommy still takleh lawan Hakim..stylo tuuuu kih3