Sumber : DoktorBudak.com
Q: hai doc,baby saya berumur 1tahun 3 bulan. Perlukah baby
diberi vitamin tambahan untuk kecerdasan otak. Sebab bila datang kerja ada
kawan-kawan kata diaorang bagi vitamin
itu vitamin ini untuk bagi cerdik. Perlu atau tidak sebenarnya vitamin ini?
Terima kasih. (Naz)
A: Assalamualaikum
dan selamat sejahtera. Terima kasih sebab Puan mengutarakan soalan mengenai
vitamin tambahan untuk kecederasan minda.
Puan,
Semua ibubapa mahu melihat anak-anak mereka sentiasa sihat
dan dapat menjadi orang yang berguna dimasa hadapan. Dan sekarang kita sentiasa
melihat pelbagai produk-produk kesihatan
di pasaran yang dikatakan dapat
membantu meningkatkan prestasi kanak-kanak dari segi aktiviti dan kecederasan.
Produk-produk ini dikatakan mengandungi vitamin-vitamin dan mineral yang sangat
berguna untuk tumbesaran dan memberikan badan yang sihat.
Tujuan artikal ini ditulis adalah bukan untuk menyokong atau
menghalang ibubapa dari membeli produk-produk berkenaan, tapi sekadar memberi
pendapat secara amnya mengenai persoalan yang diajukan di laman web doktor
budak.
Majoriti pakar-pakar pemakanan bersetuju yang kanak-kanak
tidak memerlukan vitamin tambahan untuk tumbesaran yang sihat, samada
tumbesaran fizikal ataupun untuk kecerdasan minda. Ini adalah kerana manusia hanya memerlukan sejumlah kecil
vitamin-vitamin dan mineral bagi membantu fungsi badan yang sempurna, dan
vitamin-vitamin ini boleh didapati dari makanan yang dimakan oleh kanak-kanak
ini.
Kebanyakan makanan kanak-kanak sekarang telah
diperkayakan(fortified) dengan sejumlah vitamin-vitamin dan mineral yang
penting. Ada beberapa kes dimana kanak-kanak yang mengalami penyakit
ADHD/Autism dan Cerebral Palsy telah diberikan dose vitamin yang sangat
tinggi(Mega Dose), bagi tujuan merawat penyakit berkenaan. Setelah kajian
dilakukan, tiada faedah tambahan yang didapati setelah rawatan ini diberikan
dan kanak-kanak tidak sembuh tetapi ada yang telah mengalami keracunan vitamin-vitamin
itu.
Jadi merujuk kepada soalan Puan mengenai vitamin tambahan
itu, saya tidak mengalakkan pemberian vitamin tambahan kepada kanak-kanak ini,
kerana dengan mempelbagaikan makanan dan minuman kanak-kanak itu, seharusnya
adalah mencukupi bagi tumbesaran.
( answered by Dr Azhar Mahmud )
Editor’s note: Kami sedar bahawa bukan semua kanak-kanak
dapat nutrisi sepenuhnya daripada makanan kerana ada yang pilih makan dan
faktor-faktor lain. Maka, vitamin tambahan ada perananya dalam kes sebegini,
dan ini akan diterangkan dalam artikel lain pada suatu masa nanti. Kami juga
tidak menyokong penggunaan “Get smart pills”
Read also:Get Smart Pills certificate not Legitimate: Health Ministry
Ngomel KakJade : ooOOOo baru lah ku faham..so moral of the story..those kids yg sedang growth up tu..kasi jek dia membesar secara NA-TU-RAL..tak perlu lah diberi makan vitamin bagai untuk kasi cerdik@pintar@bijaksana..Jika pola makanan sudah seimbang tak perlu rasa nya nak menokok tambah additional vitamins ye tak? Tapi bagi kes anak2 yang memilih makanan haaahh ini akak rasa agak mencabar kerana si ibubapa perlu lebih kretif menyelitkan makanan kesukaan yang similar to said particular vitamins nya..ye dak?
Ngomel KakJade : ooOOOo baru lah ku faham..so moral of the story..those kids yg sedang growth up tu..kasi jek dia membesar secara NA-TU-RAL..tak perlu lah diberi makan vitamin bagai untuk kasi cerdik@pintar@bijaksana..Jika pola makanan sudah seimbang tak perlu rasa nya nak menokok tambah additional vitamins ye tak? Tapi bagi kes anak2 yang memilih makanan haaahh ini akak rasa agak mencabar kerana si ibubapa perlu lebih kretif menyelitkan makanan kesukaan yang similar to said particular vitamins nya..ye dak?
12 comments:
jadi?awl2 pun kene bg vitamin dah ke?
errr..ada tak vitamin nak bg anak cun/hensem Doktor...? kih...kih... larrriiikkk..!!!
sbb tu kita dulu2 tak bg makan vitamin ni smeua pun cerdik pandai jugak,hehe..
woo baru faham,lepas ni tak payah la dok sibuk nk pegi cari vitamin pandai kt anak.buang duit je..hehe
kesian kat budak2...kecik2 dah kena mkn vitamin bagai...vitamin c cukup la kot...tak yah la vitamin utk cerdik pandai...ekekekek...
kasi kismis & kurma je banyak2...
May - menurut doc tu x digalakkan May..tp tu ler nowdays tgk ramai pulak ibu2 kasi vitamin pd anak2 kans..kempius mak. uhuhuhu
Balqis - err itu kena berguru 30 hari 30 malam dgn dokter le nampak nye yang..kih kih kih
thanks for the info..
banyak membantu
fieza
follow my blog : www.afizahnordin.blogspot.com
PuanKutu - hehe tu la kan..ramai yg tak tahu..untung gak nowdays kalu x yakin boleh gak gugle2 kan..hehe
wahida - kan sis..sian gak paksa2 kekanak ni mkn vitamin bagai..make it natural..plg bagus bg jek mkn kurma/kismis bebanyak
mulan - betul tu sis. sy setuju. mudah nk dapat.
fieza - sama2 sis. sekadar berkongsi info :)
Post a Comment