Sekadar Perkongsian....
Ketika Imam Al Ghazali berkumpul
bersama murid-muridnya, lalu beliau bertanya;
“Apa yang paling hampir dengan
kita di dunia ini?”.
Ada murid-muridnya menjawab orang tua, guru, teman dan
kaum kerabat. Semua itu benar kata Imam Ghazali tetapi yang paling hampir
dengan kita adalah “mati” (Ali Imran : 185) kerana janji Allah SWT bahawa setiap
yang bernyawa pasti mati.
“Apa yang paling jauh dari diri
kita di dunia ini?”.
Pertanyaan kedua Iman Ghazali. Ada yang menjawab negara
China, matahari, bulan, dan bintang-bintang. Benar kata Imam Ghazali, lalu Iman
Ghazali menjelaskan yang paling jauh adalah “masa Lalu” kerana walau apapun
kenderaan kita, kita tetap tak boleh kembali ke masa lalu. Jagailah hari-hari
kita.
“Apa yang paling besar di dunia
ini?”,
Iman Ghazali bertanya lagi. Ada yang menjawab matahari, gunung dan bumi. Semua jawapan itu benar kata
Imam Ghazali. Namun yang paling besar di dunia ini adalah “nafsu”(Al A’Raf :
179). Hati-hati dengan nafsu besar diri kita, agar jangan terjerumus ke neraka.
“Apa yang paling berat di dunia
ini?”,
pertanyaan seterusnya dari Iman Ghazali. Ada yang menjawab baja, besi,
dan gajah. Benar, kata Imam Ghazali tetapi yang paling berat adalah “memegang
amanah” (Al Ahzab : 72). Semua makhluk lain tidak berkesanggupan ketika Allah
SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah di dunia ini. Manusia tetap menyanggupi
permintaan Allah SWT untuk memegang amanah. Namun terlampau ramai yang cuai
memegang amanah berat pada diri masing-masing sehingga boleh terjerumus ke
neraka.
“Apa yang paling ringan di dunia
ini?”,
pertanyaan kelima Imam Ghazali. Ada yang menjawab angin, debu, kapas dan
daun-daun. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tetapi yang paling ringan di dunia ini adalah
“meninggalkan solat”. Gara-gara kesibukan kita, mudah untuk kita meninggalkan
solat.
“Apakah yang paling tajam di
dunia ini?”,
pertanyaan terakhir Imam Ghazali. Serentak murid-murinya menjawab,
pedang. Benar kata Imam Ghazali, tetapi yang paling tajam adalah “lidah
manusia”. Ini kerana melalui lidah, mudah bagi manusia melukakan saudaranya
sendiri. –
Wallahua’lam…
sumber: SINI
6 comments:
perkongsian yg baik di hari jumaat kak GJ.
renungan yang baik.. terima kasih~
Slm kenal...
Good sharing...Allahuakbar..kdg2 kita boleh terlalai..benda nampak simple tapi kesannya...
rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com
May - sharing is caring katenye..dik ..:)
Nafira - sama2 kasih yang..
Norma NML - salam kenal 2u2 sis
itu ler kan..kdg2 byk benda2 kecik2 yg sebenarnya besar impak nya yg kite terlepas pndang & anggap ringan kan sis..uhuhu
Post a Comment